SAHABAT :

Sabtu, Januari 29, 2011

SEDEKAH IKHLAS MENUNDA AJAL

Kehidupan dan kematian adalah hak Allah .... menangguh dan mempercepatkan kematian makhluknya juga adalah hak Allah .... namun ada perkara yang boleh menyebabkan ajal seseorang ditangguh dengan izin Allah ... renungi kisah ini ....

Kisah ini berlaku di zaman nabi Ibrahim AS, suatu hari malaikat maut mengunjungi nabi Ibrahim dan bertanya : "siapakah anak muda yang mengunjungimu tadi??" Nabi Ibrahim menjawab : "dia adalah sahabat dan muridku juga, datang memberitahu pernikahannya pada esok hari", jawab nabi Ibrahim.
"Sayang sekali....dia tidak sempat meneruskan pernikahannya kerana aku diperintahkan oleh Allah untuk mengambil nyawanya malam ini", balas malaikat maut.
Nabi Ibrahim terkedu dan semahu-mahunya dia akan mendesak muridnya mempercepatkan pernikahannya malam ini juga, tetapi langkah baginda seolah-olah terhenti.... kerana baginda yakin rahsia kematian adalah menjadi ketentuan dan hak Allah sahaja.

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap melangsungkan pernikahannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Maut apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu menyampaikan bahawa anak muda itu umurnya tidak akan sampai esok pagi? Malaikat Maut menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tetapi Allah menangguh kematiannya.

“Kenapa Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?” tanya Nabi Ibrahim.

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang menyebabkan Allah memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. justeru itu, mempercepatkan dan menangguh kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu melelalui Rasul-Nya, Muhammad bahawa sedekah itu boleh memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahawa ada sesuatu yang boleh menunda kematian, itu adalah…sedekah.


Maka, pandang kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling Anda. Bila anda menemukan ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. maka sesungguhnya andalah yang memerlukan pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu dinampakkan oleh Allah untuk memberi kebaikan kepada anda

Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah ajalnya akan tiba. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan bagaimana ajalnya tiba. Maka memberi sedekah bukan saja akan memperpanjang umur, bahkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik. Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah....


Khamis, Januari 27, 2011

KUMAN YANG MUNGKIN TELAH KITA MAKAN


Kita tidak menyedari hidupan-hidupan seni dan kuman yang hidup di sekeliling kita kerana saiznya tersangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.... mungkin juga hidupan-hidupan seni atau pun kuman ini telah pun kita telan bersama-sama makanan kita ..... hidupan ini dapat dilihat dengan jelas setelah dibesarkan beratus kali dengan kamera berkapasiti tinggi ....

1. Ini merupakan gambar kutu yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan.


Gambar ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi berunsur sains Steve Gschmeissner berusia 61 tahun. Beliau merakamkan beberapa gambar kutu debu dan kutu makanan yang sangat kecil ukurannya, sangat susah dikesan atau pun dilihat dengan mata kasar. Steve Gschmeissner merakamkan makhluk-makhluk mengerikan tersebut dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesarkan ukuran hingga beratus ratus kali zoom.

2. Ini merupakan gambar dari kutu debu yang biasa hidup di atas sofa dan alas tidur.


Menurut Steve Gschmeissner lagi, kutu debu ini biasanya terdapat di atas sofa, tilam dan pakaian serta jaket yang digantung juga patung mainan kanak-kanak, mengerikan sekali ..... Ternyata setiap hari kita ditemani oleh makhluk-makhluk yang mengerikan dan hodoh ini tanpa kita sedari.

3. Ini merupakan foto larva lalat hijau yang diperbesar hingga 100 x zoom.

Steve Gschmeissner juga berjaya merakamkan gambar larva lalat hijau, sangat jelas dan mengerikan setelah diperbesarkan saiznya, seperti makhluk asing "alien" yang menakutkan.

4. Kutu yang biasa hidup di atas roti dan kueh yang tidak dibungkus.

Steve Gschmeissner juga berjaya merakamkan kutu makanan, iaitu yang biasa terdapat di atas bijirin atau makanan yang tidak dibungkus dengan baik, sudah pasti makanan atau kuih yang dijaja di tepi jalan atau di pasar malam terdedah kepada debu-debu ..... pasti mengandungi kutu ini.....

Apa yang anda fikirkan??? Jaga kebersihan !!!! Selain itu ..... makhluk-makhluk ini juga sebagai bukti Maha Sempurna Allah sebagai Pencipta ..... sesungguhnya tiada tuhan melainkan Dia ..... hidupan sekecil ini diciptakan oleh Allah dengan sempurna sekali.

"DAN KAMI (ALLAH) JADIKAN SEGALA SESUATU YANG HIDUP ITU DARIPADA AIR"

Air kosong ..... kira-kira 2/3 daripada tubuh kita adalah air. Kita memerlukan air untuk mengekalkan banyak tindak balas kimia tubuh yang penting dan mengekalkan suhu tubuh yang betul.

Air mudah hilang, misalnya sewaktu bersenam ... melalui perpeluhan dan ini membawa kepada dehidrasi jika air tidak diganti. Dehidrasi boleh mempercepatkan penuaan. Ia memperlahankan metabolisme, malah dehidrasi yang sedikit sekalipun akan mempercepatkan metabolisme anda sehingga 3%.

Air juga membantu mengeluarkan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh. Radikal bebas meningkat dengan mendadak apabila anda kehilangan air dalam tubuh .... berikut beberapa fakta tentang air kosong yang perlu kita minum ....

1. kekurangan air menjadi punca kelesuan
2. minum 8 - 10 gelas air kosong sehari boleh mengurangkan sakit belakang dan sendi
3. meminum 6 aun air boleh menghentikan tindak balas alergi , sakit kepala dan asma

..... air adalah sumber kehidupan.... tanpa air.... tiada kehidupan... malah kita juga dijadikan daripada air... dalam Islam... air adalah sumber untuk manusia yang tidak boleh disekat... diniagakan dan mengeksploitasi untuk mendapat keuntungan .... ia ibarat udara untuk kita bernafas... dikurniakan Allah kepada semua makhluknya.... ia patut dikawal oleh kerajaan... disalur kepada rakyat secara adil dan saksama.... diharuskan mengambil kos perkhidmatan sahaja.... bukannya diniagakan atau diswastakan untuk keuntungan... jika diniagakan pasti akan untung kerana bekalannya adalah percuma....

Selasa, Januari 25, 2011

TANDA KEHADIRAN UFO???


Sejak 1980-an lebih 12 ribu Crop Circle ditemui di seluruh dunia, ketika media melaporkan penemuannya di England, terutama di Wiltshire dan Hampshire, fenomena ini terus terjadi ..... menyebar ke negara-negara lain.

Headline















Hingga kini, sekurang-kurangnya terdapat 12 ribu Crop Circle (CC) ditemui di seluruh dunia. Termasuk diantaranya di England, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jepun dan banyak negara lain.

Ketika CC akan muncul biasanya terdapat tanda-tanda aneh sebelumnya. Seperti lingkaran-lingkaran cahaya aneh yang melayang-layang di atas ladang. Kemudian akan terjadi petir dahsyat selepas itu.

Peralatan elektronik pun tiba-tiba mati dengan sendirinya termasuk enjin kereta. Walaupun teori sains menyatakan kemungkinan kemunculan CC disebabkan oleh medan magnet elektromagnetik petir, namun para saintis belum mampu memecahkan misteri bagaimana petir boleh menghasilkan pola-pola indah itu.

..... pengalamanku sendiri tentang UFO ini .... di zaman kanak-kanak dulu sekitar tahun 1976... usiaku ketika itu 8 tahun, aku dan rakan-rakan sebaya pada setiap petang akan bermain di sebuah padang tidak jauh dari rumahku... biasanya kami leka bermain kadang-kadang hingga hampir masuk waktu maghrib... pada suatu petang.... dalam suram-suram cahaya hampir waktu maghrib aku dan rakan-rakan ternampak sebuah istana terapung-apung di kaki langit.... nampak sangat jelas.... penghuni istana tersebut melambai-lambai kami.... kami terpaku dan berlari pulang ketakutan ....

....selepas mandi dan makan malam... aku menceritakan peristiwa itu kepada ibuku ... ibuku berkata:"itulah hantu , waktu senja memang banyak hantu, lain kali pulang ke rumah sebelum senja, nanti kamu disembunyikan hantu...".
Aku aku akur dengan jawapan itu .... HANTU ..... setelah dewasa aku terfikir .... adakah itu juga UFO??? Sehingga kini aku dapat membayangkan istana terapung itu ....

Sabtu, Januari 22, 2011

SELEPAS TUNISIA ... RAKYAT JORDAN PULA BANGKIT

Ribuan rakyat Jordan turun ke jalan memprotes kenaikan harga barang keperluan asas dan menuntut reformasi politik di negara Arab tersebut.

Tunjuk perasaan itu berlangsung di ibukota Amman dan kota-kota utama lainnya dan diadakan setelah salat Jumaat.

Mereka melaungkan slogan-slogan anti-kerajaan, para demonstran mengecam plan ekonomi kerajaan, mengatakan pentadbiran Perdana Menteri Samir Rifai telah menyebabkan harga barang keperluan asas dan bahan bakar mengalami kenaikan, pengangguran dan kemiskinan.

"Pemerintah sedang memakan daging kami ... Hai Samir [Rifai], anda telah menekan kami dengan harga tinggi yang anda lakukan.", teriak para penunjuk perasaan.

"Wahai orang-orang Jordan, lakukan revolusi untuk melawan kemiskinan dan kelaparan. Pemerintah harus diturunkan dan tidak ada lagi penyelewengan yang dilakukan negara."



Para demonstran juga mengkritik kabinet Samir Rifai kerana pentadbiran mereka gagal membendung korupsi.

Protes Jumaat kelmarin (21/1) terjadi setelah Perdana Menteri Jordan mengumumkan kenaikan gaji bagi pegawai pentadbiran awam serta kadar pencen golongan pesara dan perluasan program subsidi negara dalam menghadapi ketidakpuasan hati rakyat.

Langkah ini sejurus pengumuman kerajaan yang melancarkan pakej 225 juta dolar untuk menurunkan harga barangan seperti bahan bakar dan barangan keperluan asas termasuk gula dan beras atas perintah Raja Abdullah II untuk membantu meringankan beban rakyat miskin.

Terpengaruh oleh revolusi Tunisia, rakyat Jordan, yang telah pun melakukan protes pada minggu lalu, mengatakan mereka akan melakukan tekanan sehingga Perdana Menteri Samir Rifai dan para menteri kabinetnya mengundurkan diri.

"Rakyat Jordan dalam keadaan marah. Pemerintah memotong rakyat seperti gergaji.. turunkan Rifai," teriak para demonstran.

Penganjur protes, termasuk kelompok pembangkang kerajaan. Ikhwanul Muslim, golongan sayap kiri dan kesatuan buruh, juga menyerukan reformasi politik, mengatakan rakyat Jordan mesti dibenarkan untuk memilih perdana menteri mereka dan seluruh kabinet kerajaan bukannya dilantik oleh raja seperti kebiasaan sebelum ini.

Sumber : eramuslim

Jumaat, Januari 21, 2011

ARAB SAUDI LINDUNGI PENJENAYAH???

Sayap reformis dari Ikhwanul Muslimin menyeru kerajaan Arab Saudi untuk mengekstradisi Presiden Tunisia yang digulingkan Zine al-Abidine Ben Ali kepada pihak berkuasa Tunisia supaya dia boleh menjalani perbicaraan dan diadili rakyatnya.

"Kami terkejut oleh pernyataan Arab Saudi yang memberi alasan kemanusiaan untuk menerima mantan presiden Tunisia tersebut. Kerajaa Arab Saudi memberinya sebuah istana untuk keselesaan dan kemudahannya setelah negara-negara lain, termasuk Perancis, menolak untuk memberi perlindungan kepadanya," kata jurucakap Ikhwan Muslimin itu.

"Umat Islam menganggap Arab Saudi sebagai simbol keadilan Islam di dunia, sepatutnya penjenayah yang ditangkap mereka dihukum, bukan memberikan mereka tempat berlindung di bawah nama Islam dan kemanusiaan," tambah pernyataan itu.


"Di mana nilai-nilai ini ketika penjenayah yang membunuh rakyatnya dan berperang melawan nilai-nilai Islam, sedangkan pemerintah Arab dan Islam hanya menonton," tulis pernyataan tersebut.

"Kami menyeru kepada pemerintah rasional Saudi untuk merespon tuntutan masyarakat Arab dan Islam untuk menyerahkan Ben Ali, penyokong, kroninya serta keluarganya kepada pihak berkuasa Tunisia agar boleh diadili oleh pengadilan yang adil."

Mereka juga menyeru supaya merampas aset tunai dan harta presiden serta kroni-kroninya, seterusnya memaksa Ben Ali untuk meminta maaf kepada rakyat Tunisia, Arab dan masyarakat Islam di atas perbuatannya itu.

.... suatu masa dahulu... kerajaan Arab Saudi juga pernah memberikan perlindungan politik kepada bekas presiden Kenya yang memerintah secara diktator .... Idi Amin ... atas alasan yang sama .... kemanusiaan ....

KOLEKSI KERETA MEWAH PRESIDEN .... RAKYAT KELAPARAN


Tunis – Rakyat Tunisia yang marah dengan Presiden Zine el-Abidine Ben Ali cuba membalas dendam kepada presiden dengan menjarah istana yang menjadi kediaman rasminya. Dan mereka pun menemui koleksi kereta mewah, antaranya sebuah Ferrari 599 GTB Fiorano.

Mungkin kerana tidak memiliki kunci kereta itu, rakyat Tunisia mengangkut Ferrari berwarna kuning itu dengan sebuah forklift besar!.

Ferrari 599 GTB Fiorano adalah sebuah kereta berkapasiti 5.999 cc yang merupakan salah satu kereta sport 2 penumpang termahal Ferrari.

Ferrari itu dibawa dengan forklift di jalan-jalan utama Tunisia yang dipenuhi ribuan rakyat Tunisia yang sedang merayakan kejatuhan presiden mereka. Aksi mereka ini dirakamkan kru sebuah media yang kemudian videonya tersebar di Youtube.

Selain Ferrarinya, harta Presiden Tunisia yang digulingkan Zine al-Abidine Ben Ali bertimbun-timbun. Dari jongkong-jongkong emas, hartanah hinggalah kepada pesawat terbang peribadi.

Ben Ali dan kroninya melakukan aksi penyelewengan harta negara dan korupsi bertahun-tahun lamanya yang membuat rakyat Tunisia marah. Kini harta presiden dan kroninya sedang diburu ....

.... itulah jenis manusia yang memimpin negara Islam... lihatlah mana-mana negara Islam pun .... dari Brunai hingga Arab Saudi yang kaya raya... pemimpin hidup bermewah-mewah semahu-mahunya ... rakyat terbiar .... perjuangan saudara seagama di Palestine, Filipina, Selatan Thailand dan Cechnya dipinggirkan .... pernahkah negara-negara Islam yang kaya raya ini membantu perjuangan jihad Islam di tempat-tempat tersebut???? Mungkin mereka pernah menyalur dana untuk membina masjid di sana ... melakuakan ibadah korban akikah untuk memberi makan kepada golongan miskin di sana ...... tetapi mereka sama sekali tidak tidak berani menyalur dana untuk memperkuatkan barisan mujahidin Islam .... kerana ia tidak disukai oleh sahabat dan sekutu mereka di Eropah dan Amerika ... lagipun apabila semangat jihad Islam menjadi kuat dan membara ... ia akan mengancam pemimpin-pemimpin jenis korup seperti mereka ...

Negara-negara Barat yang kononnya memperjuangkan demokrasi .... hakikatnya mereka amat suka dan menyokong jika negara-negara umat Islam dipimpin oleh pemimpin yang korup dan diktator .... apabila umat Islam ditindas oleh "proksi" mereka ini ... maka umat Islam tiada ruang untuk berjihad dan memperkasakan Islam kerana kehidupan seharian mereka bergelut dengan survival untuk mendapatkan sesuap nasi dan sebuku roti ..... yang lemah iman sudah tentu boleh dibeli ....

