SAHABAT :

Sabtu, Januari 19, 2013

ANALISIS AZRUL


KUALA LUMPUR: Ketua Ekonomis Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin mempertahankan analisisnya yang dibentangkan dalam satu seminar di Singapura sebelum ini.

"Saya telah membuat tiga andaian, BN menang tipis, Pakatan menang tipis dan Pakatan menang besar.

"Saya membuat analisis ini secara profesional, jujur dan tidak memihak berdasarkan amalan terbaik dalam industri selepas mengambil kira semua faktor yang perlu.

"Saya mempertahankan analisis dan persembahan yang saya buat dalam forum itu," kata Arzul dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Beliau mengulas tekanan pelbagai pihak ke atas beliau ekoran analisis itu.

Ia berlaku selepas media Singapura melaporkan beliau meramalkan Pakatan akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang.

Ekoran itu, pelbagai pihak menekan beliau khasnya blogger pro BN yang menuduh beliau sebagai ahli PKR.

"Saya mempertahankan saya memberikan pandangan yang profesional dan jujur dalam forum itu.

"Saya yakin, tidak ada kes disiplin yang wajar diambil ke atas saya," kata beliau yang kini digantung oleh Bank Islam.

Azrul memberikan amaran kepada blogger dan ahli politik yang cuba memburukkan nama beliau bahawa beliau sedia mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan nama baiknya.

Bagi beliau, adalah satu tragedi bagi politik Malaysia apabila memberikan pandangan yang berbeza dengan parti yang memerintah boleh menyebabkan tindakan disiplin dan serangan peribadi.

"Saya yakin kebenaran akan terdedah akhirnya," tegas Azrul dalam kenyataannya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan