SAHABAT :

Jumaat, Februari 28, 2014

TANDA-TANDA RUMAH KITA DITAWAN SYAITAN

Perhatikan suasana dalam rumah kita pada dua waktu iaitu waktu subuh dan maghrib, dua waktu ini iblis dan syaitan sangat giat memesong manusia dari mengingati Allah malah menghalang mereka daripada beribadat...
Waktu subuh...iblis dan dan syaitan tidak perlu bersusah payah lagi memesong manusia dan menghalang manusia beribadat... mereka boleh melekakan manusia dengan tidur... dibuai dengan keenakan tidur belaian iblis dan syaitan dengan mimpi-mimpi indah dan perasaan masih awal... manusia tertinggal solat subuh... malah jika iblis berjaya melewatkan waktu solat subuh seseorang yang kuat beragama...dianggap satu pencapaian besar baginya....

Perhatikan suasana rumah kita pada waktu maghrib pula... sedia kita maklumi... waktu maghrib adalah waktu solat yang sangat pendek... biasanya rumah yang ditawan iblis dan syaitan ... waktu maghribnya akan sibuk dengan urusan kehidupan... pada masa inilah si isteri sibuk membasuh pinggan... anak-anak berebut bilik air dan bergaduh... anak perempuan pula ingin menyapu sampah... rumah menjadi hiruk pikuk... tiada suasana keluarga beriman pada waktu maghrib....

Perhatikan suasana ini ...adakah berlaku di rumah kita... kita boleh ubah untuk mengecewakan iblis dan syaitan...