SAHABAT :

Jumaat, April 15, 2011

MATI TANPA KUBUR SELAMA 189 TAHUN


Mayat pembunuh yang dihukum mati pada tahun 1821 itu akhirnya ditemui tergantung di dalam almari Universitas Bristol. Jasad tersebut akhirnya dikuburkan selayaknya setelah tergantung selama 189 tahun.

John Horwood, nama pembunuh tersebut, didapati bersalah pada 1821 setelah membunuh bekas kekasihnya, Eliza Balsom, ketika dia berusia 18 tahun. Dia menghentak Balsom dengan seketul batu ketika Balsom sedang melintas di sebuah sungai di Bristol.

Serangan Horwood sebenarnya tidak menyebabkan luka serius. Tapi, Eliza Balsom meninggal dunia setelah menderita jangkitan kuman setelah doktor menebuk sebuah lubang di kepalanya untuk mengurangi tekanan darah yang terus keluar. Horwood pun akhirnya dinyatakan bersalah atas kematian Balsom dan kemudian dihukum mati.

Dr Richard Smith, yang melakukan operasi pada Eliza Balsom, menolak izin untuk mengembalikan jasad John Horwood kepada keluarganya. Jasad Horwood akhirnya digunakan untuk keperluan pembedahan di Hospital Kerajaan Bristol (Bristol Royal Informary). Setelah pembedahan di hadapan 80 orang, Dr Smith menyimpan rangka Horwood dan menempatkannya di sebuah ruang pameran sebelum kemudiannya diserahkan kepada Universiti Bristol.

Mary Halliwell (67 tahun) akhirnya menemukan rangka John Horwood dan memenangi melalui proses perundangan ke atas rangka Horwood. Pada 13 April lalu, Halliwell akhirnya menguburkan John Horwood selayaknya seperti orang yang meninggal dunia. Rangka John Horwood digantung di luar penjara New Bristol selama sejam sebelum akhirnya dikuburkan.

Berdasarkan kajian yang dipohon oleh keluarganya, John Horwood adalah saudara lelaki kepada moyang Halliwell.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan