SAHABAT :

Jumaat, Februari 18, 2011

REKOD HEBAT BELGIUM


Sudah 249 hari Belgium tiada kerajaan

BRUSSELS - Rakyat Belgium meraikan hari ke-249 tanpa kerajaan semalam dan menggangapnya sebagai satu rekod dunia.

"Akhirnya, kita (Belgium) ialah juara dunia" kata tajuk utama sebuah akhbar tempatan, De Standaard semalam.

Keadaan itu berlaku selepas keputusan pilihan raya parlimen pada 13 Jun 2010 menunjukkan tiada parti yang memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Parti-parti politik utama enggan bertolak ansur bagi membentuk sebuah kerajaan campuran.

Rundingan untuk memecah kebuntuan tersebut masih berjalan manakala pentadbiran negara kini dilaksanakan sebuah kerajaan sementara diketuai oleh Menteri Kewangan, Didier Reynders yang dilantik oleh pemerintah Belgium, Raja Albert. - Agensi


1 ulasan:

  1. Salam,saya ada comment di entry http://alfaqer.blogspot.com/2010/05/pasukan-memanah-kuala-mudayan-sertai.html
    Harap dapat respon, atau terus reply ke email gmail saya. TQ.

    BalasPadam