SAHABAT :

Selasa, Mei 10, 2011

TENTERA ELIT TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

1. Navy Seals
Pasukan khas AS ini terus melonjak namanya setelah berjaya membunuh buruan nombor 1 AS, Osama bin Laden. Seal merupakan akronim sea, air, land. Ertinya pasukan elit ini mampu beraksi di tiga sektor : darat, laut dan udara. Anggota Seal dipilih dan disaring dari personel angkatan tentera AS dari setiap cawangan yang terbaik.


2. The Immortal
Ini pasukan elite era Kerajaan Persi kuno. Ketika menggempur Yunani, Herodotus mengumpulkan 10.000 orang pilihan. Mereka cekap dan gagah, mampu bergerak pantas dan dapat bekerja sama dengan baik. Seluruh personelnya dipersenjatai dengan pedang dan panah.



3. Brigade Gurkha
Brigade Gurkha terdiri seluruhnya dari warga Nepal yang mengabdi untuk berkhidmat sebagai tentera British. Pasukan ini ditubuhkan sejak 1815. Keberanian pasukan Gurkha ini menjadi lagenda. Hampir dalam setiap pertempuran yang melibatkan British, mereka diterjunkan. Termasuk dalam konfrontasi di Malaysia saat era Dwikora dulu. Pasukan ini mempunyai pisau khas, yang bernama Kukri.



4. The Knights Hospitaller
Para ksatria ini terkenal ketika perang salib fasa pertama. Mereka adalah biarawan yang sering menolong para penziarah Kristian yang hendak melawat ke bandar suci Jerusalem. Keberanian dan kegigihan mereka selama perang salib membuat namanya menjadi lagenda.



5. Special Air Service (SAS)
Pasukan elit British ini dibentuk di Libya tahun 1940, ketika Perang Dunia ke-2 berkecamuk. SAS merupakan salah satu pasukan khas terbaik di dunia di era modern ini. Banyak negara menjadikan SAS sebagai model pasukan khasnya. Misi pembebasan tahanan di Kedutaan Besar Iran di London tahun 1980, salah satu peristiwa yang membuat nama SAS melambung.



6. Green Berets
Dibentuk pada tahun 1952, pasukan Green Berets merupakan pasukan terbaik tentera darat AS. Ingat Rambo? Rambo diceritakan adalah salah seorang anggota pasukan elit ini. Green Berets bertempur mulai dari Vietnam, Afganistan hingga melawan pengedar dadah di Amerika Selatan. Selain pakar bertempur dan mengoperasikan aneka senjata, salah satu kemampuan Green Berets adalah melatih gerilyawan tempatan untuk melawan pasukan lawan atau menentang kerajaan.



7. The Varangian Guard
Mereka dianggap sebagai keturunan pelayar Viking. Kecakapan dalam pertempuran membuatkan mereka disegani di dunia Mediteranean. Pada awal abad ke 11 Masehi, kaisar Bizantium Basil II yang berkuasa mengumpulkan pengawal pribadinya dari orang-orang ini. Varangians menempati peringkat elit tentara kekaisaran, mengenakan baju besi berat dan sering menghunus kapak besar.



8. The Hashishin
Pasukan ini berdiri di Iran sekitar abad ke-11 atau ke-12. Sebelum beraksi mereka melakukan ritual menghisap ganja atau hashis. Hashishin dikenali memiliki kemampuan yang tinggi untuk menculik atau membunuh lawan-lawan politik mereka. Karena itu kata ‘assassin’ atau pembunuh dalam bahasa Inggris, diambil dari nama kelompok Hashishin.



9. Israeli Special Forces
Awalnya berdiri tahun 1948, sebagai platun khusus untuk misi-misi pengintipan. Kini platun ini berkembang sebagai salah satu pasukan komando terbaik di dunia. Membebaskan tahanan di Bandara Entebbe, Uganda, tahun 1976 menjadi salah satu kejayaan gemilang pasukan Yahudi ini. Pasukan ini pula yang mencegat konvoi Mavi Marvara yang hendak menembus sekatan Israel ke atas Palestine tahun lalu.



10. The Jaguar Warriors

Mereka berasal dari kebudayaan Aztec di Amerika Selatan. Sesuai namanya, pasukan ini mengenakan kulit jaguar sebagai pakaian perangnya. Senjata mereka adalah batu tajam yang bergerigi. Namun pasukan ini tidak mampu menahan pasukan penjelajah Sepanyol yang dilengkapi meriam dan senjata api.

Sumber :namakugusti.wordpress.com

1 ulasan: