SAHABAT :

Rabu, November 28, 2012

BERIBADAT 70 TAHUN BELUM LAYAK KE SYURGA

Diceritakan ada seorang lelaki dari kalangan Bani Israel menumpukan ibadat kepada Allah selama 70 tahun. Allah Taala mendedahkan  keadaannya kepada malaikat, lalu Allah mengutus satu malaikat kepadanya memberitahu meskipun dia banyak beribadat, dengan ibadatnya itu dia masih tidak layak untuk masuk syurga Allah.

Apabila diberitahu hal itu kepadanya...jawab ahli ibadat itu ... : "kami dijadikan untuk beribadat, maka sudah sepatutnya kami memberi penumpuan beribadat kepada Allah". Apabila malaikat itu kembali dan ia melaporkan : " Tuhanku ! Engkau Maha Mengetahui dengan apa yang dia katakan"... Lalu Allah berfirman kepada malaikat tadi ... "Jika dia tidak berpaling dalam ibadatnya kepada Kami (Allah), maka Kami (Allah) dengan penuh kemuliaan tidak akan berpaling daripadanya, bersaksilah wahai malaikatKu... sesungguhnya Aku (Allah) telah mengampuninya"...

Renungilah..... bagaimana dengan kita... 70 tahun beribadat belum layak masuk syurga... berapa tahun kita telah  menumpukan ibadat kepada Allah????
.... Hanya keikhlasan dalam ibadat kepada Allah yang dapat mencapai syurga... bukannya banyaknya ibadat...

Isnin, November 26, 2012

KISAH SEBELUM ARAK DIHARAMKAN

                                                               
Pada suatu ketika, Utbah bin Malik R.A. menjemput beberapa orang sahabat untuk menghadiri majlis keramaiannya. Antara yang hadir ialah Saad bin Abi Waqas R.A. Disamping makanan, para tetamu turut dihidangkan arak sehingga ada yang mabuk.

Setelah mabuk,masing-masing bersya'er membangga-banggakan diri dan kaum mereka serta mencela kaum lain. Ada antara mereka yang bangun dengan membawa sya'er membangga kaum masing-masing dan mencela kaum Ansar. Salah seorang daripada kaum Ansar bangkit lalu pergi kepada Saad bin Abi Waqas dan memukulnya dengan rahang unta sehingga kepalanya mengalami kecederaan yang teruk. Dia kemudiannya pergi mengadu kepada Rasulullah SAW. Sejurus selepas itu, turunlah ayat yang berbunyi :

"wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak panah adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya".
(al-Maidah ayat 90)

Dengan turunnya ayat ini, arak telah diharamkan secara mutlak oleh Islam.

Ahad, November 25, 2012

DUA MAUT : PERLANGGARAN 140 KENDERAAN

BEAUMONT (Texas) Dua maut dalam pertembungan 140 kenderaan
KEMALANGAN MUSIM CUTI: Beberapa kereta dan lori kelihatan saling bertindih di antara satu sama lain dalam kemalangan teruk di lebuh raya Texas, kelmarin. - Foto AP

BEAUMONT (Texas): Dua orang terbunuh manakala lebih 80 yang lain cedera apabila sekurang-kurangnya 140 kenderaan bertembung di lebuh raya Texas menyusuli kabus tebal, kelmarin.
Kejadian turut mengakibatkan kenderaan berat seperti trak dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.
"Ia adalah satu bencana buruk. Kelihatan kereta bertindih di atas kereta lain," kata Timbalan Syerif Pejabat Daerah Jefferson, Encik Rod Carroll, di sini.
Beliau berkata antara 80 dengan 90 mangsa telah dikejarkan ke hospital dengan lebih 10 daripada mereka dalam keadaan serius.
Menurut beliau, kemalangan yang berlaku sempena cuti sambutan Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat itu melibatkan antara 140 dengan 150 kenderaan.
Ia terjadi di 128 kilometer, timur Houston.

Encik Carroll berkata ketika kemalangan, keadaan kabus terlalu tebal sehinggakan para pegawai polis yang tiba di tempat kejadian tidak sedar kemalangan itu melibatkan begitu banyak kenderaan.
Menurut polis, dua mangsa yang terkorban merupakan penumpang kenderaan SUV yang terhempit akibat dilanggar sebuah treler.
Laluan lebuh raya itu hanya dapat dibuka semula selepas lebih lapan jam.
Encik Carroll berkata para pemandu yang tidak cedera antara mereka yang cuba membantu orang-orang lain yang cedera.
"Orang ramai saling bantumembantu antara satu sama lain. Apa yang paling menggalakkan semasa musim perayaan ini ialah bagaimana para pemandu lain membantu kami ketika kami kekurangan kakitangan.
"Mereka sama-sama duduk dan membantu mengenakan tekanan ke atas luka para pemandu yang cedera," kata Encik Carroll. - AP.

Selasa, November 20, 2012

KISAH AL-BARRA' BIN MALIK YANG MAKBUL DOANYA

Anas bin Malik dikenali dalam bidang periwayatan hadis dan khadam nabi... beliau sangat dikenali oleh seluruh umat Islam... tetapi tidak bagi saudaranya...al-Barra' bin Malik kerana namanya jarang-jarang disebut. Sebenarnya al-Barra' ini adalah seorang pejuang yang gagah berani dan bersuara merdu.

Anas menceritakan bahawa Rasulullah bersabda: "betapa ramai orang yang kusut penampilannya, berdebu, berpakaian lusuh dan tidak dipedulikan manusia. Andai dia meminta kepada Allah, nescaya Allah akan mengkabulkan permintaannya. Salah seorangnya adalah al-Barra' bin Malik".

Pada hari penundukan kota Tustar ketika pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, tentera Islam dalam keadaan tidak berkeupayaan menghadapi musuh. Pasukan tentera Parsi yang berkali ganda lebih besar bilangannya telah menyerang tentera Islam sehingga hampir mengalami kekalahan. Sebahagian tentera Islam berkata kepada al-Barra'... "wahai al-Barra'..mintalah doa kepada Tuhanmu".... al-Barra' segera mengangkat tangan dan berdoa... " Ya Allah!! aku meminta kepadaMu, tundukkanlah mereka untuk kami".... maka selepas itu pasukan musuh dapat dikalahkan.

Peperangan berlanjutan kembali di jambatan Sus. Pasukan musuh kembali mendesak tentera Islam, mereka kembali meminta al-Barra' berdoa kepada Allah.... lalu beliau berdoa: " Ya Allah!!! aku meminta kepadaMu, kalahkan lah mereka dan pertemukan aku dengan nabiMu"...

Musuh kembali dapat dikalahkan dan kali ini al-Barra' syahid di medan perang seperti permintaannya. Sungguh indah orang yang selalu bersama Allah swt....

Jumaat, November 16, 2012

TANDA AKHIR ZAMAN

Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yg telah memeluk agama islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]
Para saintis 'non- Muslim' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di
Arab Saudi (barat Alsaman)... Ramai pengkaji yang telah memeluk agama Islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama masa ....

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Selasa, November 13, 2012

CERITA ORANG YANG MENJAGA MAKANAN

Seseorang penuntut yang warak akan sentiasa menjaga makanannya... ilmunya akan lebih bermanafaat, belajarnya akan jadi lebih mudah dan faedahnya lebih besar. Antara warak yang paling sempurna adalah mengelakkan diri daripada terlalu kenyang, tidur yang panjang dan pembicaraan yang tidak bermanafaat. Dia juga perlu mengelakkan diri daripada memakan makanan dari pasar sekiranya mampu.

Makanan dari pasar lazimnya lebih dekat kepada najis dan kotoran. Ia jauh daripada zikrullah dan lebih dekat kepada kelalaian. Ini kerana orang fakir telah memandangnya tetapi mereka tidak mampu membelinya lalu berdukacita. Ia telah menghilangkan sebahagian keberkatannya....

Diriwayatkan bahawa Sheikh Muhammad Fadl tidak pernah memakan makanan dari pasar ketika masih belajar. Ayahnya tinggal di desa dan menghantar makanan kepadanya pada setiap hari Jumaat. Suatu ketika ayahnya melihat sebuku roti pasar di biliknya.... ayahnya marah dan enggan bercakap dengannya.... dia memohon maaf dan berkata : "saya tidak membelinya dan tidak mahu memakannya, tetapi ia diberikan oleh seorang teman saya"....

Jawab ayahnya..."apabila kamu berhati-hati dan warak, nescaya temanmu tidak akan sembarangan memberikan roti tersebut"...
(Kitab Ta'lim al-Muta'allim karangan Imam az-Zunuji)

Ahad, November 11, 2012

EMPAT ANUGERAH ALLAH KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD YANG MELAKUKAN DOSA

Diriwayatkan bahawa Nabi Adam AS telah berkata, “Allah memberikan empat bentuk kemuliaan kepada umat Muhammad yang tidak Allah berikan kepadaku, iaitu:
1. Allah menerima taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad diterima taubatnya—di mana pun ia berada.
2. Ketika aku melakukan dosa, Allah menghilangkan pakaianku seketika, sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian meskipun mereka durhaka pada Allah.
3. Ketika aku berbuat dosa, Allah pisahkan aku dengan isteriku, sedangkan umat Muhammad ketika ia berbuat dosa—tidak dipisahkan oleh Allah dengan isterinya.
4. Aku berbuat dosa di syurga, lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa di luar syurga, lalu Allah memasukkan mereka ke syurga bila mereka bertaubat. 

Demekianlah keistimewaan yang Allah kurniakan kepada kita umat Nabi Muhammad SAW..... renung dan muhasabahlah... bagaimanakah keadaan kita jika Allah tidak memberikan keistiwaan ini kepada kita... ataupun kita ditakdirkan lahir bukan sebagai umat Nabi Muhammad....

Jumaat, November 09, 2012

DI MANA KUALITI SOLAT KITA

Kualiti solat antaranya diukur pada kekhusyukan ketika menunaikan solat... dan kekhusyukan solat itu sendiri mempunyai beberapa tahap...
1...Khusyuk golongan awam :
     Mereka hanya khusyuk pada anggota sedang hati mereka dalam keadaan lalai (ghaflah)...
2.  Khusyuk golongan Salik :
     Mereka dapat khusyuk kerana hati mereka telah diubah oleh Allah daripada lalai kepada jaga atau sedar
     (yaqazah). Khusyuk mereka ini disebabkan hati mereka takut kepada Allah (khusyuk khawufin)...
3.   Khusyuk golongan Khawas :
     Hati mereka sangat kuat mengingati Allah (hudhur), maka khusyuk mereka adalah lebih baik. Hati
     mereka takut dan penuh mengharap rahmat Allah (khusyuk khawfin wa raja'in)...
4.  Khusyuk golongan Khawassul Khawas:
     Hati mereka ingat Allah semata-mata maka mereka telah mencapai khusyuk yang sebenar. Khusyuk
     mereka dikenali sebagai khusyuk farhin wa sururin. Maksudnya ketika mereka solat, hati mereka sangat
    suka dan gembira kerana musyahadah terhadap Allah. Kadang-kadang diistilahkan khusyuk Qurratul
    'Ain . Nabi bersabda bahawa antara tiga perkara yang baginda sangat suka ialah Qurratul 'Ain fi solah.

Jadi... muhasabahlah... di mana tahap kualiti solat kita... mudah-mudahan kita dapat pertingkatkan lagi
kualiti solat kita dari masa ke semasa seterusnya menjadi mukmin yang berjaya...