SAHABAT :

Isnin, Februari 14, 2011

BINTANG RUGBI DUNIA PELUK ISLAM


Sonny Bill Williams yang merupakan bintang sukan rugbi dunia diberitakan telah memeluk Islam. Cerita pengislaman Williams sebenarnya telah berlegar sejak dua tahun yang lalu, namun akhbar New Zealand Herald memastikan kembali berita pengislaman bintang rugbi tersebut pada hari Ahad kelmarin (13/2).

Williams telah menjadi Muslim pertama yang menyarung jersi All Blacks, beliau meminta makanan halal semasa bersama rombongan pasukan All Black tahun lalu ke seluruh dunia.

Bulan Ramadan yang jatuh pada bulan Ogos tahun ini, akan menjadi sesuatu yang bersejarah bagi Williams dan pasukan rugbi All Blacks yang akan bermain di tiga pertandingan regional yang akan membawa mereka ke pusingan akhir rugbi Piala Dunia.


Williams menurut rakan-rakannya telah menjadi Muslim yang taat dengan secara teratur menghadiri salat JumAat di sebuah masjid Christchurch.

Wakil presiden pertama Gabungan Persatuan-Persatuan Islam New Zealand, Javed Khan mengatakan ketaatan Williams memang diketahui umum di kalangan masyarakat Muslim New Zealand.

"Dia menjalankan ajaran agama Islam dengan baik dan dirinya telah menjadi model yang berperanan besar bagi anak-anak. Kami berdoa kepada Allah semoga dia dan pasukannya memenangi Piala Dunia rugbi untuk kami."(nzherald)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan