SAHABAT :

Khamis, Januari 24, 2013

PERUTUSAN MAULID RASUL TUAN GURU NIK AZIZ

PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini.
Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan.

Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?

Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan.
Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya.

Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia.

Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda.

Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar.
Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.

Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun.

Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata.

Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini.

Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya.

Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.

Sekian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 12 Rabiul Awwal 1434H

Sabtu, Januari 19, 2013

ANALISIS AZRUL

KUALA LUMPUR: Ketua Ekonomis Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin mempertahankan analisisnya yang dibentangkan dalam satu seminar di Singapura sebelum ini.

"Saya telah membuat tiga andaian, BN menang tipis, Pakatan menang tipis dan Pakatan menang besar.

"Saya membuat analisis ini secara profesional, jujur dan tidak memihak berdasarkan amalan terbaik dalam industri selepas mengambil kira semua faktor yang perlu.

"Saya mempertahankan analisis dan persembahan yang saya buat dalam forum itu," kata Arzul dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Beliau mengulas tekanan pelbagai pihak ke atas beliau ekoran analisis itu.

Ia berlaku selepas media Singapura melaporkan beliau meramalkan Pakatan akan menang tipis dalam pilihan raya umum akan datang.

Ekoran itu, pelbagai pihak menekan beliau khasnya blogger pro BN yang menuduh beliau sebagai ahli PKR.

"Saya mempertahankan saya memberikan pandangan yang profesional dan jujur dalam forum itu.

"Saya yakin, tidak ada kes disiplin yang wajar diambil ke atas saya," kata beliau yang kini digantung oleh Bank Islam.

Azrul memberikan amaran kepada blogger dan ahli politik yang cuba memburukkan nama beliau bahawa beliau sedia mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan nama baiknya.

Bagi beliau, adalah satu tragedi bagi politik Malaysia apabila memberikan pandangan yang berbeza dengan parti yang memerintah boleh menyebabkan tindakan disiplin dan serangan peribadi.

"Saya yakin kebenaran akan terdedah akhirnya," tegas Azrul dalam kenyataannya itu.

SELANGOR URUS AIR LEBIH BAIK DARI ROZALI - KHALID

KUALA LUMPUR: Meskipun gaji beliau sekurang-kurangnya RM425,000 sebulan, Pengerusi Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menangani isu gangguan air baru-baru ini.

Ini berikutan kenyataan Syabas kepada media pada 9 Januari bahawa gangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak hanya dapat dipulihkan pada perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari.

Bagaimanapun, apabila kerajaan negeri campur tangan dengan melakukan pemantauan terhadap kerja-kerja pembaikan, gangguan air dapat dipulihkan pada Jan 15 – empat minggu lebih awal daripada perangkaan Rozali.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ini membuktikan Rozali gagal menguruskan bekalan air di Selangor dengan baik, lapor Selangorku.

“Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak supaya beri hak urus air Selangor kepada kerajaan negeri.

“(Kerana) kita mampu urus air lebih baik dan mementingkan kepentingan pengguna berbanding Syabas,” ujar Abdul Khalid di hadapan lebih seribu hadirin dalam Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya di sebuah restoran di Petaling Jaya malam tadi.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, Najib enggan menyerahkan hak pengurusan air kepada kerajaan negeri kerana lebih mengutamakan kepentingan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat Selangor.

Abdul Khalid turut menyelar tindakan Syabas yang sebelum ini bertindak menyaman Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menaikkan tarif air di Selangor.

Pada 29 Disember, kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua minggu akibat kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju.

Syabas didakwa cuai kerana kesemua lima pam termasuk dua pam simpanan untuk gantian di masa kecemasan turut rosak.

Pada 8 Januari, dilaporkan bahawa Rozali berkata gangguan bekalan di ketiga-tiga tempat itu hanya akan selesai pada Tahun Baru Cina.

Sehari selepas itu, Kerajaan Selangor berkata ia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu dalam seminggu.

Pada 15 Januari, hampir semua pengguna di kawasan yang terjejas mendapat bekalan air.

Jumaat, Januari 18, 2013

KESILAPAN IBARAT GURU KEPADA KEBENARAN

Demi mencapai cita-cita dan melayari kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada melakukan pelbagai bentuk kesilapan sama ada besar mahupun kecil, yang disengajakan ataupun tidak, kepada pencipta, manusia mahupun diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan, tetapi sebaik-baik anak Adam itu adalah mereka yang bertaubat (daripada kesilapan).”
Hadis ini memberi kefahaman bahawa kesilapan adalah kelemahan yang boleh berlaku pada manusia dan setiap kesilapan perlu dihindari dengan bertaubat. Konsep serta falsafah taubat yang bermaksud kembali kepada kebenaran berasaskan keimanan itu amat luas kefahaman dan aplikasinya.
Ia bukan saja meliputi taubat atas dosa kita kepada Allah SWT tetapi juga taubat atas dosa dan kesalahan dilakukan sesama manusia termasuklah dalam tindakan urusan seharian.
Konsep taubat mengandungi falsafah yang mengajar kita berpegang kepada prinsip kebenaran dan kebaikan dengan balik ke pangkal jalan melalui penyesalan serta usaha penambahbaikan walaupun selepas berulang kali melakukannya.
Falsafah taubat mengajar pentingnya memiliki pengetahuan mengenai kebenaran dan sikap mahu belajar daripada kesilapan lampau. Konsep ini jika dihayati akan menyebabkan prinsip kebenaran menjadi pegangan manakala kesalahan dielakkan dan diperbaiki dalam segenap aspek kehidupan.

Akhlak terpuji
Justeru, mereka yang bertaubat adalah yang berakhlak terpuji dan dekat dengan kasih sayang Allah SWT. Satu tanda Allah sayang kepada seseorang apabila disedarkan ia daripada kesilapan dirinya.
Kesalahan ibarat guru yang paling berkesan mengajar erti kebenaran. Sabda Rasulullah SAW: “Tidak selayaknya seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang sama dua kali.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru, setiap hamba Allah yang beriman perlu memiliki sikap mengharapkan keampunan Allah SWT dan terbuka menerima kesalahan untuk diperbaiki.
Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiayai dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’, ayat 110)
Jika kefahaman ini diperluaskan dalam bekerja, ia akan dapat melahirkan pekerja dedikasi dan berintegriti. Dalam menunaikan kerja seharian, kita juga tidak dapat lari daripada pelbagai bentuk kesilapan termasuklah yang disebabkan oleh kecuaian sendiri.
Kesilapan, salah laku dan masalah disiplin seperti terjebak dengan suapan, rasuah, penipuan, kelewatan, enggan mematuhi arahan dan kecuaian dalam tugas sering dilaporkan. Semua itu boleh diubah menjadi suatu kejayaan jika pekerja menjiwai falsafah taubat.

Tujuh pelan tindakan
Tujuh pelan tindakan asas perlu dilaksanakan untuk merealisasikan falsafah taubat dalam organisasi. Pertama, mengenal pasti apa yang betul dan apa yang salah. Kedua, melaksanakan tugasan dengan ketelitian dan ketiga menguatkuatkuasakan sistem audit serta pemantauan secara berkesan.
Keempat, menilai pencapaian dan kegagalan dari semasa ke semasa. Kelima, mengenal pasti amalan terbaik dan punca amalan buruk atau tidak mencapai standard.
Keenam, menyenaraikan tindakan pengukuhan dan penghargaan berserta tindakan pencegahan dan pembetulan serta yang terakhir, melaksanakan tindakan secara efektif dan berterusan.
Sebaliknya jika kita melakukan kesalahan berulang tanpa bertaubat atau kembali ke pangkal jalan, kita sebenarnya menzalimi diri dan pencapaian organisasi juga terjejas.
Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.” (Surah al-Zumar, ayat 53)
Tindakan ini sebenarnya menganiayai diri sendiri dan menyebabkan kita bekerja tanpa integriti dan dengan itu merugikan.

Abu Zar al-Ghifari diriwayatkan berkata, dunia itu hanya tiga saat. Semalam, saat yang sudah tiada apa-apa lagi. Esok, saat yang masih menjadi tanda tanya sama ada mampu dikecapi atau tidak. Hari ini, saat yang sedang kau jalani. Jadi manusia mempunyai satu saat saja. Maka pergunakanlah kesempatan saat ini dengan sebaik-baiknya.
Perbaiki kesilapan pada saat lampau dan berusaha melaksanakan dengan terbaik urusan pada saat ini serta merancang sebaik-baiknya untuk saat akan datang.
Justeru, marilah kita mengelakkan diri daripada kerugian akibat kesilapan sendiri dengan sentiasa memohon hidayah dan keampunan daripada Allah SWT dan menambahbaik proses kerja berasaskan tujuh pelan tindakan.

Penulis
Oleh Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail
Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

Selasa, Januari 08, 2013

Kalimah Allah : Islam benarkan tapi jangan salah guna

Abdul Hadi Awang, 08 Jan 2013
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Aallah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)

6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
8 Januari 2013

Isnin, Januari 07, 2013

PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA

KENALI TOKOH YANG DISANGJUNG ULAMA DUNIA

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Jawi: حاج عبد ﺍﻟﻬﺎدي اوڠ, lahir 20 Oktober 1947) merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan mantan Menteri Besar Terengganu.

KEHIDUPAN AWAL :-

Lahir pada 6 Zulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Anak ke-5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.

PENDIDIKAN :-

Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil aliran Sanawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di samping itu beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975).

POLITIK :

Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.

PILIHAN RAYA :

Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

ANTARABANGSA :

Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. 

Antaranya :-

1.Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
2.Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
3.Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
4.Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
5.Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
6.Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
7.Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

KERJAYA :

1) KERAJAAN -

Menjadi Pegawai Yayasan Islam Terengganu setelah tamat belajar 1977 - 1978.
Menjadi Menteri Besar negeri Terengganu semasa tahun 1999-2004

2) BADAN BUKAN KERAJAAN -

Menjadi Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Terengganu 1977 - 1978.

P/S : Sahabat2 tolong update biodata nie...

Ahad, Januari 06, 2013

PERJUANGAN LEMAN RAJA LAWAK

SEBERANG JAYA: Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim (gambar) bertekad menjadi pekerja sepenuh masa untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Umum akan datang.

"Sekarang bukan masa untuk kita berpeluk tubuh, tetapi masa untuk perubahan kerana sikap dan kezaliman yang keterlaluan semua kepimpinan kerajaan.

"Sekarang saya tidak lagi berlakun sebaliknya bekerja untuk memastikan Umno dan BN tersungkur.  Itu kerja saya hari ini.  Sapa tanya pun saya akan jawab benda yang sama," terangnya ketika ditemui di program Perhimpunan Impian Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Sudah sampai masanya kata Leman, PAS perlu kuatkan semua saf dan jentera parti  kerana suasana pilihanraya umum sudah dekat.

Isu yang dimainkan oleh kepimpinan BN sekarang semuanya memakan diri sendiri ekoran parti dalam Pakatan Rakyat tidak mudah latah.

"Itulah yang memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebab apa yang dinantiya tidak menjadi, " katanya lagi.