SAHABAT :

Selasa, November 20, 2012

KISAH AL-BARRA' BIN MALIK YANG MAKBUL DOANYA

Anas bin Malik dikenali dalam bidang periwayatan hadis dan khadam nabi... beliau sangat dikenali oleh seluruh umat Islam... tetapi tidak bagi saudaranya...al-Barra' bin Malik kerana namanya jarang-jarang disebut. Sebenarnya al-Barra' ini adalah seorang pejuang yang gagah berani dan bersuara merdu.

Anas menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "betapa ramai orang yang kusut penampilannya, berdebu, berpakaian lusuh dan tidak dipedulikan manusia. Andai dia meminta kepada Allah, nescaya Allah akan mengkabulkan permintaannya. Salah seorangnya adalah al-Barra' bin Malik".

Pada hari penundukan kota Tustar ketika pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, tentera Islam dalam keadaan tidak berkeupayaan menghadapi musuh. Pasukan tentera Parsi yang berkali ganda lebih besar bilangannya telah menyerang tentera Islam sehingga hampir mengalami kekalahan. Sebahagian tentera Islam berkata kepada al-Barra'... "wahai al-Barra'..mintalah doa kepada Tuhanmu".... al-Barra' segera mengangkat tangan dan berdoa... " Ya Allah!! aku meminta kepadaMu, tundukkanlah mereka untuk kami".... maka selepas itu pasukan musuh dapat dikalahkan.

Peperangan berlanjutan kembali di jambatan Sus. Pasukan musuh kembali mendesak tentera Islam, mereka kembali meminta al-Barra' berdoa kepada Allah.... lalu beliau berdoa: " Ya Allah!!! aku meminta kepadaMu, kalahkan lah mereka dan pertemukan aku dengan nabiMu"...

Musuh kembali dapat dikalahkan dan kali ini al-Barra' syahid di medan perang seperti permintaannya. Sungguh indah orang yang selalu bersama Allah swt....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan