SAHABAT :

Isnin, Februari 28, 2011

RAKYAT TUNISIA DAN MESIR MESTI TERUSKAN PEMBEROTAKAN : AIMAN AL-ZAWAHIRI


Wakil Usamah bin Laden mendesak rakyat Tunisia dan Mesir untuk melanjutkan penentangan dan melakukan pemberontakan melawan pemerintah sementara yang telah dibentuk selepas pengusiran presiden diktator mereka.

Ayman al-Zawahiri mendakwa Amerika Syarikat telah mengawasi perkembangan di Tunisia untuk sekian waktu yang lama, dan memutuskan untuk menyokong proses penyingkiran Presiden Zine El Abidine Ben Ali setelah menyadari rejim tersebut sudah tidak lagi memenuhi kepentingan Washington, maka dia mesti diganti dengan rejim yang baru.

Al-Zawahari juga mengatakan AS sengaja membuat kenyataan yang samar-samar berhubung debgan revolusi Mesir kerana pemerintahan Obama ingin melihat apakah Hosni Mubarak akan mampu menekan pemberontakan rakyat terhadap pemerintahannya.

Pesanan audio ini merupakan rakaman ucapan yang ketiga al-Zawahri sejak pemberontakan di Tunisia dan Mesir. Rekaman audio selama 15 minit tersebut telah disiarkan di laman internet Jihadis pada malam Ahad lalu. (eramuslim)

.....memang terbukti... jatuh bangun dan naik turunnya pemerintah yang bersifat kuku besi ini adalah percaturan kuasa-kuasa besar.... mereka membela dan melindungi pemimpin-pemimpin yang korup di negara Islam... membiarkan umat Islam diperintah oleh pemimpin yang korup adalah agenda mereka agar gerakan Islam tidak dapat berkembang ..... Mubarak adalah wakil puak kafir untuk menekan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir ... di Aljeria... kemenangan Parti Islam FIS pernah dibatalkan... kemenangan Hamas dalam Pilihanraya di Gaza juga dinafikan.... di seluruh dunia .... pemimpin yang berjiwa Islam difitnah dengan berbagai kes yang direka untuk memberi imej yang buruk kepada mereka....

Ahad, Februari 27, 2011

Pameran Alam Mistik Haram...Bagaimana dengan Program Maksiat ???

PAMERAN ALAM MISTIK HARAM

KUALA LUMPUR – Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam.

Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi.

“Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini.

Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

.....sepatutnya Majlis Fatwa Kebangsaan juga mengeluarkan fatwa status program-program berunsur maksiat yang juga menyumbang kepada kepincangan kehidupan masyarakat.... bagaimana dengan program hiburan yang melampau, program mencungkil bakat ..... keluarkan fatwa mengharamkan program yang mendidik anak-anak menjadi artis seawal usia 10 tahun ......

Sabtu, Februari 26, 2011

WAJAH BERTUKAR HODOH SETELAH MENAGIH DADAH


SALEM - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan wajah-wajah penagih pil khayal methamphetamine yang bertukar menjadi hodoh selepas mereka mengambil dadah berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan yang mengerikan itu dibuat dalam satu klip video selama 48 minit berjudul From Drugs to Mug. Klip video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada golongan muda supaya jangan terjebak ke dalam kancah penagihan dadah.

Klip video itu diterbitkan oleh pejabat Syerif Daerah Multnomah di negeri Oregon.

Ia dibuat selepas klip video yang mempunyai mesej sama Faces of Meth mencetuskan kontroversi pada 2004.

Antara lain, ia menunjukkan beberapa penagih pil methamphetamine kehilangan gigi mereka.

Beberapa penagih turut dilihat menggaru tulang muka selepas wajah mereka menjadi amat cekung kesan pengambilan dadah itu.

Beberapa anggota polis yang terbabit dalam penerbitan klip video itu merakamkan wajah penagih-penagih baru yang pertama kali ditangkap.

Wajah-wajah mereka yang bertukar semakin hodoh dirakam semula beberapa bulan kemudian selepas mereka ditangkap semula oleh pihak berkuasa.

"Saya mahu penonton dapat membayangkan bagaimana dadah memusnahkan kehidupan seseorang penagih," kata Timbalan Syerif Multnomah, Bret King, 45. - Agensi

Jumaat, Februari 25, 2011

TENTERA LIBYA SERANG MASJID


Seorang saksi warga Libya mengatakan satu unit pasukan tentera Libya telah meledakkan sebuah menara masjid di barat kota Tripoli.

Saksi melaporkan kepada Associated Press melalui telefon bahawa beberapa peserta demonstrasi yang telah berkhemah di dalam dan luar masjid yang menuntut penguduran diri Muammar Gaddafi - telah dibunuh atau mengalami kecederaan serius dalam serangan tersebut.

Saksi yang melihat kejadian dari Zawiya mengatakan tentera menggunakan peluru berpandu anti-pesawat serta senjata automatik dan menyerang penunjuk perasaan sekitar pukul 09:00 pagi waktu tempatan.

Penduduk tempatan mengatakan serangan itu terjadi sehari setelah seorang dipercayai pendokong Gaddafi datang ke kawasan tersebut dan memintakan peserta demonstrasi supaya membubarkan kumpulan mereka atau menghadapi tindakan tegas dari pasukan tentera yang setia kepada Gaddafi.

Isnin, Februari 21, 2011

TENTERA BRITISH MUSLIM DI AFGHANISTAN


Dalam Angkatan Bersenjata British terdapat lebih dari 600 orang tentera Muslim. Mereka juga ditugaskan ke barisan depan peperangan di Irak dan Afghanistan. Bagaimana perasaan mereka, sebagai muslim sekaligus tentera yang harus memerangi musuh-musuh negara, sedangkan mereka sesama Islam?

Sebagai muslim, para tentara itu sering menerima kritikan dari masyarakat Muslim di Britain yang menentang perang di Afghanistan dan Irak. Komuniti Muslim itu berpendapat seharus tentara-tentara Muslim British itu tidak mengangkat senjata, memerangi sesama Muslim.

Shehab El-Din Ahmed El-Miniawi adalah anggota Batalion ke-2 Rejimen Penerjun Payung yang ditugaskan di wilayah Helmand, salah satu markas Taliban di Afghanistan. Dia satu-satunya tentara Muslim dalam batalion itu dan baru pertama kali ditugaskan ke Afghanistan.

Dia menyatakan, sebagai Muslim dan warga negara British, dirinya bangga jika boleh berjuang untuk negaranya. "Kami melawan para ekstimis. Setiap budaya, setiap agama, pasti ada segelintir glongan ektrimis," ujar El-Miniawi.

Dia menyatakan, agamanya telah memberikan keuntungan kepadanya ketika bertugas di sini. Masyarakat Afghanistan kebanyakannya memberikan sambutan hangat padanya, apabila mengetahui bahawa El-Miniawi adalah tentara asing beragama Islam.

Tapi sebagai pasukan infantri, El-Miniawi mengakui tugasnya sangat berat. Dia dan tentara lainnya harus mampu menjaga kestabilan keamanan dan membuka kembali desa-desa di Helmand yang terputus hubungan, agar penduduk tempatan boleh kembali ke rumah mereka.

Selain beliau, Zeeshan Hashmi juga pernah bertugas di Afghanistan pada tahun 2002. Saudara lelakinya, Jabron Hashmi juga seorang tentara. Dia terkorban pada tahun 2006 dan menjadi tentara muslim British pertama yang gugur di Afghanistan.

Zeeshan Hashmi menyatakan, selain ungkapan rasa simpati, ia juga sering menerima kritikan berhubung tugasnya dalam bidang ketenteraan bersama Angkatan Tentera British . "Ada orang-orang tertentu yang melontarkan pernyataan dalam ruangan-ruangan di internet, seolah-olah saudara lelaki saya adalah seorang pengkhianat kerana peranannya membantu tentera British di Afghanistan," ujar Hashmi.

"Menjadi seoran Muslim dan tentara British, adalah berisiko," sambungnya.

Selain menghadapi ancaman berupa serangan bom yang di pasang di jalan-jalan dan serangan berani mati oleh pejuang Afghanistan, kadang ketika kembali dari bertugas, tentera Muslim British ini menghadapi ancaman dari para ekstrimis di kalangan masyarakat Muslim sendiri.

Sementara itu, Koperal Raziya Aslam yang ditugaskan di wilayah Lashkar Gah, Helmand sejak 2010 mengungkapkan, dia tidak melihat perang di Afghanistan sebagai perang terhadap Islam.

"Beberapa tugas yang harus dilakukan adalah menolong rakyat Afghanistan, dan mengupayakan agar Afghanistan lebih maju," kata Aslam yang bertugas sebagai penterjemah.

Sebagai Muslim British keturunan Pakistan, Aslam mengaku beliau sangat ingin berkunjung ke Afghanistan dan dia pernah tinggal di negeri itu selama setahun untuk belajar bahasa Pushtun. Tugasnya di markas tentera British Lashkar Gah adalah menjadi penterjemah jika ada pertemuan antara tentera British dengan para pemimpin masyarakat tempatan.

Angkatan Bersenjata British amat menyedari peranan yang amat besar dimainkan oleh tentera Muslim mereka dalam operasi di Afghanistan. Oleh sebab itu, Ketua Staf Pertahanan Tentera British, Jenderal Sir David Richards baru-baru ini menyeru agar pemuda Muslim tidak segan-segan mendaftarkan diri menyertai angkatan tentera.

"Kita memilih tentara-tentara Muslim yang cerdas dan betenaga, jumlah mereka terus bertambah dan mereka merupakan bahagian yang sangat penting dalam kehidupan kita."

"Mereka sangat bangga menjadi sebahagian rakyat British, sekaligus sebagai sebahagian dari komuniti Muslim. Mereka tidak merasa ada kontradiksi antara keduanya," dakwa Jenderal Richards. ( sumber : Eramuslim)

....kebijaksanaan Yahudi...mengeksloitasi Muslim untuk memerangi Muslim, pemuda Muslim British menyertai tentera antaranya kerana mereka dijanjikan berbagai keistimewaan sebagai tentera.... di Israel sendiri terdapat beberapa kabilah Arab yang secara tradisi menjadi pembekal anggota berbangsa Arab kepada angkatan tentera Israel dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk bertempur dengan anggota HAMAS...mereka dijanjikan berbagai kemudahan selepas bersara....pemikiran mereka dibantutkan apabila mereka berbangga berbakti kepada negara mereka dengan memerangi saudara seagama...


Jumaat, Februari 18, 2011

REKOD HEBAT BELGIUM


Sudah 249 hari Belgium tiada kerajaan

BRUSSELS - Rakyat Belgium meraikan hari ke-249 tanpa kerajaan semalam dan menggangapnya sebagai satu rekod dunia.

"Akhirnya, kita (Belgium) ialah juara dunia" kata tajuk utama sebuah akhbar tempatan, De Standaard semalam.

Keadaan itu berlaku selepas keputusan pilihan raya parlimen pada 13 Jun 2010 menunjukkan tiada parti yang memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Parti-parti politik utama enggan bertolak ansur bagi membentuk sebuah kerajaan campuran.

Rundingan untuk memecah kebuntuan tersebut masih berjalan manakala pentadbiran negara kini dilaksanakan sebuah kerajaan sementara diketuai oleh Menteri Kewangan, Didier Reynders yang dilantik oleh pemerintah Belgium, Raja Albert. - Agensi


Khamis, Februari 17, 2011

BEN ALI KOMA DAN DITINGGALKAN ISTERI


Akhbar Perancis "Le Monde" hari ini (17/2) melaporkan bahawa mantan presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidine Ben Ali dalam keadaan koma dan terbaring di sebuah hospital di Arab Saudi.

Akhbar itu mengatakan Ben Ali untuk mengelakkan daripada diketahui umum keberadaannya di hospital itu, dia menggunakan nama samaran, namun isterinya Leila Trabelsi meninggalkannya dan tidak lagi berada di sampingnya.

Trend diserang koma nampaknya menjadi gejala baru bagi presiden yang digulingkan, sebelum ini mantan presiden Mesir juga dilaporkan dalam keadaan koma beberapa hari setelah dirinya terguling dari kekuasaannya, menurut sebuah sumber yang rapat dengan keluarga Mubarak. Mubarak sendiri menderita tekanan perasaan dan tekanan darah tinggi selepas digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Dan sekarang giliran mantan presiden Tunisia pula Ben Ali turut mengalami koma selepas terguling dari kekuasaannya.(eramuslim)

.....dunia terlepas dari tangan...sedih bukan kepalang....

Rabu, Februari 16, 2011

GAGALNYA PERLEMBAGAAN CIPTAAN MANUSIA

.....antara perlembagaan yang menjadi kebanggaan dunia....

Panel awam semak semula perlembagaan Mesir

KAHERAH - Rejim tentera Mesir semalam memberi amaran bahawa gelombang tunjuk perasaan yang melanda negara itu boleh memudaratkan negara. Kenyataan itu dibuat selepas ia memberi tempoh 10 hari kepada satu panel pakar-pakar awam untuk menyemak semula perlembagaan Mesir.

Ketika Mesir berdepan bantahan dan tunjuk perasaan di seluruh negara, junta tentera berjanji akan segera mengembalikan pemerintahan awam susulan kejatuhan rejim Hosni Mubarak.

Majlis Tertinggi Tentera mengarahkan satu panel yang disertai lapan juri dan ilmuwan untuk mengubah semua artikel perlembagaan sedia ada supaya dapat menjamin institusi demokrasi dan integriti pilihan raya parlimen dan presiden di Mesir.

Panel berkenaan mesti menyelesaikan tugas mereka dalam tempoh tidak lebih 10 hari selepas arahan itu dikeluarkan semalam dan ia perlu membubarkan semua artikel perlembagaan yang membenarkan seseorang presiden bertanding untuk penggal yang tidak terhad selain memansuhkan hak merujuk kes-kes ke mahkamah tentera.

Pihak tentera mengambil alih kuasa pada Jumaat lepas apabila pemerintahan hampir 30 tahun Hosni berakhir selepas beliau meletakkan jawatan.

Pada Ahad lalu, tentera telah menggantung perlembagaan dan parlimen tetapi ia berjanji akan menyerahkan kuasa kepada pemerintahan awam dalam tempoh enam bulan. - AFP

....Semua perlembagaan yang digubal oleh manusia yang hanya berpandukan kepentingan kehidupan duniawi akan mengalami kegagalan... sebijak manapun... lambat laun ia akan menemui kehancuran.... kerana ia digubal oleh otak manusia yang terbatas kemampuannya... ia juga tidak bersifat "Rahmatan Lil'alamin"... maka ia tidak secocok untuk seluruh kaum dan bangsa...

..... Mengapa tidak kembali kepada al-Qur'an.... setakat ini tiada negara umat Islam di dunia ini yang cuba menjadikan al-Qur'an sebagai asas Perlembagaan Negara mereka... golongan yang berkuasa tidak yakin dengan al-Qur'an... kalau ada kelompok tertentu yang cuba melaksanakan apa yang termaktub dalam al-Qur'an.... mereka akan ditentang dan diperlecehkan....

Selasa, Februari 15, 2011

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1432H TUAN GURU NIK AZIZ

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1432 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di Kelantan ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Kedua, para penceramah (kalangan pemimpin atau pendakwah serta pakar motivasi) perlulah mengingatkan masyarakat, khususnya umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan sampai saatnya, kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.

Ketiga, kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara ditonjolkan undang dijadikan tauladan kepada mana-mana penguasa yang menjalankan amanah Allah SWT. Baginda mentadbir negara Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT (Al-Quran, Surah al-Alaq ayat 1-7)

bermaksud: “Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu.

Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.

Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.

Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148)

Bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekian.


TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP
AL-MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Isnin, Februari 14, 2011

BINTANG RUGBI DUNIA PELUK ISLAM


Sonny Bill Williams yang merupakan bintang sukan rugbi dunia diberitakan telah memeluk Islam. Cerita pengislaman Williams sebenarnya telah berlegar sejak dua tahun yang lalu, namun akhbar New Zealand Herald memastikan kembali berita pengislaman bintang rugbi tersebut pada hari Ahad kelmarin (13/2).

Williams telah menjadi Muslim pertama yang menyarung jersi All Blacks, beliau meminta makanan halal semasa bersama rombongan pasukan All Black tahun lalu ke seluruh dunia.

Bulan Ramadan yang jatuh pada bulan Ogos tahun ini, akan menjadi sesuatu yang bersejarah bagi Williams dan pasukan rugbi All Blacks yang akan bermain di tiga pertandingan regional yang akan membawa mereka ke pusingan akhir rugbi Piala Dunia.


Williams menurut rakan-rakannya telah menjadi Muslim yang taat dengan secara teratur menghadiri salat JumAat di sebuah masjid Christchurch.

Wakil presiden pertama Gabungan Persatuan-Persatuan Islam New Zealand, Javed Khan mengatakan ketaatan Williams memang diketahui umum di kalangan masyarakat Muslim New Zealand.

"Dia menjalankan ajaran agama Islam dengan baik dan dirinya telah menjadi model yang berperanan besar bagi anak-anak. Kami berdoa kepada Allah semoga dia dan pasukannya memenangi Piala Dunia rugbi untuk kami."(nzherald)

Sabtu, Februari 12, 2011

FIR'AUN MESIR ITU TELAH PERGI

Kemarahan jutaan rakyat Mesir, selepas solat Jumaat, di jalan-jalan seluruh kota di negeri itu, akhirnya memaksa diktator Mubarak alias 'Fir'aun' itu, pergi selama-lamanya dari negara Mesir.

Rakyat Mesir sudah sangat muak dengan segala tindakan yang dilakukan Mubarak yang penuh dengan kekejaman dan kebiadaban selama 30 tahun pemerintahannya.

Mubarak menyatakan pengunduran dirinya sebagai presiden, dan dia tidak akan melanjutkan kekuasaannya, serta menyerahkan kekuasaannya kepada Wakil Presiden Omar Sulaeman. Selanjutnya, Mubarak meninggalkan Cairo, menuju bandar pelancongan Sharm el-Sheik, yang terletak di Sinai. Ini adalah sebagai tempat transit sebelum Mubarak akan meninggalkan Mesir menuju ke negara ketiga, selama-lamanya.


Kemenangan perjuangan yang panjang dan melelahkan bagi rakyat Mesir, yang hampir selama tiga minggu melawan rejim Mubarak. Titisan darah dan pengorbanan rakyat Mesir tidak sia-sia.

Rakyat dengan pengorbanan yang mereka lakukan itu, akhirnya berhasil menjatuhkan rejim diktator, yang telah memperbodoh dan menghinakan rakyat. Rakyat Mesir berhasil melakukan perubahan besar mengakhiri kekuasaan rejim diktator yang sudah sudah berkuasa selama tiga dekad.

Malam khamis lalu, Mubarak menyampaikan ucapan dengan mengatakan tidak akan berundur dari kekuasaannya. Justeru ianya memarakkan api kemarahan rakyat Mesir. Akhirnya, rakyat yang sudah marah itu, memanfaatkan hari Jumaat sebagari : "Hari Kebarangkatan" bagi Mubarak untuk meninggalkan Mesir.


Pihak tentera berusaha menenangkan rakyat yang marah, tetapi sia-sia belaka. Rakyat terus marah, dan memenuhi jalan-jalan raya utama, dan seluruh Mesir bergolak. Di Cairo, jutaan orang berkumpul di Medan Tahrir, yang menunjukkan kemarahan rakyat Mesir terhadap rejim Mubarak. Ini sebuah kemenangan yang luar biasa bagi perjuangan rakyat Mesir, menghadapi rejim yang sudah berkuasa selama 30 tahun.

Berakhirnya rezim yang biadab, minindas, dan memperbodohkan rakyatnya, menyalah gunakan kuasa serta mengaut kekayaan negara untuk kepentingan pribadi dan kaum keluarganya.

Sementara itu, juru cakap Ikhwan Muslimin, Essam el-Erian, mengatakan, "Syukurlah, rakyat Mesir mengakhiri kezaliman, dan semoga ini menjadi pelajaran yang berharga rakyat, dan memberikan pelajaran yang berharga bagi penguasa yang lain", ujarnya.

Sekarang rakyat Mesir di kota-kota di seluruh negara itu, mereka merayakan kemenangan dengan penuh syukur, dan mereka akan menghadapi kehidupan baru, dan ini akan menjadi sebuah sejarah baru bagi rakyat Mesir, menuju sebuah kehidupan yang lebih terbuka.

Berakhirnya rezim diktator Mubarak itu, secara geopolitik, Mesir mempunyai posisi yang sangat strategis, dan menjadi kekuatan utama dalam dunia Arab, akan sangat berpengaruh secara regional. Termasuk hubngan dengan Israel dan Barat.

Siapa yang akan menentukan bangunnya politik di Mesir semula? Dan bagaimana corak kekuasaan yang akan datang? Adakah pihak tentera akan tetap mendominasi kekuasaan Mesir??. Ini akan menjadi persoalan yang akan terus berlegar.

Siapapun akan mengambil pengajaran yang berharga dengan kejatuhan Zainal El Abidin ben Ali di Tunisia, dan Mubarak di Mesir.

Seluruh Timur Tengah akan mengalami perubahan besar, pasca jatuhnya Mubarak ini.

Selamat berbahagia untuk seluruh rakyat dan bangsa Mesir telah mendapatkan kemenangan melawan kezaliman si Fir'aun Mubarak abad 21 ini.

..... fir'aun-fir'aun yang lain nampaknya sudah tak sedap duduk lagi... kebangkitan rakyat akan berterusan... mudah-mudahan .... kita doakan kelompok pro-Islam akan menguasai Mesir selepas ini, Mubarak yang menyerahkan kuasanya kepada pihak tentera Mesir... kita perhatikan kebijaksanaan tentera Mesir mengatur pentadbiran.... adakah mereka terus berkuasa dengan membentuk rejim baru.... atau mengembalikan kuasa kepada rakyat secara demokratik.... jika Mesir dikuasai oleh kelompok Islam.... menandakan kebangkitan Islam seluruh dunia sudah bermula ..... maka ia berita buruk kepada Israel.... Amerika Syarikat... sekutu mereka golongan munafikin ...... siapa lagi????

Jumaat, Februari 11, 2011

LUAR DUGAAN ... MUBARAK TETAP ENGGAN UNDUR



Liputan6.com, Cairo: Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk tetap memerintah Mesir hingga pilihanraya umum September akan datang. Dia juga menegaskan tidak akan mencalonkan dirinya lagi sebagai presiden dan menjanjikan peralihan kuasa yang aman serta damai kepada rakyat Mesir.

"Sebagai ayah dari putera dan puteri saya, saya berjanji darah para demonstran yang terkorban tak akan sia-sia. Saya akan memimpin negara ini melalui masa peralihan yang aman dan damai," kata Mubarak dalam ucapan kenegaraan kepada seluruh rakyat Mesir yang disiarkan stasyen Al Jazeera, tengah malam tadi.

Mendengar ucapan Mubarak itu, kemarahan sekitar 3.000 rakyat Mesir yang berkumpul di Tahrir Square tidak terkawal lagi. Sejumlah demonstran dilihat melempari layar-layar projektor dengan kasut. "Dengan menolak untuk turun, ini bererti Mubarak mengharapkan kemarahan yang lebih besar dari kami," ujar seorang demonstran kepada CNN.

Ucapan yang disampaikan Mubarak di luar dugaan. Kerana, sebelumnya seorang juru cakap tentera mengungkapkan, Mubarak bersedia memenuhi tuntutan para penunjuk perasaan. Hal serupa juga dinyatakan oleh sumber dari CIA Amerika Syarikat, Leon Panetta, juga menyatakan ada petunjuk yang kuat Mubarak bakal undur Khamis malam waktu tempatan.

.... itulah sifat penguasa yang langsung tidak mempunyai jiwa dan roh Islam, jawatan dijadikan "tawanan" dan hak mutlak peribadi.... bukannya satu amanah yang dipegang sementara.... lihatlah di mana-mana negara umat Islam pun, semua penguasa mereka dari jenis yang sama ..... menjadikan jawatan penguasa sebagai landasan memperkayakan diri dan keluarga...

Khamis, Februari 10, 2011

REVOLUSI MESIR....DI MANA KEDUDUKAN IKHWAN MUSLIMIN???



Oleh : Ahmad Lutfi Othman.

Kebangkitan rakyat Tunisia sehingga dapat menggulingkan diktator Zine El Abidin Ben Ali dalam waktu begitu singkat kini menjalar ke Mesir, dan berpotensi cerah meranapkan banyak lagi pemerintahan kuku besi di rantau Arab. Siapa pun tidak dapat menduga, anak-anak muda yang membesar dalam ledakan dunia maklumat tanpa sempadan, yang sentiasa dikongkong dan dikurung oleh budaya takut, berjaya menghalau Ben Ali dan keluarga.

Di Timur Tengah, hampir semua kerajaan yang memerintah tidak dipilih rakyat melalui sistem demokrasi. Sama ada ia sebuah republik atau sistem monarki, memihak Barat atau memusuhinya, mengadakan hubungan dengan Israel atau tidak, namun rakyatnya sentiasa ditindas dan dinafikan hak. Elit penguasa membolot dan menimbun kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni. Negara kaya tetapi majoriti penduduknya merempat. Pengangguran, kemiskinan dan rasuah bermaharajalela. Manakala maruah umat tergadai dengan pergantungan kepada kuasa-kuasa luar.

Tumpuan kini tertumpu ke Mesir. Regim zalim Hosni Mubarak, yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat dan zionis Israel hanya menunggu masa untuk runtuh. Diberitakan keluarga presiden yang memerintah selama 30 tahun itu sudahpun melarikan diri ke luar negara. Hosni tidak berupaya lagi membendung amarah rakyat, yang terus melancarkan protes tanpa henti biarpun berdepan risiko tinggi. Medan Tahrir menjadi saksi pertumpahan darah tidak dapat dielakkan, apatah lagi rakyat berdepan dengan dalang keganasan yang dicetuskan Parti Nasionalis Demokratik pimpinan Hosni.

Keaiban detik-detik akhir kehidupan presiden sebelumnya, Anwar Sadat yang dibunuh di hadapan publik dan disiar secara langsung televisyen, mungkin berulang kepada Hosni. Anwar ditembak mati seorang anggota tentera, Leftenan Khalid Islambouli ketika beliau berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan ketenteraan pada 6 Oktober 1981. Ia berpunca daripada kemarahan rakyat terhadap perjanjian Mesir dengan Israel, dalam Perjanjian Kem David, selain penentangan terhadap amalan rasuah dan kenaikan harga barangan.

Apabila rasa gentar dan takut sudah hilang daripada sanubari rakyat tertindas, tiada apa lagi yang mampu menghalang tercetusnya revolusi dan pemberontakan. Regim yang diperkasakan oleh pasukan keselamatan, khususnya polis rahsia yang dulunya digeruni kini terpaksa melutut dengan suara keramat rakyat. Pukulan belantan, perintah darurat, arahan berkurung, tembakan gas pemedih mata, peluru getah hatta ratusan kes pembunuhan oleh agen pemerintah; semuanya dianggap enteng apabila kepompong budaya takut pecah berkecai.

Malah balai polis diserbu penunjuk perasaan dan mereka bertindak nekad membakarnya. Satu simbol nyata bahawa ketakutan yang membungkus gerak kehidupan rakyat selama ini telah turut terbakar. Rasa hormat dan maruah diri yang dipijak-pijak sejak sekian lama mula bangkit mengisi roh generasi baru rakyat Mesir. Mereka kini sedang berusaha mencipta sejarah, bukan hanya untuk membebaskan negara yang "terjajah" sekian lama, juga bagi membawa obor semangat buat negara-negara jiran dan ummah seluruhnya.

Sejarah pembebasan negara-negara Arab, termasuk Mesir dan Tunisia, daripada belenggu penjajahan, memang luar biasa. Pengaruh Mesir terhadap orang-orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Akhbar-akhbar Melayu, seperti al-Ikhwan, Saudara, al-Imam, Idaran Zaman dan Suara Melayu sejak awal abad 20 telah melaporkan pergolakan politik dan gerakan kebangsaan rakyat Mesir. Nama-nama pejuang dan pemikir Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897), Muhammad Abduh (1849-1905) dan Rashid Ridha (1865-1935) tidak asing lagi kepada orang Melayu, yang seterusnya menimbulkan polemik Kaum Muda di Tanah Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bukunya, Islam dan Masyarakat Melayu; Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, gerakan Pan-Islamisme yang dipelopori Jamaluddin Al-Afghani telah mencetuskan kesedaran kebangsaan rakyat Mesir. Ketika di Mesir, Afghani berjaya mempengaruhi generasi muda dan ramai pengikutnya muncul memainkan perana penting dalam perkembangan sejarah Mesir moden. Gagasan ideanya -- yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran sebenarnya -- lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan pergerakan nasionalisme Arab atau Mesir.

Selain itu, dua institusi besar Mesir yang juga cukup dekat-akrab dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah Universiti Al-Azhar dan gerakan Islam, Ikhwan Muslimin. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merumuskan: "Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya' yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia."

"Sayangnya," tambah Ustaz Nik Aziz, "Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran."

Isu Palestin juga begitu dekat dengan umat Islam sedunia dan rakyat negara ini. Di kala zionis Yahudi bertindak zalim sewenang-wenangnya, dibantu pula oleh Amerika Syarikat, maka peranan negara-negara jiran, sekurang-kurangnya untuk tidak sama-sama menekan amat diharapkan. Mesir pula pernah menunjukkan komitmen dan kekuatannya untuk berperang dengan Israel.

Malangnya Mesir mengkhianati amanah dan harapan ummah. Ia turut melakukan pengepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin. Talian hayat rakyat Palestin dipotong. Bantuan dunia luar tersekat. Mesir memang terbukti menjadi sekutu rapat dan talibarut Israel memerangi kumpulan Islam di Gaza. Benarlah rumusan Ustaz Nik Aziz:
"Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya."

Secara peribadi, saya lebih terasa intim dengan Ikhwan Muslimin (ditubuhkan pada 1927, di Isma'iliyyah, Mesir), yang dianggap guru buat semua gerakan Islam moden. Saya kira hampir semua aktivis dakwah di negara ini sedikit sebanyak, secara langsung atau tidak langsung, dipengaruhi Ikhwan. Malah kebangkitan harakah Islamiyah di negara-negara lain, seperti Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, Parti Refah di Turki, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia juga mendapat inspirasi daripada Ikhwan, yang kemudiannya diikuti Hamas di Palestin dan banyak lagi gerakan Islam di seluruh dunia.

Pengasasnya, Assyahid Hassan Al-Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949) dibunuh regim Mesir melalui satu tipu helah jemputan perundingan dengan kerajaan. Imam yang agung itu terkena tujuh tembakan tetapi masih mampu berjalan memanggil ambulan. Bagaimanapun pihak tentera tidak membenarkan doktor merawatnya, sehinggalah Al-Bana sengaja dibiarkan mati dengan tumpahan darah yang banyak.

Tiada sesiapa dibenarkan menguruskan jenazahnya. Hanya ayahnya, Syeikh Ahmad Abdul Rahman, berusia lebih 90 tahun memandi dan mengafankan jenazah Al-Banna. Syeikh Ahmad bersama tiga anak perempuannya mengusung jenazah ke masjid dengan kawalan ketat tentera. Pengikut dan anak murid Al-Banna kemudiannya diburu bagaikan pengganas. Al-Banna bukan sahaja meninggalkan puluhan karya ulung untuk umat, tetapi lebih penting menunjukkan teladan unggul mengatur organisasi secara tersusun bagi melaksanakan perjuangan Islam di medan.

Kisah kezaliman dan penderitaan bukan hanya ditanggung Al-Banna tetapi seluruh generasi Ikhwan seterusnya. Penyeksaan yang ditanggung mereka terlalu perit untuk diceritakan. Penuh dengan air mata, penjara, darah, tali gantung, pengharaman dan pembunuhan kejam. Tokoh-tokoh Ikhwan lain yang harum namanya, dan terus disebut-sebut, selain meninggalkan khazanah pemikiran berharga, seperti Assyahid Syed Qutb, Assyahid Abd Qader Audah, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Mustapha al-Siba'i, Said Hawwa, Syed Sabiq, Muhammad Al-Ghazali, Yusof Al-Qaradawi dan ramai lagi.

Memang ada pihak yang sangsi, apakah Ikhwan yang sering diperalatkan pemerintah akan "dipergunakan" sekali lagi apabila Mesir berdepan krisis besar? Apatah lagi Mesir merupakan negara paling strategik di Timur Tengah, malah bagi Napolean Bonaparte, ia negara terpenting di dunia. Regim Mesir sentiasa menekan dan menindas Ikhwan, sejak Raja Farouk, Jamal Abdul Nasser sehinggalah Anwar Sadat dan Mubarak. Walhal Nasser dan Sadat merupakan orang yang pernah rapat dengan Ikhwan.

Mohamad Fauzi Zakaria dalam, Aqidah Yang Menggoncang Dunia, yang merupakan kajian di peringkat sarjana terhadap pengaruh pemikiran Syed Qutb, menjelaskan Ikhwan terbabit secara aktif dalam Revolusi Julai 1952 menumbangkan tirani monarki, Raja Farouk. Malahan Syed Qutb ditawarkan beberapa kedudukan penting dalam kerajaan revolusi termasuk Menteri Pelajaran, memandangkan pengalamannya yang luas di bidang pendidikan. Namun beliau menolaknya.

Syed Qutb, dalam satu majlis yang dihadiri para pegawai tentera Mesir menegaskan: "Sesungguhnya revolusi telah berlaku ... keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revovulsi. Bahkan matlamat terakhir revolusi ini ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam ... Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakan. Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediakannya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya." Dengan spontan, Jamal Abdul Nasser yang turut berada dalam majlis sama mencelah: "Saudaraku Syed, demi Allah, tidakkan sampai kebimbangan itu padamu melainkan langkahnya mayat kami. Kami berjanji padamu dengan nama Allah bahawa kamilah tebusan kepada dirimu sehingga maut!"

Realitinya, apa yang dibimbangi Syed Qutb itu terbukti benar. Atas konspirasi terancang, melalui fitnah terhadap gerakan itu, Ikhwan diharamkan pada 13 Januari 1954, pimpinan dan ribuan anggotanya ditangkap. Kenyataan rasmi regim Nasser, dua hari selepas itu: "Pengumuman penting Majlis Pimpinan Revolusi tentang Ikhwan Muslimin, hubungan mereka dengan Inggeris dan mengadakan pertubuhan sulit di dalam pasukan polis dan tentera dalam usaha menggulingkan kerajaan dengan berselindung di sebalik pergerakan agama." Syed Qutb akhirnya terkorban syahid di tali gantung pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, selepas dua kali dipenjarakan.

Saya yakin, suasana kini sudah banyak berubah. Generasi Ikhwan yang terlatih, berakhlak dan berdisiplin, serta kaya dengan pengalaman -- dibantu arus globalisasi dan dasar langit terbuka yang mempercepatkan proses pendemokrasian dan boleh menyulitkan berulangnya konspirasi jahat terhadap Ikhwan -- pasti bersedia menyumbang khidmat menyelamatkan Mesir secara lebih berkesan. Buat masa ini mereka lebih bersedia menonjolkan Mohamed El-Baradei, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2005, ke hadapan. "Kemahuan kami adalah kehendak rakyat," kata salah seorang pemimpin Ikhwan di Kaherah.

Insya-Allah, Ikhwan tidak dapat ditipu lagi, manakala pemimpinnya lebih berhati-hati dan bijaksana membaca realiti bagi mengatur rentak. Imej ekstrimis, militan dan teroris, walaupun masih cuba dipalit ke wajah Ikhwan, namun agak sukar mempengaruhi majoriti rakyat yang sudah bersatu hati menghambat Hosni. Dalam masa sama, dipercayai regim Hosni cuba "bertarik tali" dan berlengah-lengah untuk meletakkan jawatan, bagi mempastikan pembaharuan Mesir tidak diterajui Ikhwan. Pemerintahan Amerika Syarikat yang menyokong transisi politik di Mesir turut meminta Hosni bertahan, bagi memastikan proses pembaharuan berjalan secara lancar dan aman.

Sekiranya pilihan raya adil dan bebas diadakan di Mesir, seperti pernah berlaku di Algeria dan Lubnan, juga seumpama di Turki, Ikhwan seperti gerakan Islam lainnya, akan mendapat sokongan ramai. Cuma, kepentingan Amerika dan Israel (terbukti Ikhwan bersedia bangun menentang Israel termasuk memikul senjata di medan perang) di Mesir jauh lebih besar berbanding Tunisia yang dibiarkan jatuh. Justeru, strategi dan pendekatan terbaik amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini, agar segala ruang sabotaj ditutup serapat mungkin.

Tv Selangor/-

Rabu, Februari 09, 2011

BERSATULAH DUNIA ARAB... SOKONG REVOLUSI RAKYAT MESIR!!!


Berbagai laporan menyebut, Revolusi rakyat Mesir ketika ini menjadi ancaman terbesar kepada Rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) sepanjang sejarah percaturan politik negeri Piramid itu. Keadaan segawat sekarang ini pun tidak dapat dibandingkan dengan era perang antara Israel dan Mesir di masa pemerintahan Presiden Gamal Abdel Nasser.

Amerika Syarikat bahkan dengan tanpa berselindung menyatakan mereka terkejut dengan kebangkitan rakyat Mesir. Memang AS terkejut kerana Washington masih belum mempercayai fenomena ini bakal terjadi kerana berbagai daya usaha politik, keamanaan dan propaganda media yang digalangnya bersama Israel masih belum mampu meredakan kebangkitan revolusi rakyat Mesir.


Sementara itu, saat ini rakyat Mesir menghadapi ancaman yang cukup berbahaya, kerana kroni-kroni Mubarak baik di Arab dan Barat bersatu untuk menggagalkan revolusi mereka. Agensi Perisikan Amerika (CIA), British, Israel, Arab Saudi dan negara Arab lainnya bekerjasama untuk mencegah tergulingnya Mubarak dari singgasana pemerintahannya dan mencipta jalan tengah serta melambat-lambatkan waktu berundurnya Mubarak.

Dengan demikian para pemimpin Mesir memiliki waktu yang cukup untuk menyusun kembali kekuatannya. Dan jika terpaksa Mubarak berundur mereka masih memiliki harapan lain iaitu naiknya Omar Suleiman menjadi pemimpin baru di Mesir serta sekutu baru AS dan Israel di negara tersebut, sekaligus mengekang berkuasanya Ikhwan Muslimin yang terkenal dengan perjuangan Islamnya.

....perjuangan Islam walaupun ditekan, dizalimi dan ditipu.... namun saat kejatuhan para penentang Islam pasti akan tiba jua... di mana sahaja....

Isnin, Februari 07, 2011

TUJUH DIKTATOR DUNIA SELAIN MUBARAK


Selain Presiden Hosni Mubarak di Mesir, Presiden Zine Abidine ben Ali dari Tunisia, sekurang-kurangnya 7 lagi pemimpin diktator terburuk di seluruh dunia. Salah satu daripadanya adalah Raja Arab Saudi. Pada dasarnya, para pemimpin diktator dan antidemokrasi ini mendapat sokongan, baik dalam bentuk material ataupun kewangan dari Amerika Syarikat yang selama ini mengagung-agungkan demokrasi.

Joshua Holland, editor dan penulis senior di ruangan analisa politik dan kajian antarabangsa AlterNet, mendedahkan tujuh diktator paling buruk di dunia itu;


1. Raja Abdullah bin Abdul Aziz, Arab Saudi.

Raja Saudi ini adalah salah seorang dari tujuh pemimpin diktator di dunia versi AlterNet. Arab Saudi, merupakan sekutu AS yang paling penting di Timur Tengah. Selama puluhan tahun, AS memberikan layanan yang baik kepada keluarga Diraja Saudi ini dengan mengimpikan hasil minyak bumi negara Saudi.

Sejak menjadi Raja Saudi tahun 2005, Raja Abdullah sudah melakukan sejumlah reformasi di negaranya. Tapi Human Rights Watch menilai reformasi yang dilakukan Raja Abdullah kebanyakan masih berupa simbolik dan belum memenuhi tuntutan perlindungan hak asasi manusia secara konkrit.

Amnesty International dalam laporan tahun 2010 menyebutkan bahawa kerajaan Arab Saudi masih melakukan tindakan yang represif untuk mengekang kebebasan bersuara dan berkumpul kepada rakyatnya. Ratusan orang ditangkap atas tuduhan terorisme dan ribuan dipenjarakan atas nama keamanan negara. Dalam banyak hal, pemerintah Saudi juga masih membatasi hak-hak wanita atas nama ajaran agama.


2. Teodoro Obiang Nguema, Equatorial Guinea

Teodoro sudah berkuasa selama 32 tahun di Equatorial Guinea setelah menggulingkan bapa saudaranya sendiri, Francisco Macias.

Setelah melakukan rampasan kuasa berdarah dan berhasil naik ke tampuk pemerintahan, Obiang berjanji akan memimpin negara dengan cara yang lebih baik dan lebih adil dari pendahulunya. Tapi nyatanya, Obiang tidak kalah keji dengan bapa saudaranya. Tahun 1990-an, Duta besar AS di negara itu pernah mendapat ancaman bunuh hingga diberi kawalan keselamatan.

Tapi hubungan Obiang dengan AS kembali mesra setelah ditemukan sumber-sumber minyak di luar pantai negara tersebut. Menurut data majalah Parade, AS adalah pengimpot utama produk petroleum dari Equator Guinea pada tahun 2008. Di peringkat awal eksplorasi sumber minyak, negara itu mampu mengaut keuntungan yang besar, tapi semua pendapatan negara itu disimpan di kalangan kroni-kroni Obiang dalam akaun luar negara yang dirahsiakan dan AS menutup mata atas fakta tersebut sepanjang masih boleh mengaut keuntungan dari sumber minyak negeri Obiang.

3. Meles Zenawi, Ethiopia

Zenawi sudah berkuasa di Ethiopia selama 20 tahun. Tahun 2010, ia kembali berkuasa setelah partinya Front Demokrasi Revolusioner Rakyat Ethiopia memenangi Pilihanraya Umum dengan kemenangan yang besar iaitu 99.6% . Dia mendapat kemenangan dengan cara menekan parti-parti pembangkang dalam pilihanraya yang penuh penipuan.

Ethiopia adalah sekutu strategik AS dalam agenda "perang melawan terorisme" dan pemerintahan Zenawi menerima sokongan dana dari pemerintah AS. Menurut lembaga U.S. Agency for International Development, AS merupakan negara penyumbang terbesar kepada Ethiopia.

Pada masa pemerintahan Presiden George W. Bush, Kongres AS mengesahkan undang-undang yang meminta pemerintah AS membatasi bantuan ketenteraan kepada Ethiopia, karena rejim Zenawi dianggap membelenggu kebebasan media dan buruknya hak asasi manusia di negeri itu. Tapi Bush keberatan mematuhi undang-undang tersebut dan tetap menghulurkan bantuan kewangan dengan alasan untuk biaya "anti terorisme".

Rejim Zenawi menekan kelompok-kelompok pembangkang dan penubuhan NGO yang mesra rakyat. Ia juga dianggap bertanggung jawab ke atas kes-kes kehilangan individu tertentu. Meskipun demikian, AS tetap memberikan bantuan latihan kepada pasukan tentera Ethiopia.

4. Islam Karimov, Uzbekistan

Karimov menjadi presiden Uzbekistan sejak tahun 1990. Ia juga menjadi salah satu sekutu AS dalam "perang melawan terorisme". Karimov memberi tempat kepada pasukan AS di Karshi-Khanabad, yang dijadikan sebagai pengkalan angkata udara AS hingga tahun 2005.

Hubungan Karimov dan AS jadi "dingin" setelah dia meminta AS untuk menutup pengkalan tentera tersebut. Meskipun demikian, menurut Parade, hubungan dagang antara AS dan Uzbekistan meningkat dua kali ganda pada tahun 2008 dan AS mengimpot uranium dalam jumlah besar dari Uzbekistan, untuk keperluan pusat janakuasa nuklear dan persenjataan AS. Tahun 2009, Uzbekistan memesan pesawat Boeing untuk keperluan pengakutan udara nasionalnya, dengan nilai pembelian sebesar 600 juta dollar.

Tapi sebagai pemimpin, Karimov menggunakan tangan besi dalam mengatur rakyatnya. Laporan Human Rights Watch menyatakan, rejim Karimov melakukan penangkapan, penyiksaan dan melakukan penindasan kepada kumpulan agama minoriti. Karimov bahkan disebut-sebut tak segan-segan membunuh lawan politiknya.
5. Idriss Deby, Chad

Chad adalah sebuah negara yang menjadi sekutu AS dalam kempennya "perang melawan terorisme". AS menikmati hubungan dengan Chad dalam bentuk impot minyak dari negeri itu yang nilainya mencapai 3 milion dollar setahun.

Perdagangan minyak dengan AS inilah yang memperkuat rejim Idriss Deby. AS, menurut majalah Parade, juga turut memperkuat angkatan bersenjata Chad meskipun tentera negara itu didapati mengeksploitasi kanak-kanak untuk dijadikan tentera.

Amnesty Internasional dalam laporan tahun 2010 juga menggambarkan buruknya situasi kemanusiaan di Chad di bawah kepemimpinan Idriss Deby. Warga awam dan pekerja kemanusiaan banyak yang diculik dan dibunuh, maraknya kekerasan dan perkosaan terhadap kaum wanita, termasuk kanak-kanak perempuan yang dipaksa menjadi tentera.

Rejim Deby menangkap, memenjarakan dan menyiksa orang-orang dari kumpulan yang dianggap menentang pemerintah, menekan para wartawan dan aktivis hak asasi manusia, bahkan pada tahun 2009 menghancurkan rumah-rumah dan kemudahan lainnya sehingga menyebabkan ribuan orang menjadi pelarian, dan membiarkan para penjenayah dan kumpulan bersenjata berkeliaran dan mengancam keselamatan rakyatnya.

6. Gurbanguly Berdymuhammedov (Berdymukhamedov), Turkemenistan

Berdymuhammedov berkuasa sejak 2006 setelah presiden Turkmenistan meninggal dunia. Dia berhasil merebut tampuk kekuasaan di Turkmenistan dengan cara mengeluarkan arahan untuk memenjarakan pengganti presiden yang sebenar.

Laporan Jabatan Luar Negeri AS menyebutkan bahawa sejak era tahun '90-an, Turkmenistan menjadi dalang utama dalam "US Caspian Basin Energy Initiative". Negara itu menjadi pemudah cara rundingan antara syarikat-syarikat komersil dan pemerintah Turkmenistan, Georgia, Azerbaijan dan Turki dalam pembangunan jaringan paip dasar laut di Laut Kaspia untuk menyalurkan gas-gas serta ekspot gas Turkmenistan ke Turki di bawah projek raksaksa yang mereka sebut sebagai Trans-Caspian Gas Pipeline (TCGP)

Majalah Parade melaporkan bahwa AS menikmati monopoli minyak dari Turkmenistan. Pada tahun 2008, nilai impot minyak AS dari negeri itu mencapai 100 juta dollar. Perusahaan minyak Chevron bahkan membuka pejabat perwakilan sendiri di Ashgabat, ibukota Turkmenistan.

Namun pendapatan negara dari hasil ekspot gas dan minyak, terutama ke AS, tidak pernah dinikmati oleh rakyat Turkmenistan. Organsasi Hak Asasi Manusia Human Rights Watch dalam laporannya menyatakan bahawa Berdymuhammedov jusetru menerapkan kebijakan yang mengekang kehidupan sosial rakyatnya serta bertindak represif.

7. Paul Biya, Cameroun.

Biya berkuasa di Cameroun sejak memenangi "Pilihanraya Umum" tahun 1983. Mengapa kata "Pilihanraya Umum" diberi tanda , kerana tidak seperti pilihanraya pada umumnya, Biya menjadi satu-satunya calon presiden dalam pilihanraya tersebut dan ia didakwa berhasil mendapat sokonan 99 % undi dalam pilihanraya tersebut.

Cameroun merupakan salah sebuah negara yang berhubung rapat dengan AS. Tidak menghairankan, meskipun pilihanraya yang digelar sangat tidak demokratik, pemerintah AS tetap mengalirkan dana bantuan kewangan untuk pemerintah Cameroun melalui lembaga-lembaga kewangan antarabangsa seperti Bank Duna, IMF dan African Development Bank.

Organisasi hak asasi manusia Amnesty Internasional dalam laporannya menyebutkan bahawa pemerintahan Biya di Cameroun kerap menangkap dan memenjarakan wartawan, melakukan perbicaraan mahkamah tanpa prosedur undang-undang yang betul.

Pemerintah juga berusaha mengekang gerakan kumpulan pembangkang dengan melakukan dan menyembunyikan berbagai pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan mereka. Rejim Biya juga tidak segan-segan menangkap orang-orang yang dianggap menentang pemerintah, melarang rakyatnya berkumpul atau membentuk kesatuan dan membatasi kebebasan bersuara.

..... Ciri-ciri kedurjanaan para diktator di atas terdapat di negara mana lagi???

Ahad, Februari 06, 2011

PAKAR TENDANGAN BEBAS DUNIA


Bekas pemain Olympique Lyon, Juninho Pernambucano (gambar kiri) menganggap Cristiano Ronaldo sebagai penendang bebas (Free Kick) terbaik dunia masa kini.

Juninho pernah dikenali sebagai salah seorang pemain dengan teknik tendangan bebas terbaik di dunia ketika masih bersama Lyon hingga 2009. Arah tendangan bebas Juninho sukar dijangka oleh penjaga gol lawan dengan bola yang bergerak tidak menentu di udara.

Teknik yang sama digunakan Cristiano Ronaldo saat ini. Dengan kaki bahagian depan, Ronaldo sering mengelirukan penjaga gol lawan ketika melakukan tendangan bebasnya.

Bercakap kepada Goal.com, Juninho mengaku teknik menendang bebas dengan kaki bahagian depan telah membuatnya berjaya menempatkan namanya sebagai salah seorang penendang bebas terbaik dunia.

"Ketika saya bermain untuk Lyon, teknik itu sangat membantu saya untuk menjadi penendang bebas. Saat ini, ada sejumlah pemain terkenal Brazil seperti Ronaldinho dan Roberto Carlos yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang baik melakukan sepakan sedemikian," ujar Juninho.

"Cristiano Ronaldo juga pemain yang berkemahiran dengan tendangan yang baik. Dia salah seorang pemain dengan tendangan bebas terbaik di dunia saat ini," ujar pemain yang kini bermain untuk kelab Al Gharafa di Liga Qatar.

Jumaat, Februari 04, 2011

KISAH HITLER YANG DIGELAPKAN BARAT


(sumber:erozbyte.com)

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Khamis, Februari 03, 2011

SEKUTU ISRAEL DIJATUHKAN ALLAH



Oleh : Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran.

Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel.

Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya.

Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya.

Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wassalam.



.... saat kehancuran puak-puak yang memusuhi Islam akan tiba juga.... "apabila datangnya kebenaran, maka hancurlah kebatilan"..... teguhkan keimanan kita agar kita sentiasa berada bersama saf yang memperjuangkan Islam.... sokonglah perjuangan Islam walaupun pejuang Islam kerap tewas, mungkin kemenangan mereka ditangguhkan.... tapi di akhirat kelak Allah tidak akan bertanya : "kamu menang atau kalah??" Tapi Allah akan bertanya ; "kamu memperjuangkan Islam atau kamu menentang Islam???".....

Rabu, Februari 02, 2011

LAGI FENOMENA UFO



EMPAT cahaya misteri (dalam bulatan) muncul di American Fork, Utah, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Empat Cahaya Misteri di Utah

AMERICAN FORK, Amerika Syarikat - Beberapa rakaman video dan telefon bimbit menunjukkan beberapa cahaya misteri yang berwarna putih dan merah muncul di sini pada waktu malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej tersebut dirakamkan beberapa penduduk yang menyaksikan fenomena ganjil itu pada Rabu lalu di antara pukul 7.15 dan 7.30 malam.

Dalam rakaman itu, tiga cahaya tersebut didapati berwarna merah dan bergerak di langit selama 15 minit sebelum satu cahaya berwarna putih yang terang muncul.

Seorang penduduk tempatan yang ditemuramah stesen televisyen ABC, Lynette Chidester berkata, dia tidak mendengar bunyi semasa cahaya ganjil itu muncul.

Menurutnya, cahaya itu menarik perhatiannya kerana salah satu daripadanya tidak berkelip seperti lampu sebuah pesawat.

Dia berkata, daripada tiga cahaya ganjil itu, timbul satu cahaya berwarna putih.

Seorang lagi penduduk, Mike Galbraith yang berada di tempat meletak kereta sebuah pusat beli-belah juga menyaksikan fenomena misteri itu.

"Saya melihat ke langit dan terdapat tiga cahaya berwarna merah dan ia kemudian seperti menggugurkan satu cahaya berwarna terang," katanya di American Fork, Utah.

Beberapa pegawai tentera dan lapangan terbang melaporkan tiada kejadian ganjil dikesan berlaku semasa cahaya misteri itu muncul. - Agensi

......sekiranya UFO ini benar-benar wujud sekalipun, yakinlah bahawa kita adalah makhluk terbaik ciptaan Allah, kita dipertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah, kepada kita diutuskan nabi dan diberikan kitab (al-Qur'an) sebagai panduan hidup...

..... fenomena UFO ini membuka ruang yang terlintas di fikiran kita...siapa mereka?? Apa agama mereka?? Adakah mereka dipertanggungjawabkan beribadat kepada Allah seperti kita??? Jika dilayan persoalan ini....akan membingungkan fikiran. Siapa tahu .... kalau-kalau UFO ini adalah iblis/syaitan yang mahu mengganggu keimanan manusia kepada Allah...

Selasa, Februari 01, 2011

BUKTI KEBENARAN ISLAM


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah kajian ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”
Para anakasawan telah mendapati bahawa planet Bumi seola-olah mengeluarkan radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi anehnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib kemungkinan ada alasan tersembunyi disebalik penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berpenghujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil fgambar planet Marikh, radiasi tersebut masih terus kelihatan. Para ilmuan Islam mempercayai bahawa radiasi ini memiliki ciri dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu, ketika kita mengelilingi Ka’bah atau bertawaf, maka seakan-akan diri kita di-charged semula oleh suatu tenaga misteri.


Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga akan bercahayadi dalam air. Di sebuah muzium di England, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka’bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem galaksi kita.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :

"Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam".

....yakinlah dengan kebenaran Islam....semakin dunia ini menuju ke penghujung usia, bukti-bukti saintifik keajaiban Islam semakin terserlah, hidup dunia ini hanya sementara, akhirat jua tempat kekal kita....paling lama pun usia kita di dunia ini 63 tahun, itulah usia Nabi Muhammad ketika baginda wafat...