SAHABAT :

Ahad, Mei 08, 2011

ASY-SYABBAB SOMALIA BERSUMPAH BALAS DENDAM


Gerakan gerila Asy-Syabbab Somalia bersumpah untuk membalas dendam atas kematian pemimpin al-Qaedah Usamah bin Ladin dan akan melanjutkan kempen ketenteraan mereka untuk menentang pemerintah federal transisi Somalia yang disokong oleh Barat .

"Kami akan melipatgandakan perjuangan kami dan kami akan mengalahkan musuh kami," dipetik Reuters atas pernyataan juru cakap Asy-Syabbab Syaikh Ali Rage Mohamud di Mogadishu pada hari Sabtu kelmarin (7/5).

"Kami tidak akan beralih dari jalan Syaikh Usamah dan kami akan melanjutkan pertempuran hingga kematian saudara kami Usamah terbela, atau mencapai kemenangan dan memerintah seluruh dunia," tambahnya.

Sementara itu, pasukan tentera Kenya telah diletakkan dalam keadaan siaga tahap tinggi untuk memberikan kawalan keselamatan kepada nenek Presiden AS Barack Obama setelah mereka menerima informasi bahawa asy-Syabbab mungkin mencuba untuk membunuhnya, seorang koresponden Press TV melaporkan Jumat malam kelmarin.

Polis di wilayah Siaya, yang terletak di Nyanza Kenya barat daya, telah mengumumkan bahwa mereka telah menerima maklumat bahawa pejuang asy-Syabbab merancang untuk membunuh Sarah Onyango Obama yang merupakan nenek Obama.(eramuslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan