SAHABAT :

Rabu, Februari 16, 2011

GAGALNYA PERLEMBAGAAN CIPTAAN MANUSIA

.....antara perlembagaan yang menjadi kebanggaan dunia....

Panel awam semak semula perlembagaan Mesir

KAHERAH - Rejim tentera Mesir semalam memberi amaran bahawa gelombang tunjuk perasaan yang melanda negara itu boleh memudaratkan negara. Kenyataan itu dibuat selepas ia memberi tempoh 10 hari kepada satu panel pakar-pakar awam untuk menyemak semula perlembagaan Mesir.

Ketika Mesir berdepan bantahan dan tunjuk perasaan di seluruh negara, junta tentera berjanji akan segera mengembalikan pemerintahan awam susulan kejatuhan rejim Hosni Mubarak.

Majlis Tertinggi Tentera mengarahkan satu panel yang disertai lapan juri dan ilmuwan untuk mengubah semua artikel perlembagaan sedia ada supaya dapat menjamin institusi demokrasi dan integriti pilihan raya parlimen dan presiden di Mesir.

Panel berkenaan mesti menyelesaikan tugas mereka dalam tempoh tidak lebih 10 hari selepas arahan itu dikeluarkan semalam dan ia perlu membubarkan semua artikel perlembagaan yang membenarkan seseorang presiden bertanding untuk penggal yang tidak terhad selain memansuhkan hak merujuk kes-kes ke mahkamah tentera.

Pihak tentera mengambil alih kuasa pada Jumaat lepas apabila pemerintahan hampir 30 tahun Hosni berakhir selepas beliau meletakkan jawatan.

Pada Ahad lalu, tentera telah menggantung perlembagaan dan parlimen tetapi ia berjanji akan menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam dalam tempoh enam bulan. - AFP

....Semua perlembagaan yang digubal oleh manusia yang hanya berpandukan kepentingan kehidupan duniawi akan mengalami kegagalan... sebijak manapun... lambat laun ia akan menemui kehancuran.... kerana ia digubal oleh otak manusia yang terbatas kemampuannya... ia juga tidak bersifat "Rahmatan Lil'alamin"... maka ia tidak secocok untuk seluruh kaum dan bangsa...

..... Mengapa tidak kembali kepada al-Qur'an.... setakat ini tiada negara umat Islam di dunia ini yang cuba menjadikan al-Qur'an sebagai asas Perlembagaan Negara mereka... golongan yang berkuasa tidak yakin dengan al-Qur'an... kalau ada kelompok tertentu yang cuba melaksanakan apa yang termaktub dalam al-Qur'an.... mereka akan ditentang dan diperlecehkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan