SAHABAT :

Ahad, Mac 20, 2011

AKHBAR INI TERPAKSA DIBERI WAJAH BARU

Utusan Malaysia berwajah baru dilancar


ABDUL GHANI menerima cenderamata daripada Mohamed Hashim sambil diperhatikan oleh Aziz (dua dari kanan), Nasir (kanan) dan Hassan di Plaza Angsana, Johor Bahru semalam.


WAJAH BARU. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman semalam melancarkan wajah baru akhbar Utusan Malaysia di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Majlis tersebut seiring dengan peningkatan kualiti cetak akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia setelah selesai projek naik taraf mesin cetak di dua loji syarikat Utusan Melayu (M) Berhad iaitu di Tebrau, Johor dan Gong Badak, Terengganu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, kerja-kerja naik taraf itu membolehkan akhbar dicetak dengan lebih kemas dan mewujudkan keseragaman dalam jumlah muka berwarna di semua loji.

“Dengan kos lebih RM20 juta di kedua-dua loji berkenaan, masalah yang boleh mengakibatkan kelewatan mencetak tidak akan timbul lagi sekali gus akan berada di pasaran lebih awal,” katanya pada majlis perasmian Peningkatan Kualiti Cetak dan Wajah Baru Akhbar-Akhbar Utusan di Johor Bahru semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia. Hassan Mohd. Noor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan