SAHABAT :

Ahad, Mei 01, 2011

BILA RAKYAT DAH BENCI .... NAMA PUN TAK MAHU SEBUT LAGI


Sebuah jabatan di Kementerian Pengangkutan Mesir telah mengumumkan bahawa stesyen keretapi metro "Mubarak" akan berganti nama menjadi stesyen "Syuhada".

Mustafa al-Syaimy, ketua yang menguruskan operasi Metro, mengumumkan perubahan nama tersebut di mana nama baru digunakan untuk memperingati para demonstran yang terkorban sejak revolusi 25 Januari lalu.

Lebih dari 35,000 orang rakyat Mesir mengambil bahagian dalam undian melalui Facebook untuk memilih sebuah nama alternatif kepada stesyen metro tersebut. Lebih dari 56 peratus bersetuju untuk memberi nama "Syuhada," sementara ada yang mengusulkan nama "Firuan" dan "Stesyen Mesir" .

Jabatan tersebut akhirnya memilih pendapat majoriti dan memilih nama baru stesyen metro setelah pihak berkuasa Mesir memerintahkan bahawa nama-nama mantan Presiden Hosni Mubarak dan isterinya Suzanne mesti dihapuskan dari semua kemudahan awam, dan lembaga-lembaga awam.

Syaimy mengatakan jabatan tersebut mempertimbangkan banyak faktor, seperti lokasi stesyen, tempat-tempat penting sekitarnya, sejarah stesyen dan pendapat awam yang dikumpulkan sebagai pertimbangan oleh pengurusan stesyen pada halaman Facebook mereka.

Keseluruhannya ada lima nama yang diusulkan untuk stesyen metro Mesir, termasuk "25 Januari" dan "Revolusi".(eramuslim)

....itulah balasan kepada penzalim... belum mati lagi , nama mereka sudah mahu dihapuskan... tak akan diingati lagi... melainkan catatan rekod kezaliman dan pengkhianatan terhadap umat Islam....

.....bayangkan nama sahabat nabi yang mashur seperti Abu Hurairah misalnya... walau pun sudah mati ribuan tahun...namanya masih meniti di bibir orang-orang beriman... Imam Nawawi juga...walaupun mati dalam usia yang muda.... tidak berharta dan tidak juga memiliki kuasa.... namun kita masih merasai keberadaannya di sisi kita dengan membaca kitab-kitab karangannya .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan