SAHABAT :

Rabu, Mac 23, 2011

KISAH BEKAS TAHANAN POLITIK LIBYA

Gambar penjara bawah tanah yang dimusnahkan.


Setelah menjalani hidup di dalam penjara rejim Ghaddafi selama 20 tahun, Ibrahim ,45 tahun, berserta lima orang saudaranya akhirnya menghidup udara bebas. Dua puluh tahun yang lalu, mereka ditangkap atas tuduhan "pandangan politik yang berbeza dengan rejim Ghaddafi" dan dihumbankan ke penjara "Bousalem" tanpa bicara.

Bagi rakyat Libya, penjara "Bousalem" merupakan tempat tahanan yang terkenal dan mengerikan. Penjara tersebut sangat terasing dan terletak jauh di kawasan Timur Libya, di wilayah Ajadiya, sekitar 180 km dari Benghazi atau sekitar 1180 km dari ibu kota Tripoli.

Ibrahim dihumban ke penjara tersebut kerana pandangan politiknya. Tidak hanya itu saja, kelima-lima saudaranya pun turut ditahan bersamanya, meskipun mereka tidak terlibat dan tak tahu menahu dengan pandangan politik Ibrahim.

"Saya dipenjara kerana saya mengkritik sistem pendidikan Libya. Saya berkata, "sistem pendidikan di negera saya bermasalah". Hanya kerana perkataan tersebut, saya ditangkap sebuah brigade tentera rejim Ghaddafi dan dihumbankan ke Bousalem," kata Ibrahim sebagaimana dipetik surat akhbar al-Masry al-Youm (23/3).

Tambah Ibrahim : " Tapi segala puji bagi Allah. Allah lah yang akan menjatuhkan setiap pemimpin yang zalim. Revolusi pun berkobar di Libya," jelasnya.



Ibrahim dan tahanan lain dibebaskan dari penjara selepas meledaknya revolusi Libya sejak 17 Februari yang lalu, setelah satu pasukan penentang menduduki dan menguasai kota Ajadiya, yang termasuk di dalamnya penjara Bousalem.

Selepas pembebasannya, Ibrahim dan bekas tahanan penjara Bousalem lain segera bergabung dengan pasukan revolusi Libya.

"Kami akan terus berperang untuk menggulingkan rejim Ghaddafi yang zalim. Kami tidak takut pada rejim Ghaddafi, yang kami bimbangkan adalah perjuangan revolusi ini menjadi sia-sia," kata Ibrahim. (eramuslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan