SAHABAT :

Khamis, Januari 06, 2011

MENGANUT ISLAM KERANA BABI

Gambar hiasan


Waktu menunjukkan pukul 10.00 pagi di Beijing, China. Waktu solat Jumaat masih tiga jam lagi. Seorang lelaki kelihatan mendekati masjid.

Lelaki itu sejenak berdiri ragu-ragu di hadapan masjid. Ada rasa enggan untuk melangkah kaki ke dalam masjid, apatah lagi setelah melihat tulisan di pintu gerbang masjid yang tertulis dalam bahasa Cina, Inggeris dan Arab berbunyi "Hanya untuk Muslim."

Tapi lelaki itu menepis keraguannya dan memberanikan diri memasuki masjid.

"Ada apa yang boleh saya bantu?" tiba-tiba seorang lelaki menyapanya, imam masjid itu.

"Saya ingin menjadi seorang Muslim," ujar lelaki yang disapa.

Imam masjid tersenyum dan menyambut lelaki yang ingin masuk Islam itu. Dia membawanya ke pejabat "Komuniti Muslim" yang terletak berhampiran bangunan masjid. Imam tersebut menghulurkan tiga buah buku kecil tentang Islam. Dia mahu supaya lelaki itu terlebih dahulu mempelajari tentang agama Islam, agama yang ingin dianutinya.

Lelaki muda itu ternyata bukan hanya membaca semua buku tersebut, tetapi membaca banyak buku lain tentang Islam. Dia pun sering mengajak beberapa imam di masjid untuk berdiskusi dan bertukar fikiran untuk membuktikan bahawa dia tahu apa yang ingin dia lakukan.

Akhirnya, seorang imam memimpinnya mengucapkan dua kalimat syahadah dan lelaki muda itu rasmi menjadi seorang Muslim.

Lelaki itu adalah Jang, yang setelah masuk Islam menukar namanya menjadi Salim. Setelah bersyahadah, Salim menceritakan mengapa dia ingin menjadi seorang Muslim.

"Semuanya bermula dari daging babi," kata Salim sambil tersenyum.

Ajaran Islam memberi panduan yang lengkap kepada umatnya tentang makanan, termasuk larangan makan daging babi, mendorong rasa ingin tahu Salim dan menarik perhatiannya untuk mengkaji lebih jauh tentang Islam.

"Saya meneliti majalah-majalah perubatan dan membaca banyak buku untuk mencari jawapannya," ujar Salim.

Dia menemukan jawapannya mengapa Islam mengharamkan daging babi. Islam memandang babi sebagai najis kerana haiwan ini memakan segala atau omnivor. Babi tidak membezakan antara daging atau tumbuhan dalam kebiasaan makannya. Berbeza dengan lembu atau kambing misalnya, yang hanya memakan tumbuhan. Para ilmuan juga mengatakan bahawa memakan daging babi, boleh menjadi penyebab 70 jenis penyakit kepada manusia.

"Saya menemui kesimpulan yang sama dalam perubatan tradisonal Cina yang tidak mengesyorkan makan daging babi dan menyebutnya sebagai daging yang paling tidak sihat dan berbahaya," kata Salim.

Atas pengalamannya itu, Jang tertarik dengan agama Islam dan memutuskan untuk masuk Islam. Dia kini menjadi sebahagian dari masyarakat Muslim di China yang menurut data rasmi jumlahnya lebih dari 30 juta orang.

Islam sudah tersebar ke negeri Cina melalui para pedagang, di era Dinasti Tang sekitar 1300 tahun yang lalu. Bahkan catatan sejarah ada yang menyebutkan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah pernah mengunjungi China.

Meskipun masyarakat Muslim di China cukup besar, mereka kerap menjadi sasaran penindasan dan diskriminasi pemerintah China yang berfahaman komunis. Tetapi tiada siapa pun yang dapat menghalang cahaya Islam dan hidayah yang Allah Swt berikan kepada hambaNya. Jang atau Salim adalah salah satu daripada contohnya. Dia mendapat hidayah ke jalan yang benar dengan latar belakang yang unik, hanya kerana masalah daging babi.

1 ulasan:

  1. Babi binatang yang kotor kerana memakan najisnya sendiri.

    http://joyiman.blogspot.com/2010/08/kenapa-al-quran-mengharamkan-babi.html

    BalasPadam