SAHABAT :

Jumaat, April 22, 2011

FILEM RAMBO TURKEY


Sebuah tayangan khusus sebuah dari filem Turki anti Israel dijadualkan akan berlangsung di Cairo di bawah anjuran Duta Besar Turki pada hari Sabtu akan datang.

Filem berjudul "Valley of the Wolves – Palestine" yang bercerita tentang serangan pasukan Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang menuju Gaza pada bulan Mei tahun lalu telah menuai kecaman besar-besaran di Israel.

Cerita filem ini berfokus pada sekumpulan komando Turki yang diperintahkan untuk membunuh seorang perwira militer senior Israel yang memberikan perintah untuk membunuh penumpang kapal Mavi Marmara.

Adegan terakhir filem ini menunjukkan tentera IDF dengan tubuh mayat sembilan penumpang kapal Mavi Marmara.

Pengedar di Mesir untuk filem ini, Adel Adib, mengatakan bahawa tayangan khusus ditetapkan menjelang hari memperingati Holocaust di Poland di mana peringatannya akan berlangsung pada 2 Mei akan datang.

Filem Turki ala Rambo ini akan ditayangkan di 10 pawagam di Mesir setelah tayangan perdana itu.(fq/ynet)

....APCO sudah tentu akan membantah tayangan filem ini di Malaysia ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan