SAHABAT :

Rabu, Februari 09, 2011

BERSATULAH DUNIA ARAB... SOKONG REVOLUSI RAKYAT MESIR!!!


Berbagai laporan menyebut, Revolusi rakyat Mesir ketika ini menjadi ancaman terbesar kepada Rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) sepanjang sejarah percaturan politik negeri Piramid itu. Keadaan segawat sekarang ini pun tidak dapat dibandingkan dengan era perang antara Israel dan Mesir di masa pemerintahan Presiden Gamal Abdel Nasser.

Amerika Syarikat bahkan dengan tanpa berselindung menyatakan mereka terkejut dengan kebangkitan rakyat Mesir. Memang AS terkejut kerana Washington masih belum mempercayai fenomena ini bakal terjadi kerana berbagai daya usaha politik, keamanaan dan propaganda media yang digalangnya bersama Israel masih belum mampu meredakan kebangkitan revolusi rakyat Mesir.


Sementara itu, saat ini rakyat Mesir menghadapi ancaman yang cukup berbahaya, kerana kroni-kroni Mubarak baik di Arab dan Barat bersatu untuk menggagalkan revolusi mereka. Agensi Perisikan Amerika (CIA), British, Israel, Arab Saudi dan negara Arab lainnya bekerjasama untuk mencegah tergulingnya Mubarak dari singgasana pemerintahannya dan mencipta jalan tengah serta melambat-lambatkan waktu berundurnya Mubarak.

Dengan demikian para pemimpin Mesir memiliki waktu yang cukup untuk menyusun kembali kekuatannya. Dan jika terpaksa Mubarak berundur mereka masih memiliki harapan lain iaitu naiknya Omar Suleiman menjadi pemimpin baru di Mesir serta sekutu baru AS dan Israel di negara tersebut, sekaligus mengekang berkuasanya Ikhwan Muslimin yang terkenal dengan perjuangan Islamnya.

....perjuangan Islam walaupun ditekan, dizalimi dan ditipu.... namun saat kejatuhan para penentang Islam pasti akan tiba jua... di mana sahaja....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan