SAHABAT :

Khamis, Mac 17, 2011

ANAK GHADDAFI PARAH DISERANG


Hanya beberapa jam setelah Saif al-Islam mengatakan bahawa pasukan revolusioner Libya akan ditewaskan dalam tempoh 24 jam, seorang anak pemimpin Libya yag lain, dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritis di sebuah hospital di Tripoli.

Seorang wartawan mengatakan bahawa rejim Libya sedang merahsiakan keadaan dan berita salah seorang anak Ghaddafi yang cedera serius itu kerana serangan udara yang dilakukan oleh seorang juruterbang yang membelot.

Sulaiman Duga—wartawan yang dimaksud—mengatakan kepada saluran berita Al-Ahad bahawa Saif al-Islam Ghaddafi, berada di hospital untuk menemani dan merawat adiknya yang luka parah.

Kejadian itu terjadi pada Selasa lalu setelah seorang juruterbang membelot menyerang Bab Al-Azizia, sebuah berek tentera yang terletak di pinggir selatan Tripoli.

Laporan-laporan mengatakan anak Ghaddafi yang tak disebutkan namanya tersebut sedang bertarung melawan kecederaan yang parah itu.

Saif al-Islam mendakwa kekuatan kumpulan pemberontak di ambang kehancuran, beberapa buah bandar yang mereka kuasai sebelum ini telah berjaya dirampas kembali oleh tentera Ghaddafi, beliau juga telah menegaskan bahawa pemberontak yang bersembunyi di timur kota Benghazi akan kalah dalam tempoh 48 jam akan datang.

Kota Benghazi ini dikenali sebagai ibukota Revolusi Libya. (eramuslim)

1 ulasan: