SAHABAT :

Jumaat, Ogos 03, 2012

SALSILAH TAREQAT AL-AHMADIAH AL-IDRISIAH

SALSILAH dalam ajaran tarikat adalah amat penting kerana ia perlu untuk menjaga pertalian yang terus menerus dengan pemimpin tarikat sebelumnya. Salsilah ajaran tarikat terdiri dari sederetan nama para wali yang terkemuka dalam dunia tasauf islam.Penerimaan tarikat adalah berterusan dari seorang sheikh mursyid kepada seorang sheikh mursyid yang lain akhirnya salsilah ini sampai kepada para sahabat r.a dan Rasulullah saw.
Salsilah Tarikat Al Ahmadiah Al Idrisiah juga mempunyai salsilah yang jelas dan berterusan hingga kepada Rasulullah .Pengasas awalnya ialah Sidi Ahmad b. Idris yang meninggal 12 rejab 1353H. Kemudian tarikat ini diterima oleh Sidi Ibrahim Al Rashidi yang meninggal pada 9 syaban 1291 H dan seterusnya tarikat ini di terima oleh Sidi Muhammad Al Dandarawi. Bermula daripada Sidi Muhammad b. Al Dandarawi,terdapatnya cabang cabang yang banyak di dalam salsilah tarikat ini. Ternyata Tarikat Al Ahmadiah Al Idrisiah mempunyai salsilah yang pendek kerana Sidi Ahmad sebagai pengasasnya yang pertama mendakwa bahawa beliau menerima tarikat ini secara langsung daripada Rasulullah saw.

SIDI AHMAD B IDRIS
Sidi Ahmad b Idris adalah pengasas pertama Tarikat Ahmadiah. Beliau dilahirkan di kampung MAISUR,Arayish di tepi laut Moroko dalam wilayah Fez pada tahun 1172 H. Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Idris bin Abdullah bin Hussin al Masna b. Abi Muhammad sehingga Saidina Hussin Al Basti.Semenjak kecil lagi beliau didik dalam disiplin agama dimana kemudiannya beliau berguru dengan beberapa ulama dan ahli sufi yang terkenal. Sebelum sidi Ahmad menerima Tarikat Ahmadiah ini,beliau telah beramal dengan Tarikat Al Khadiriah Al Aziziah yang diterima daripada Sidi Abdul Wahab Al Tazi. Tarikat kedua pernah diterima ialah Tarikat Shadziliyah daripada Abu Qasim Al Waziri Al Ghazidan seterusnya beliau menerima Tarikat Al Khalwatiyah daripada sheikh Hassan bin Hassan Bek Al Qanai. Walaupun beliau banyak menerima banyak Tarikat sepanjang hidupnya sebelum mengasaskan Tariqat Ahmadiah,beliau tetap tidak hanyut dalam pelbagai aliran ajaran Tarikat tersebut. Malahan beliau tidak bersetuju dengan amalan amalan yang melampau didalam ajaran sufi. Sidi Ahmad memang terkenal dengan sikapnya bercorak reaksioner. Beliau tidak menerima sesuatu hukum sekiranya tidak bersandarkan kepada alquran dan hadis.
Sidi Ahmad banyak mengembara ke negri negeri lain dengan tujuan untuk berguru kepada guru guru sufi yang terkenal. Buat pertama kalinya beliau bertolak ke Mekah untuk berguru disamping menunaikan haji. Semenjak itu beliau tidak lagi kembali ke tanah air nya di Moroko. Pada tahun 1799 Sidi Ahmad ke Kaherah dan menetap di daerah Qina. Kemudian pada tahun 1818 sekali beliau ke Mekah untuk belajar sambil mengajar orang ramai. Akhirnya mengembara ke Zabid pada tahun 1827 dan terus ke Kota Sabya yang terletak di Asir. Beliau meninggal dunia dikota ini pada tahun 1837M (1253H) dan dikebumikan di bandar Saria,Yaman Utara.
Semasa bersahabat dengan Sidi Abi Qsim al Waziri al Tazi, Allah telah membuka pintu teriqat kepada beliau. Ketika itu Sidi Ahmad sudah pun mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang tariqat dan beliau mahir dalam persoalan dan amalan-amalannya.Beliau juga begitu matang didalam ilmu al-quran dan al sunnah yang sukar ditandingi ketika itu.Sidi Ahmad telah diberi tauliah sebagai khalifah yang diizinkan untuk mengajar agama dalam bidang tersebut.Sidi Ahmad dikatakan menerima tariqat ahmadiah ini di dalam pertemuannya dengan Rasulullah dalam bentuk pertemuan suri selepas kematian gurunya Abu Qasim. Di dalam pertemuan ini, Rasulullah telah mengarahkan saidina al Khaidir supaya mengajar kepada Sidi Ahmad semua zikir tariqat Syadziliyah, lalu Khaidir segara menjalankan perintah tersebut.Kemudian Rasulullah menyuruh saidina Khaidir mengajar pula zikir,selawat dan istighfar yang terbesar dan terafdhal sekiranya dibandingkan dengan zikir,selawat dan istighfar yang lain.Lantas Saidina Khaidir mengajarnya.Selepas itu , Rasulullah sendiri telah mentalqinkan ziqir,selawat azamiyah dan beristighfar kabir kepada Sidi Ahmad.Oleh itu tariqat itu telah dikenali dengan nama tariqat Ahmadiyah kerana dihubungkan kepada Sidi Ahmad b. Idris.

SIDI IBRAHIM B AL RASHIDI
Sidi Ibrahim bin Al Rashidi merupakan pewaris kedua Tarikat Al Ahmadiah Al Idrisiah selepas Sidi Ahmad bin Idris. Nama sebenar beliau ialah Ibrahim bin Salleh Al Qahanbi bin Sayyid Abdul Rahman. Beliau berasal dari keluarga awliya' Allah di mana dikatakan berasal dari Aqil bin Abi Talib r.a. Beliau dilahirkan pada bulan rejab 1228 H(1813 M) di negeri Duih di Sudan. Pada mulanya beliau mendapat pendidikan daripada bapanya yang terkenal dengan kealimannya dalam bidang ugama.Sejak kecil lagi Sidi Ibrahim Menghafal al quran dan mempelajari ilmu ilmu ugamayang penting.Hasilnya beliau menjadi ulama dan iman sembahyang dalam usia yang masih muda. Oleh itu beliau telah beri gelaran al rashid disamping beliau juga dapat menguasai segala ilmu haqaiq. Keinginan Sidi Ibrahim untuk mempelajari ilmu tarikat bermula bila beliau bermimpi ada suatu cahaya yang datang mengejutkan hatinya. Selepas itu ,lahirlah keinginan beliau untuk berjumpa dab berguru dengan Sidi Ahmad pengasas Tarikat Ahmadiah yang ketika itu berada di Yaman. Sidi Ibrahim telah bertolak ke Hijaz dengan tujuan menemui Sidi Ahmad. tetapi Sidi Ahmad telah belayar ke Sanya. Oleh itu,pada tahun 1248 H(1832 M),ketika beliau berusia 27 tahun neliau telah belayar ke Yaman. Apabila tiba disana beliau dijemput oleh Sidi Ahmad supaya bermalam dirumahnya.Dua hari kemudian,beliau menerima Tarikat Ahmadiah dan berkhidmat kepada gurunya selama 5 tahun 5 bulan. Setelah Sidi Ahmad bin Idris meninggal dunia ,Sidi Ahmad mengambil tempat pengasasnya dengan mewarisi zikir,selawat azamiyah dan istighfar kabir. Sidi Ibrahim juga dalam hayatnya pernah mendapat penghormatanuntuk bertemu dengan rasulullah saw dan menerima beberapa amalan zikir dari baginda.Oleh kerana itu,apa apa sahaja amalan yang tidak ada pada Sidi Ahmad ada lah perjalanan Sidi Ibrahim yang menerima sendiri daripada baginda Rasulullah saw. Usaha usaha baginda untuk memperkenalkan Tarikat Ahmadiah ke masyarakat luar telah berjaya ,mengembangkan ke Somalia pada tahun 1850 M.Murid murid nya menganggap beliau sebagai ahli sufi yang berhasil sebagai maqam qutb. Beliau meninggal dunia pada bulan syaban 1291 H(1872 M) dan dikebumikan di suatu tempatbernama Ma'la di Kota Mekah.

SIDI MUHAMMAD B AHMAD AL DANDARAWI
Sidi Muhammad bin Ahmad Dandarawi adalah pengasas terakhir bagi tarikat Ahmadiah.Gelaran Al Dandarawi diberikan kerana menghubungkan dengan suatu tempat yang kenali sebagai Dandara yang terletak lebih kurang 6 batu dari bandar Qina di lembah Nil dibahagian Selatan Kaherah. Beliau dilahirkan dibandar Qina,tetapi keluarganya berasal daripada bangsawan Moroko yang datang ke Mesir untuk memerangi golongan kafir di situ dan akhirnya mereka menetap di Dandara sehingga sekarang. Sidi Muhammad bin Ahmad Dandarawi telah mengembara ke Mekah dan berguru kepada Sidi Ibrahim Al Rashidi.Sidi Ibrahim mendidik beliau sehingga beliau diakui sebagai ahli sufi yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan seperti mengetahui ilmu laduni,ilmu haqaiq,ilmu daqaiq dan kashaf. Beliau dikatakan mencapai maqam qutb yang digelar qutb al Rawi. Sidi Muhammad bin Ahmad Dandarawi juga mendapat penghormatan untuk bertemu dengan Rasulullah .Beliau mendapat beberapa amalan zikir yang tidak diperolehi oleh kedua kedua pengasas Tarikat Ahmadiah sebelumnya. Amalan ini disebut sebagai perjalanan Sidi Muhammad yang diantaranya ialah mentalqin orang yang ingin beramal dengan Tarikat Ahmadiah dengan lafaz "Laailaha illah Muhammad Rasulullah " sebanyak 4 kali.Oleh itu Tarikat Ahmadiah berubah sekali lagi menjadi Tarikat Ahmadiah Al Rashidiah Al Dandarawiah bersempena nama Sidi Muhammad bin Ahmad al Dandarawi. L Dandarawi mempunyai cita cita untuk mengembangkan lagi ajaran al Dandarawi ,tidak hanya disekitar Tanah Arab tetapi meliputi daerah daerah yang lebih jauh termasuk India dan Asia Tenggara khasnya Malaysia.Bagi memenuhi cita cita tersebut ,beliau mengirim wakil-wakil tertentu sebagai utusan khas bagi menjelaskan konsep amalan Tarikat Ahmadiah dan cita cita pengasasnya Sidi Ahmad bin Idris.Wakil wakil tersebut seperti Sidi Azahari bin Hassan ke India,Haji Muhammad Said B Jamaluddin al Linggi ke Malaysia. Sidi Muhammad al Dandarawi meninggal dunia pada 29hb Muharram 1327 H(1909 M) di Madinah .