SAHABAT :

Khamis, April 28, 2011

YUSUF ISLAM MEMINTA IRAN BEBASKAN RAKYAT AMERIKA


Yusuf Islam, pemuzik dan pendakwah British terkenal yang sebelumnya dikenali sebagai Cat Stevens, telah menyeru pembebasan dua rakyat Amerika yang didakwa sebagai pengintip di Iran.

Sebuah video dari Yusuf Islam memohon agar Shane Bauer dan Josh Fattal untuk dibebaskan atas dasar kemanusiaan dan keadilan telah disiarkan di laman Youtube.

Dalam video itu Yusuf Islam mengatakan mereka harus dibebaskan jika tidak ada bukti yang jelas berhubung tuduhan terhadap mereka, selain mereka hanya penjenayah biasa.

Tokoh Muslim barat terkemuka yang lain, mantan juara tinju dunia Muhammad Ali, juga telah menulis surat kepada pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei sebanyak dua kali atas nama kedua orang warga AS tersebut.

Fattal dan Bauer ditangkap pada Julai 2009 sewaktu melakukan hiking di Irak utara berhampiran sempadan Iran. Seorang pejalan kaki ketiga, Sarah Shourd, dibebaskan dengan jaminan pada bulan September tahun lalu.(fq/abc)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan