SAHABAT :

Selasa, Mac 29, 2011

POHON PISANG DI JALANRAYA

Bosan kerana kerosakan jalan tidak dibaiki oleh kerajaan yang memerintah, para penduduk di Allakkuang dan Maritenga Sulawesi Selatan, menanam pokok pisang di atas jalanraya yang rosak sebagai tanda protes. Jalanraya ini adalah jalanraya penghubung antara wilayah Sidenreng Rappang dan Soppeng di Sulawesi Selatan, Indonesia.

....itu tanda-tanda pemerintah mengabaikan keperluan rakyat.... lain padang lain belalang, lain negara lain pula masalahnya....kita di Malaysia... jalanraya Alhamdulillah .... tak ada masalah... ada lebuhraya lagi.. masalahnya tol dan saman ekor la pula.....

Isnin, Mac 28, 2011

DOKUMEN PENTING HILANG DAH TAK PERLU LAPOR POLIS


Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad

PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam. (kosmo)

.....pelik juga sekarang ni yee!!! dulu kalau hilang kena lapor polis dan kena denda lagi....

Rabu, Mac 23, 2011

KISAH BEKAS TAHANAN POLITIK LIBYA

Gambar penjara bawah tanah yang dimusnahkan.


Setelah menjalani hidup di dalam penjara rejim Ghaddafi selama 20 tahun, Ibrahim ,45 tahun, berserta lima orang saudaranya akhirnya menghidup udara bebas. Dua puluh tahun yang lalu, mereka ditangkap atas tuduhan "pandangan politik yang berbeza dengan rejim Ghaddafi" dan dihumbankan ke penjara "Bousalem" tanpa bicara.

Bagi rakyat Libya, penjara "Bousalem" merupakan tempat tahanan yang terkenal dan mengerikan. Penjara tersebut sangat terasing dan terletak jauh di kawasan Timur Libya, di wilayah Ajadiya, sekitar 180 km dari Benghazi atau sekitar 1180 km dari ibu kota Tripoli.

Ibrahim dihumban ke penjara tersebut kerana pandangan politiknya. Tidak hanya itu saja, kelima-lima saudaranya pun turut ditahan bersamanya, meskipun mereka tidak terlibat dan tak tahu menahu dengan pandangan politik Ibrahim.

"Saya dipenjara kerana saya mengkritik sistem pendidikan Libya. Saya berkata, "sistem pendidikan di negera saya bermasalah". Hanya kerana perkataan tersebut, saya ditangkap sebuah brigade tentera rejim Ghaddafi dan dihumbankan ke Bousalem," kata Ibrahim sebagaimana dipetik surat akhbar al-Masry al-Youm (23/3).

Tambah Ibrahim : " Tapi segala puji bagi Allah. Allah lah yang akan menjatuhkan setiap pemimpin yang zalim. Revolusi pun berkobar di Libya," jelasnya.



Ibrahim dan tahanan lain dibebaskan dari penjara selepas meledaknya revolusi Libya sejak 17 Februari yang lalu, setelah satu pasukan penentang menduduki dan menguasai kota Ajadiya, yang termasuk di dalamnya penjara Bousalem.

Selepas pembebasannya, Ibrahim dan bekas tahanan penjara Bousalem lain segera bergabung dengan pasukan revolusi Libya.

"Kami akan terus berperang untuk menggulingkan rejim Ghaddafi yang zalim. Kami tidak takut pada rejim Ghaddafi, yang kami bimbangkan adalah perjuangan revolusi ini menjadi sia-sia," kata Ibrahim. (eramuslim)

Ahad, Mac 20, 2011

AKHBAR INI TERPAKSA DIBERI WAJAH BARU

Utusan Malaysia berwajah baru dilancar


ABDUL GHANI menerima cenderamata daripada Mohamed Hashim sambil diperhatikan oleh Aziz (dua dari kanan), Nasir (kanan) dan Hassan di Plaza Angsana, Johor Bahru semalam.


WAJAH BARU. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman semalam melancarkan wajah baru akhbar Utusan Malaysia di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Majlis tersebut seiring dengan peningkatan kualiti cetak akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia setelah selesai projek naik taraf mesin cetak di dua loji syarikat Utusan Melayu (M) Berhad iaitu di Tebrau, Johor dan Gong Badak, Terengganu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, kerja-kerja naik taraf itu membolehkan akhbar dicetak dengan lebih kemas dan mewujudkan keseragaman dalam jumlah muka berwarna di semua loji.

“Dengan kos lebih RM20 juta di kedua-dua loji berkenaan, masalah yang boleh mengakibatkan kelewatan mencetak tidak akan timbul lagi sekali gus akan berada di pasaran lebih awal,” katanya pada majlis perasmian Peningkatan Kualiti Cetak dan Wajah Baru Akhbar-Akhbar Utusan di Johor Bahru semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia. Hassan Mohd. Noor.

Sabtu, Mac 19, 2011

IRAN MENCIPTA PIRING TERBANG


TEHERAN - Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan.

Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an.

Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang.

"Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat.

"Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA.

Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat.

Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing.

Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai.

Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu. - Agensi

....itulah kehebatan Republik Islam Iran yang dipimpin oleh pemimpin yang berjiwa Islam, disaat negara kita masih bergelut dengan isu rasuah, DNA, jambatan bengkok yang tak berkesudahan.... Iran mempamerkan kehebatan teknologi disamping ia juga digeruni musuh-musuh Islam seperti Israel.... jika ISLAM diberi peluang memerintah... percayalah negara kita juga sedikit masa lagi ALLAH akan kurniakan kehebatan dan ALLAH mencampakkan perasaan gerun gan gementar terhadap seteru ISLAM apabila berhadapan dengan kita....

Jumaat, Mac 18, 2011

PELANCARAN KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) DI KEDAH MALAM INI

SUNGAI PETANI, 18 Mac: Pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Peringkat Negeri Kedah oleh pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar akan diadakan pada malam ini bertempat di Taman Kempas Fasa 2, dekat sini.

Jelajah Kase ke seluruh negara bertujuan bertemu memberi penjelasan dan khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan.

Mahfuz juga dijadual mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kase Kedah yang akan dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan turut dianggotai seorang peguam yang akan memberikan khidmat guaman kepada mangsa saman ekor.

Sehubungan itu orang ramai dan mangsa-mangsa saman ekor di Kedah dan kawasan berhampiran digesa mengambil peluang bertemu dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan dan khidmat nasihat berkaitan isu terbabit.

Kase sebelum ini mendesak kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang penguatkuasaannya secara terang-terangan menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jawatankuasa itu juga telah menyerahkan memorundum memohon campurtangan Yang Di Pertuan Agong terhadap kelulusan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang disifatkan tidak adil kepada rakyat khususnya pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu saman ekor cara baru.

AES akan dikendalikan dua syarikat swasta Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang akan mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

(harakahdaily.net)

Khamis, Mac 17, 2011

ANAK GHADDAFI PARAH DISERANG


Hanya beberapa jam setelah Saif al-Islam mengatakan bahawa pasukan revolusioner Libya akan ditewaskan dalam tempoh 24 jam, seorang anak pemimpin Libya yag lain, dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritis di sebuah hospital di Tripoli.

Seorang wartawan mengatakan bahawa rejim Libya sedang merahsiakan keadaan dan berita salah seorang anak Ghaddafi yang cedera serius itu kerana serangan udara yang dilakukan oleh seorang juruterbang yang membelot.

Sulaiman Duga—wartawan yang dimaksud—mengatakan kepada saluran berita Al-Ahad bahawa Saif al-Islam Ghaddafi, berada di hospital untuk menemani dan merawat adiknya yang luka parah.

Kejadian itu terjadi pada Selasa lalu setelah seorang juruterbang membelot menyerang Bab Al-Azizia, sebuah berek tentera yang terletak di pinggir selatan Tripoli.

Laporan-laporan mengatakan anak Ghaddafi yang tak disebutkan namanya tersebut sedang bertarung melawan kecederaan yang parah itu.

Saif al-Islam mendakwa kekuatan kumpulan pemberontak di ambang kehancuran, beberapa buah bandar yang mereka kuasai sebelum ini telah berjaya dirampas kembali oleh tentera Ghaddafi, beliau juga telah menegaskan bahawa pemberontak yang bersembunyi di timur kota Benghazi akan kalah dalam tempoh 48 jam akan datang.

Kota Benghazi ini dikenali sebagai ibukota Revolusi Libya. (eramuslim)

Rabu, Mac 16, 2011

PARA IMAM MENYERTAI ANAK MUDA MEMPROTES KERAJAAN DI ALJERIA


Ketika ribuan anak muda Aljeria turun ke jalan dan memprotes pemerintah kerana buruknya keadaan kehidupan rakyat dan kenaikan harga barang keperluan harian, pemerintah Aljeria meminta para imam yang digaji oleh negara untuk memberikan ceramah-ceramah yang boleh menenangkan situasi. Tapi sekarang, para imam itu pula yang melakukan protes terhadap pemerintah.

"Kami sangat marah, keadaan hidup kami sehari-hari sangat buruk," kata Hajaj El Hadj, yang sudah bekerja selama 20 tahun sebagai imam masjid di Aljeria. "Kami menuntut kenaikan gaji yang lebih munasabah," katanya.

Sebagai salah seorang dari empat imam di masjid kota Staoueli, tugas El Hadj adalah memimpin salat lima waktu, memberikan khutbah Jumaat, dan mengendalikan aktiviti sosial bagi masyarakat sekitar. Seperti para imam lainnya yang secara resmi terdaftar sebagai kakitangan kerajaan, El Hadj mendapat gaji dari pemerintah. Dia dan rakan-rakannya memutuskan untuk melakukan aksi protes setelah melihat pegawai di sektor lain menerima kenaikan gaji.

"Polis menerima kenaikan gaji sehingga 50 peratus, tapi pemerintah lupa untuk memasukkan kami ke dalam daftar penjawat awam yang gajinya juga harus dinaikkan. Setelah 20 tahun menjadi imam, gaji saya cuma sekitar 317 USD sebulan. Kami tidak boleh menerima keadaan ini lagi," ujarnya.

"Ketika terjadi rusuhan bulan Januari lalu, pemerintah meminta kami, para imam masjid, untuk memainkan peranan menenangkan keadaan. Kami berusaha keras untuk meyakinkan anak-anak muda agar menghentikan rusuhan, tetapi pemerintah tidak melakukan apapun untuk menghargai kerja keras kami. Ini tidak adil," tegas Imam El Hadj.

Sekitar 100 ribu imam yang selama ini mendapat gaji dari pemerintah, bersama para mahasiswa, doktor, pegawai tadbir awam, pemandu, pekerja perusahaan minyak, bahkan anggota polis, bersama-sama melakukan aksi tunjuk perasaan menuntut kenaikan gaji dan kualiti hidup yang lebih baik. Mereka mengancam akan melakukan mogok kerja jika pihak pemerintah tidak memenuhi tuntutan mereka.

Aljeria turut terkena tempias gelombang "revolusi" di sejumlah negara Arab. Untuk mereda aksi-aksi protes rakyat, pemerintah Aljeria berusaha melakukan perbaikan di bidang perekonomiannya antara lain memberikan subsidi, menaikkan gaji dan memberikan pinjaman tanpa faedah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Namun upaya itu tetap tidak memadai, kerana masih terjadi aksi protes dan mogok kerja, yang meskipun skalanya kecil dan bersifat setempat, namun ia boleh berkembang menjadi aksi massa yang tidak boleh dikawal lagi.

(eramuslim)

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT

Sebotaj terhadap program dan aktiviti anjuran Pakatan Rakyat adalah perkara biasa... rata-rata penyokong Pakatan Rakyat yang menghadiri majlis-majlis anjuran parti mereka kadang-kadang sudah bersedia menghadapi kemungkinan ini (TETAPI KARNIVAL INI UNTUK SELURUH RAKYAT KEDAH TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK... IA ANJURAN KERAJAAN NEGERI YANG DIPILIH RAKYAT) .... kehadiran tetap diteruskan walaupun bahaya kerugian harta benda adalah cagaran... kerana bagi penyokong Pakatan Rakyat... sokongan tidak berbelah bagi kepada parti mereka perlu dizahirkan.... mereka tidak dibayar untuk hadir .... malah sanggup membayar untuk hadir.

Sepandai-pandai tupai melompat

ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah diibaratkan kejadian sabotaj keatas kenderaan semasa ceramah sempena 3 tahun Kedah Sejahtera apabila seorang suspek ditahan semalam.

Seorang lelaki berjaya ditahan oleh sekumpulan petugas Program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera semasa dipercayai sedang melakukan lagi sabotaj keatas kenderaan pengunjung.

Menurut seorang petugas, suspek ditahan ketika cuba melakukan sabotaj yang sama.

Apabila disoal, suspek mendakwa sedang menukar tayar kereta sedangkan tiada peralatan membuka tayar yang ditemui bersamanya.

Suspek akhirnya ditahan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah didalam ceramahnya turut menyentuh tentang kejadian sabotaj yang berlaku malam sebelumnya. Dalam kejadian sebelum ini, kira-kira 40 buah kenderaan telah dipancitkan tayar ketika hadir ke program anjuran Kerajaan Negeri. (wartakedah.net)

Selasa, Mac 15, 2011

KAPAL PERANG IRAN MELINTAS TERUSAN SUEZ SETELAH MUBARAK TIADA

Dua kapal perang Iran dilaporkan melintasi Terusan Suez dan menuju ke Laut Mediteranean. Ini adalah pertama kalinya terjadi dalam sejarah Mesir setelah Hosni Mubarak turun takhta.

Seperti yang diketahui, Mubarak, memimpin Mesir lebih dari 30 tahun, sangat membenci Iran, kerana fahaman Syiahnya, dan juga mungkin bimbang dengan pengaruh Iran, permusuhan Iran terhadap Amerika dan Israel sedangkan Mubarak adalah adalah sekutu rapat mereka.

Dua kapal perang tersebut iaitu Khark dan Alvand, menyeberangi Terusan Suez, minggu lalu.


"Mereka memasuki terusan pada jam 5:45 (0335 GMT)," demikian Reuters memetik dari seorang pegawai terusan.

Alvand dipersenjatai dengan peluru berpandu anti-pesawat dan Khark pula memiliki 250 anak kapal dan membawa tiga helikopter.

Agensi berita Mesir, MENA, melaporkan pada Jumaat yang lalu bahawa pihak berkuasa Mesir telah bersetuju untuk mengizinkan dua kapal perang Iran untuk melintasi Terusan Suez. Hal ini tidak pernah terjadi ketika Mubarak masih memerintah, atau tepatnya semenjak tahun 1979 setelah Revolusi Iran meletus. (eramuslim)

.....maka kita kenallah siapa Mubarak...takut dan benci kepada satu-satunya kuasa Islam yang digeruni Amerika dan Israel...sebaliknya memilih untuk bersahabat dengan Israel... siapa lagi yang memilih untuk bersahabat dengan Israel??? Melantik firma Israel sebagai penasihat strategik dan keselamatan??? Itulah spesis Mubarak....

Isnin, Mac 14, 2011

PASUKAN GHADDAFI MULAI BERTEMPUR SESAMA SENDIRI

Setelah lebih dari dua minggu berlalu, dan pemimpin Libya Muammar Gaddafi masih terus bertahan, berhembus laporan bahawa para tentara Ghaddafi berperang antara satu sama lain. Demikian pernyataan ini dilontarkan oleh kubu yang menentang Gaddafi, sementara pemerintah Libya membantah laporan tersebut.

Penduduk mengatakan bahawa pertempuran antara-tentara Gaddafi tercetus pada hari Sabtu dua hari yang lalu, setelah beberapa unit tentera pemimpin Libya menolak untuk menyerang Misrata, kota terbesar ketiga di Libya dan satu-satunya tempat di sebelah barat negara yang masih terbuka menentang kekuasaan Gaddafi.


Laporan itu sendiri sebenarnya belum boleh disahkan kerana pemerintah Libya tidak mengizinkan kemasukan wartawan ke kota itu, yang terletak 200 km (130 batu) timur Tripoli.

"Dari pagi mereka (tentera Libya) bertempur di antara mereka sendiri satu sama lain. Kami mendengar pertempuran itu," kata Muhammad, salah satu pejuang rakyat anti-Gaddafi, kepada Reuters melalui telepon pada hari minggu.

Pemerintah Libya menyangkal berita itu dengan mengatakan sebagai khabar angin belaka. ( eramuslim)

Sabtu, Mac 12, 2011

AYAM MEMILIKI KEMAMPUAN PARANORMAL???

Jika dinilai dari sudut pandangan kecerdasan pola berfikir, ayam memang berada di urutan terbawah. Namun ayam ternyata mempunya kemampuan paranormal. Contohnya apa?
Ayam ternyata termasuk dalam kumpulan haiwan yang memiliki tingkat kecerdasan emosional yang tinggi, seakan-akan paranormal, ayam mampu ‘membaca’ perasaan haiwan lain, khususnya perasaan anak-anak mereka.

Dalam sebuah ujikaji, ayam betina menunjukkan tanda jelas bahawa mereka merasakan kecemasan ketika anak ayam merasa sakit. Ini merupakan bukti pertama kewujudan sifat empati pada haiwan.

"Sejauh mana haiwan dapat dipengaruhi oleh penderitaan makhluk lain memiliki hubungan yang erat dengan kesejahteraan haiwan tersebut. Kami mendapati bahawa ayam betina dewasa memiliki sifat empati yang tinggi terhadap emosional makhluk lain,” ujar ilmuwan di Bristol University, Jo Edgar.

Kemampuan merasakan sakit pada orang lain atau memahami perasaan dari sudut pandang orang lain merupakan sifat yang dianggap sebelumnya sebagai keunikan manusia. Namun ternyata, haiwan juga boleh merasakan empati seperti manusia.

Ujian yang dilakukan pada ayam itu menghasilkan dapatan penting berhubung dengan kesejahteraan ayam di pusat peternakan atau makmal-makmal sains. Ilmuwan British memilih ayam sebagai objek ujikaji kerana menganggap empati berevolusi sejak orangtua merawat anak-anak mereka.

Ketika anak ayam tersiksa, keadaan emosi ibu ayam akan mengalami perubahan di antaranya detak jantung meningkat, gelisah, tekanan mata menurun dan beberapa tanda stres lain. Kajian ini diungkapkan dalam jurnal Royal Society.

Jumaat, Mac 11, 2011

QARDHAWI : SERANGAN KE ATAS GEREJA ADALAH KONSPIRASI GAGALKAN REVOLUSI


Ulama Islam terkemuka, Syaikh Yusuf al-Qardhawi, mengutuk keras serangan terhadap gereja Koptik yang ia katakan serangan tersebut sebagai upaya untuk melemahkan revolusi dan ia meminta rakyat Mesir untuk bekerja sama dalam menghadapi fase kritis negara tersebut.

Syaikh Yusuf al-Qardhawi, presiden Persatuan Ulama Islam Internasional, menggambarkan pembakaran dan serangan terhadap sebuah gereja yang baru-baru ini terjadi di Mesir adalah konspirasi "pekerjaan setan" yang berusaha merusak Revolusi 25 Januari yang telah berhasil menghantarkan rakyat Mesir lepas dari rezim Mubarak.

Syaikh Qardhawi juga mengingatkan agar umat Islam dan Kristen tidak melupakan revolusi 25 Januari, di mana semua unsur masyarakat Mesir tanpa pandang suku, agama, saling bersatu menjatuhkan rezim yang berkuasa.

Pernyataan Syaikh Qardhawi ini dibuat dalam sebuah pernyataan yang dirilis kemarin (10/3) di mana ia menuduh sisa-sisa rezim yang berkuasa sebelumnya yang sengaja melakukan dan membangkitkan perselisihan sektarian di Mesir.

"Para antek rezim mantan presiden dan sisa-sisa partai yang telah jatuh NDP serta kelompok aparat keamanan negara yang memainkan kartu perselisihan sektarian ini untuk menciptakan kekacauan dan perpecahan sebagai bagaian dari rencana mereka menggagalkan revolusi, yang hal itu telah dibuktikan oleh banyak dokumen yang berhasil diperoleh oleh kaum revolusioner. "

Syaikh Qardhawi yang pergi ke Mesir dengan tujuan mendesak rakyat Mesir untuk mendukung pemerintah baru yang dipimpin oleh Essam Sharaf serta menyerukan faksi-faksi yang berbeda untuk bekerja sama dalam membangun bangsa.

"Musuh-musuh Revolusi itu," katanya, "telah memerintah negara ini selama 30 tahun." (fq/alahram/islamtoday)

....konspirasi begini juga pernah berlaku di negara kita Malaysia... gereja pernah diserang untuk menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama... angkara siapa??? Ke mana sudah kes itu sekarang???? Itulah strategi pejuang-pejuang Nasionalisme.. mereka akan mengorbankan apa sahaja hatta keamanan dan perpaduan rakyat untuk mencipta isu demi kelangsungan kuasa mereka....

Khamis, Mac 10, 2011

KERAJAAN KEDAH TIDAK LULUSKAN LESEN JUDI BARU


KUALA LUMPUR, 10 Mac: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) ingin menyatakan sokongan dan mengalu-alukan dasar kerajaan Kedah yang tidak mengeluarkan lesen untuk premis judi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

“Dasar ini wajar disokong kerana rakyat Kedah tidak harus didedahkan dengan industri yang boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat,” ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada Harakahdaily.

Teras, katanya ingin menyatakan pendirian tegasnya bahawa judi bukanlah suatu yang didokong oleh semua masyarakat bukan Islam.

Menurutnya, dalam penemuan Teras memang ramai warga masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam yang menolak industri itu kerana ia jelas memberi kesan yang buruk kepada masyarakat dalam berbagai aspek.

Judi, ujarnya tidak kira berskala kecil atau besar tetap memberi kesan kepada kestabilan keluarga, motivasi kerja ,kadar jenayah sosial, keutuhan ekonomi masyarakat serta juga kepada nilai hidup indvidu.

Sebab itu, tambahnya judi perlu dibanteras dalam masyarakat secara lebih menyeluruh kerana kestabilan sosio-ekonomi dan budaya masyarakat perlu dipertimbangkan agar tidak menjadi mangsa kepada ketagihan judi.

Pada analisis akhir, katanya membiarkan masyarakat terdedah dan rela untuk berjudi adalah suatu pengabaian terhadap tanggungjawab sosial di pihak pemerintah sendiri.

Justeru, tegasnya Teras membantah dengan keras kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang beria-ia untuk mempertahankan hak orang bukan Islam untuk berjudi.

“Soalnya untuk apa Chua mahu membenarkan orang bukan Islam merosakkan kehidupan mereka hanya kerana beliau berpegang bahawa berjudi adalah hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan warga negara ini untuk berjudi,” katanya.

Menurutnya lagi, Chua berniat jahat untuk cuba memburukkan imej kerajaan negeri Kelantan pada kaca mata orang bukan Islam seolah-seolah kerajaan Kelantan mahu memaksakan perlaksanaan Islam ke atas orang bukan Islam di negeri tersebut.

Katanya, Teras mempersoalkan atas asas apa Chua mengatakan orang bukan Islam mahu berjudi dan hak berjudi mereka mesti dipertahankan.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab , Teras berpendapat , kerajaan mesti memberi kepentingan kepada rakyat supaya hidup dengan budaya yang sihat dan tidak terlibat dengan budaya berjudi yang merosakkan,” katanya.

Dalam kajian Teras, ujarnya rakyat Malaysia berbelanja tidak kurang daripada RM10 bilion setahun untuk berjudi dalam judi yang berlesen, tidak termasuk judi tidak berlesen.

Katanya, kesan yang jelas ialah pemilik dan pengusaha industri judi mengaut keuntungan berlipatkali ganda sedangkan mereka yang terperangkap dengan ketagihan judi menanggung penderitaan yang pelbagai kerana menghadapi masalah untuk melunaskan bayaran kerana kalah judi.

Sehubungan itu, tambahnya Teras menggesa pihak kerajaan negeri Kedah memantau premis yang menjalankan judi tidak berlesen yang semakin berleluasa tumbuh kebelakangan ini.

Teras juga, katanya dalam masa yang sama menggesa supaya Kementerian Kewangan bertegas untuk menghadkan pengeluaran lesen judi dan mengujudkan rancangan untuk akhirnya menghapuskan pengeluaran lesen judi. (Harakahdaily)

Rabu, Mac 09, 2011

GHAIRAH BERTINDIK LIDAH....NYAWA TERANCAM


COLORADO--Niat di hati ingin tampil ranggi dan menawan. Namun ia mengakibatkan kecederaan parah. Inilah yang dialami Lauren Garcia (13 tahun), seorang remaja dari Colorado, Amerika Syarikat.

Garcia ingin menindik lidahnya. Tapi dia tak berani. Sebagai penggantinya, dia membeli sepasang bola magnet (buckyballs) yang memang mirip dengan tindikan lidah yang sudah popular sebelumnya.

Maka sepasang bola magnet ini dia mainkan di dalam mulutnya. Seperkara yang dia tidak ketahui adalah, bahan bola magnet ini sangat berbahaya kepada organ dalam tubuh. Dan malangnya, Garcia secara tidak sengaja tertelan sepasang bola magnet tersebut.

"Saya akan meninggal kalau tidak cepat-cepat ke hospital setelah menelan bola magnet ini," kata Garcia. Bola magnet itu, menurut pihak hospital, boleh membakar dan melubangi usus besarnya.

Di pembungkus bola magnet ini sudah ada peringatan. Bahawa bola itu benda berbahaya bila tertelan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Tapi demi kegilaan fesyen dan trend, Garcia rela memainkan magnet itu di dalam mulutnya.

"Bolanya terkena gigi saya dan ia terpantul masuk ke kerongkong, saya tidak boleh menahannya," kata Garcia. Dia kini terbaring di katil hospital. DoktOr terpaksa melakukan pembedahan ke atas perut Garcia untuk mengeluarkan bola magnet tersebut.


"Ada dua bola magnet yang saling tarik menarik di dalam ususnya. Dan dia bernasib baik kerana kedua-dua magnet itu tidah melekat di ususnya, kalau ini terjadi, ususnya akan berlubang," kata dr Saundra Kay.

Ini bukan omong kosong. Sebab dari CAT Scan, para doktor melihat gesekan dua bola itu sudah melubangi dinding usus Garcia.



Sabtu, Mac 05, 2011

INTERPOL KELUAR ARAHAN PENANGKAPAN GHADDAFI

Interpol telah mengeluarkan peringatan global yang dikenal sebagai Orange Notice terhadap Kolonel Muammar Ghaddafi dan 15 orang rakyat Libya yang lain, termasuk anggota keluarga dan teman rapat Ghaddafi, kata organisasi polis internasional yang bermarkas di Lyon, Perancis Jumaat kelmarin (4/3/2011).

"Sebagai prioriti pertama, kami harus bekerja untuk melindungi penduduk awam Libya dan mencegah individu-individu dari Libya yang disenarai hitamkan Dewan Keselamatan PBB daripada melakukan perjalanan atau cuba untuk memindahkan aset mereka ke luar negeri," kata setiausaha agung Interpol Ronald Noble.


Interpol mengatakan mereka akan bekerjasama dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang telah pun mengeluarkan kenyataan pada hari Rabu lalu bahawa mereka secara rasmi telah membuka siasatan kes jenayah kemanusiaan di Libya oleh Ghaddafi, anak-anaknya dan para pembantunya dan tuduhan bahawa pasukan yang setia kepada orang kuat Libya tersebut telah menggunakan senjata berat memerangi orang awam dalam usaha untuk menumpas pemberontakan yang meletus pada pertengahan Februari lalu.

Ribuan warga awam diyakini telah terbunuh dalam aksi penentangan melawan pemerintahan Ghaddafi yang belum pernah terjadi sebelumnya selama 42 tahun Ghaddafi berkuasa.

Ghaddafi dan anak-anaknya (gambar atas:Saiful Islam) bertekad untuk mempertahankan kekuasaan dan menyelamatkan pemerintahan mereka dengan segala cara yang mungkin mereka lakukan, bahkan jika hal itu memerlukan pertumpahan darah pun mereka akan tetap lakukan.

Pasukan keselamatan Libya menggunakan gas pemedih mata untuk membubarkan ratusan demonstran setelah salat Jumaat kelmarin di Tripoli, di tengah kehadiran pasukan tentera lengkap bersenjata di jalan-jalan utama di sekitar wilayah Tajoura di mana demonstran dilaporkan membakar bendera rasmi Libya.

Gelombang penahanan, pembunuhan dan penculikan dilaporkan berlaku secara berleluasa di Tripoli dalam beberapa hari terakhir ini dan mayat orang yang hilang dilaporkan ditemui di jalan-jalan raya.

Sekurang-kurangnya 30 warga awam telah terbunuh setelah pasukan tentera yang setia kepada Muammar Ghaddafi, berusaha untuk merebut kembali bandar-bandar yang dikuasai pemberontak dari Zawiyah yang selama berhari-hari telah menentang pemerintahannya.

Kumpulan Pro-Ghaddafi juga telah berusaha untuk mengambil kembali bandar-bandar yang strategik di bahagian timur yang dikuasai pemberontak.(eramuslim)

Jumaat, Mac 04, 2011

ANAK HOSNI MUBARAK CUBA BUNUH DIRI


Menurut sumber-sumber informasi di Kaherah menyatakan bahawa Gamal Mubarak, anak lelaki Presiden Mesir yang digulingkan, telah cuba membunuh dirinya sendiri dengan meminum racun, setelah dia menderita kekalahan moral dan kekecewaan dari mimpi menjadi presiden serta dikejar oleh rakyat yang ingin mengambil wang yang dia seludup keluar dari Mesir, yang berjumlah jutaan dolar di bank-bank yang ada di Ireland, Switzerland, Perancis, Kanada dan Norway.

Sumber itu turut meyatakan, menurut laporan akhbar Aljeria "Asysyuruq", Gamal meminum secangkir teh yang telah dicampur dengan racun, Gamal telah pengsan namun dia diselamatkan setelah pengawal keluarganya memanggil doktor yang ditugaskan merawat keluarga Mubarak.

Doktor mengambil sampel terakhir darahnya, dan mendapati bahwa Gamal telah cuba membunuh diri dengan meminum racun, doktor juga menesahkan bahawa keadaan mental Gamal semakin buruk sejak akhir-akhir ini akibat revolusi Mesir, dia menderita tekanan perasaan dan kemurungan yang sangat kuat.(eramuslim)

Rabu, Mac 02, 2011

JIKA TELUS.... PARTI ISLAM PASTI MENANG

Moshe Ya'alon, menteri urusan strategik dan keselamatan Israel menyatakan bahawa kumpulan Ikhwanul Muslimin boleh memenangi pilihanraya Mesir akan datang, jika pilihanraya tersebut berlangsung dengan penuh integriti, adil dan telus, dia turut menjelaskan bahawa idea untuk melahirkan pemerintahan demokrasi demi kepentingan barat telah gagal karena melahirkan pemerintahan seperti Hamas di Mesir.
Bercakap kepada pemberita, Ya'alon Selasa pagi kelmarin (1 Mac) menyatakan bahawa salah satu cabaran utama yang dihadapi para penguasa baru Mesir adalah perkembangan politik, di mana saat ini merupakan masa transisi, dan pihak tentera yang saat ini berkuasa harus mengambil keputusan yang cukup bijaksana untuk mengendalikan satu pilihanraya yang adil bagi mengelak kemarahan rakyat.
Ya'alon menegaskan juga bahawa idea demokrasi dan pilihanraya telah gagal, hal ini kerana telah dibuktikan dengan kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestina dan munculnya Hizbullah di Lubnan.

(islamtoday)

....MENIPU DALAM PILIHANRAYA ADALAH IDEA ISRAEL UNTUK MENGEKANG KEBANGKITAN PARTI ISLAM ???

.....JIKA ISLAM MENANG DALAM PILIHANRAYA BERMAKNA DEMOKRASI TELAH GAGAL???

......itulah mentaliti Israel dan golongan yang menentang Islam....sebab itulah Mubarak menipu dalam pilihanraya... di mana lagi ya???

Selasa, Mac 01, 2011

ISRAEL BERI SOKONGAN TENTERA UPAHAN KEPADA GHADDAFI


Sumber-sumber dari Israel menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak serta Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman telah mengadakan pertemuan tiga serangkai mereka pada 18 Februari lalu dan menghasilkan keputusan untuk merekrut tentara upahan Afrika untuk berjuang bersama rejim Kolonel Muammar Ghaddafi melawan golongan penentang anti Ghaddafi.

Sumber itu juga mengatakan bahawa Israel berpendapat revolusi di Libya sangat strategik dari perspektif keamanan dan menganggap kejatuhan rejim Ghaddafi akan membuka pintu kepada lahirnya "rejim pemerintahan Islam" di Libya, seperti yang dilaporkan Al Jazeera.

Dalam pertemuan tersebut, para menteri Israel menyetujui permintaan dari Jeneral Yisrael Ziv - salah seorang pengarah konsultan keselamatan yang beroperasi di kebanyakan negara Afrika - untuk mengembangkan peranan pasukan tentera upahan dari Guinea, Nigeria, Chad, Mali, Senegal, Republik Afrika Tengah dan anggota gerakan pemberontak di Darfur serta Sudan Selatan.


Menurut sumber yang sama, ketua inteligen askar Israel Jenderal Aviv Kokhvi meminta supaya diadakan tindakan lanjut berhubung dengan revolusi di Libya dan terus memantau perkembangan revolusi tersebut yang menurutnya ia didominasi oleh golongan agamawan dan fundamentalis Islam dan menegaskan bahawa gerakan Ikhwanul Muslimin Libya berperanan penting dalam revolusi rakyat Libya, khususnya di Libya timur dan kota Benghazi.

Kokhvi menyatakan bahawa jika rejim Ghaddafi jatuh, maka sistem alternatif yang akan digunakan di Libya adalah "sistem Islam", yang mendapat pengaruh yang strategik dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Jordan dan Sudan .(islamtoday)

.....APCO Worldwide di Malaysia berperanan seperti agensi pertahanan dan keselamatan Israel di Afrika.... mereka tidak akan teragak-agak untuk melakukan sesuatu bagi membela proksi mereka demi menekan dan membunuh gerakan Islam... mereka amat takut kepada gerakan Ikhwan Muslimin... siapa yang takut kepada Ikhwan Muslim dia adalah proksi Israel.....