SAHABAT :

Isnin, November 26, 2012

KISAH SEBELUM ARAK DIHARAMKAN

                                                               
Pada suatu ketika, Utbah bin Malik R.A. menjemput beberapa orang sahabat untuk menghadiri majlis keramaiannya. Antara yang hadir ialah Saad bin Abi Waqas R.A. Disamping makanan, para tetamu turut dihidangkan arak sehingga ada yang mabuk.

Setelah mabuk,masing-masing bersya'er membangga-banggakan diri dan kaum mereka serta mencela kaum lain. Ada antara mereka yang bangun dengan membawa sya'er membangga kaum masing-masing dan mencela kaum Ansar. Salah seorang daripada kaum Ansar bangkit lalu pergi kepada Saad bin Abi Waqas dan memukulnya dengan rahang unta sehingga kepalanya mengalami kecederaan yang teruk. Dia kemudiannya pergi mengadu kepada Rasulullah SAW. Sejurus selepas itu, turunlah ayat yang berbunyi :

"wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya".
(al-Maidah ayat 90)

Dengan turunnya ayat ini, arak telah diharamkan secara mutlak oleh Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan