SAHABAT :

Isnin, Januari 10, 2011

DI KALANGAN MANUSIA ADA BINATANG

Gambar Sumiati sebelum dan selepas kejadian

Sebuah pengadilan di Madinah, menghukum seorang wanita Arab Saudi yang menikam, memukul, dan mencederakan seorang tenaga kerja wanita (TKW) Indonesia dengan seterika panas hanya dengan tiga tahun penjara, lapor media negara itu, Isnin (10/1/2011).

Wanita majikan warga Arab Saudi itu, masih berkeras bahawa dia tidak bersalah dan dia tidak melakukan apa-apa pun yang mencederakan Sumiati binti Salan Mustapa, TKW berusia 23 tahun itu, lapor harian al-Watan. Perempuan tersebut dihukum berdasarkan surat keputusan kerajaan Saudi yang baru tentang anti-perdagangan manusia, lapor akhbar itu, yang mengutip seorang jurucakap bagi konsulat Indonesia, Abdulrahman al-Muhamadi. Muhamadi mengatakan, dia akan merayu, demi menuntut hukuman yang lebih adil.

Sumiati muncul di pengadilan minggu lalu dan menunjukkan kepada hakim kecederaannya, setelah dia gagal menghadiri sidang sebelumnya. Sementara perempuan Saudi itu ditangkap setelah ia didakwa memukul Sumiati sehingga kecederaannya sedemikian parah, sehingga tulangnya patah dan menderita pendarahan dalaman, serta menempelkan seterika panas di kepalanya lalu menikam dan menyayatnya dengan gunting.

Kes Sumiati mengguncang dan menimbul kemarahan badan-badan hak asasi manusia dan aktivis tenaga kerja yang melihat kes itu sebagai contoh kurangnya perlindungan bagi sebahagian besar jutaan pekerja pembantu rumah Asia, terutama di Arab Saudi dan negara-negara Teluk. Kementerian Tenaga Kerja Arab Saudi mengatakan pemerintahnya menyesali kes itu, tetapi menyebutkan kes itu sebagai kejadian terpencil.

November lalu, Sumiati menjalani pembedahan tetapi menurut seorang pegawai Konsulat Indonesia di Jeddah, Diddi Wahyudi, wanita itu akan memerlukankan pembedahan lanjutan.

(sumber :kompas.com)

.....wajarkah kes ini berlaku di sebuah negara Islam??? Pelakunya seorang Islam dan mangsanya juga seorang Islam!!! Jika kepada binatang sekalipun agama kita melarang melakukan kezaliman....inikan pula kepada sesama manusia....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan