SAHABAT :

Sabtu, Mac 05, 2011

INTERPOL KELUAR ARAHAN PENANGKAPAN GHADDAFI

Interpol telah mengeluarkan peringatan global yang dikenal sebagai Orange Notice terhadap Kolonel Muammar Ghaddafi dan 15 orang rakyat Libya yang lain, termasuk anggota keluarga dan teman rapat Ghaddafi, kata organisasi polis internasional yang bermarkas di Lyon, Perancis Jumaat kelmarin (4/3/2011).

"Sebagai prioriti pertama, kami harus bekerja untuk melindungi penduduk awam Libya dan mencegah individu-individu dari Libya yang disenarai hitamkan Dewan Keselamatan PBB daripada melakukan perjalanan atau cuba untuk memindahkan aset mereka ke luar negeri," kata setiausaha agung Interpol Ronald Noble.


Interpol mengatakan mereka akan bekerjasama dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang telah pun mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu lalu bahawa mereka secara rasmi telah membuka siasatan kes jenayah kemanusiaan di Libya oleh Ghaddafi, anak-anaknya dan para pembantunya dan tuduhan bahawa pasukan yang setia kepada orang kuat Libya tersebut telah menggunakan senjata berat memerangi orang awam dalam usaha untuk menumpas pemberontakan yang meletus pada pertengahan Februari lalu.

Ribuan warga awam diyakini telah terbunuh dalam aksi penentangan melawan pemerintahan Ghaddafi yang belum pernah terjadi sebelumnya selama 42 tahun Ghaddafi berkuasa.

Ghaddafi dan anak-anaknya (gambar atas:Saiful Islam) bertekad untuk mempertahankan kekuasaan dan menyelamatkan pemerintahan mereka dengan segala cara yang mungkin mereka lakukan, bahkan jika hal itu memerlukan pertumpahan darah pun mereka akan tetap lakukan.

Pasukan keselamatan Libya menggunakan gas pemedih mata untuk membubarkan ratusan demonstran setelah salat Jumaat kelmarin di Tripoli, di tengah kehadiran pasukan tentera lengkap bersenjata di jalan-jalan utama di sekitar wilayah Tajoura di mana demonstran dilaporkan membakar bendera rasmi Libya.

Gelombang penahanan, pembunuhan dan penculikan dilaporkan berlaku secara berleluasa di Tripoli dalam beberapa hari terakhir ini dan mayat orang yang hilang dilaporkan ditemui di jalan-jalan raya.

Sekurang-kurangnya 30 warga awam telah terbunuh setelah pasukan tentera yang setia kepada Muammar Ghaddafi, berusaha untuk merebut kembali bandar-bandar yang dikuasai pemberontak dari Zawiyah yang selama berhari-hari telah menentang pemerintahannya.

Kumpulan Pro-Ghaddafi juga telah berusaha untuk mengambil kembali bandar-bandar yang strategik di bahagian timur yang dikuasai pemberontak.(eramuslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan