SAHABAT :

Selasa, Februari 05, 2013

SUKARELAWAN PAS DIPERLUKAN HADAPI PRU 13




KUALA LUMPUR: PAS mensasarkan paling kurang sejuta sukarelawan bagi membantu parti itu dan Pakatan Rakyat agar berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti.

Keahlian sukarelawan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam membantu PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu nanti.

Menurut Pengarah Sukarelawan PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi tawaran itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat termasuklah yang tinggal di luar negara.

"Keahlian terbuka kepada semua kaum, semua bangsa dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak, pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara 'on-line'," katanya kepada Harakahdaily.

Mereka yang berminat boleh mendaftar secara on-line di laman web rasmi PAS iaitu www.pas.org.my/ dan boleh memilih bidang yang bersesuaian.

Antara bidang yang disenaraikan termasuklah kebajikan, keselamatan, pemantau, penerangan, perayu undi,  tampal poster serta teknologi maklumat.

Pendaftaran Sukarelawan PRU13 telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dalam program Himpunan Perdana Ummah Menyokong PAS di sebuah hotel di Ampang, Ahad lalu. (Foto atas oleh Nasir Sudin)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan