SAHABAT :

Sabtu, Mei 10, 2014

HUKUM MEMELIHARA HAIWAN TETAPI ABAI PENJAGAAN

 SOALAN :
Apakah hukumnya memelihara haiwan seperti kucing, arnab, ikan dan sebagainya, namun kurang penjagaan. Suami saya sering menegur saya. Katanya kalau saya tidak dapat menjaga dengan sempurna, lebih baik jangan perlihara binatang. Nanti katanya dapat dosa pula.

Mohon penjelasan Ustazah

JAWAPAN
Hukum memelihara haiwan seperti kucing, arnab, ikan dan sebagainya adalah harus. Walau bagaimanapun kita hendaklah bersifat ihsan terhadap haiwan-haiwan tersebut. Seperti memberi makan dan minum serta menjaga kebajikan nya. Ihsan terhadap binatang pula bermaksud berbuat baik terhadap binatang mengikut keperluannya.

Sekiranya kita mengabaikan hak-hak haiwan tadi kita adalah berdosa.

Hikmah daripada sifat ihsan kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah, melahirkan rasa simpati kerana binatang juga adalah makhluk Allah SWT. Ia juga akan melahirkan individu yang penyayang kepada semua makhluk Allah SWT kesannya akan membentuk masyarakat yang mencintai kebaikan dan membenci keburukan serta dapat memelihara habitat binatang supaya tidak berlaku kerosakan.

Ustazah Dr. Asiah Ali (Harakah 5 mei 2014)

Jumaat, Mei 09, 2014

PRK Bukit Gelugor : PAS P. Pinang bantu jentera DAP

PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang akan membantu jentera DAP dan Pakatan Rakyat secara menyeluruh pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor bermula hari penamaan calon pada 12 Mei sehingga hari pengundian 25 Mei ini.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Bukhori Ghazali (gambar) menegaskan, sebagai sebuah gabungan Pakatan Rakyat, PAS negeri membuka Bilik Gerakan Induk di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Glugor dan pelancaranya akan disempurnakan Timbalan Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu pada 11 Mei, jam 9.00 malam.

"Semua jentera PAS kena hadir dan mula melaporkan diri selepas hari penamaan calon pada 12 Mei nanti," jelasnya.

Katanya, PAS mengambil kata sepakat menumpukan di kawasan majoriti Melayu meliputi Sungai Gelugor dan sekitarnya.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Ipoh pada 17 April lepas.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 21 Mei manakala penamaan calon pada 12 Mei.
  
Pada PRU13 lalu, mendiang Karpal Singh yang mendapat 55,839 undi memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memungut 13,597 undi. - HARAKAHDAILY 9/5/2014