Sabtu, Januari 15, 2011

SEBUAH MASJID DIMUSNAHKAN DI NEW DELHI


Pihak Berkuasa Perumahan India telah menghancurkan sebuah masjid di atas sebidang tanah di New Delhi, sehingga meyebabkan berlaku rusuhan antara orang awam dengan polis yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang tercedera.

Delhi Development Authority (DDA) meratakan Masjid Noor yang terletak di daerah Jangpura di ibukota India, New Delhi pada hari Kamis lalu setelah mendakwa bahawa Masjid Noor, yang berdiri di sana selama lebih dari 200 tahun, didirikan di kawasan yang melibatkan perancangan pembangunan DDA, akhbar India Express melaporkan pada hari ini (15/1).

Rusuhan tercetus setelah polis India menembak gas pemedih mata ke arah umat Islam yang marah, mereka membantah dakwaan DDA tentang "status tidak sah" struktur bangunan masjid tersebut, mereka menyatakan bahawa masjid itu telah dibina di atas tanah wakaf .

"Struktur bangunan masjid ini merupakan wakaf dan telah ada di sini selama lebih dari 200 tahun," kata Shoaib Iqbal dari Partai Janshakti Lok.

Penunjuk perasaan berjalan ke Pejabat Polis Hazrat Nizamuddin sambil melaungkan suara bantahan, namun polis menghalang mereka dengan kekerasan.

Pada hari ini, Ketua Menteri Delhi Sheila Dikshit menyalahkan DDA kerana berperilaku "dengan cara yang tidak adil" dengan meratakan struktur suci masjid tersebut.

Sumber : eramuslim

...kes ini berlaku di India....di Malaysia tak pernah terjadi ka perkara sebegini??? Apa khabar agaknya bekas penduduk Kg. Berembang saat ini??? Pengalaman dan kesedihan mereka sama dengan warga India ini .....

Khamis, Januari 13, 2011

KATAK MENUNGGANG ULAR



TEMPO Interact, Jakarta - Dari berbagai gambar mengejutkan terkait banjir Queensland, ini yang paling tidak biasa - seekor katak hijau menumpang di punggung ular cokelat.

Teknisi komputer Armin Gerlach mengunjungi teman-temannya di kota Dalby yang tergenang banjir minggu lalu ketika ia melihat pasangan yang tidak mungkin itu.

"Saya merasa takjub, saya hanya merasa tidak bisa mempercayainya," kata Gerlach pada ninemsn.

Gelach mengatakan seorang temannya yang menjadi korban banjir telah mengatakan kepadanya bahwa hewan sering saling membantu satu sama lain selama bencana banjir itu.

"Sangat biasa ketika Anda memiliki hewan yang terperangkap banjir atau kebakaran atau bencana, mereka benar-benar berkumpul dan tidak melakukan apa-apa," katanya.

"Teman saya telah melihat pasangan rubah dan kelinci yang melupakan naluri berburu mereka selama bencana alam," katanya.

Selasa, Januari 11, 2011

JET PEJUANG BUATAN INDIA

Pengeluar jet buatan India menyerahkan sebuah jet tempur kepada tentera udara negara itu semalam.

Penyerahan itu dibuat sebelum satu skuadron yang menggunakan jet tersebut beroperasi sepenuhnya pada 2013.

"Berada dalam kategori pesawat tempur ringan (LCA), jet Tejas dijangka diberikan kelulusan akhir operasi dalam masa dua tahun lagi dengan skuadron pertama dibentuk sama ada pada 2013 atau menjelang awal 2014," kata Ketua Tentera Udara India, Pradeep Naik.

Beliau bercakap selepas majlis penyerahan kelulusan awal operasi jet Tejas oleh Menteri Pertahanan India, A.K. Antony di sini semalam.


Buat permulaan, sebanyak 20 jet Tejas akan dibekalkan kepada tentera udara India di pangkalan udara Salur, selatan negeri Tamil Nadu sebagai pesawat tempur barisan hadapan.

Jet Tejas merupakan pesawat supersonik generasi keempat akan membentuk armada baru tentera udara yang mengandungi 200 jet pejuang bagi menggantikan jet pejuang lama MiG-21 buatan Rusia dalam tempoh dua dekad akan datang.

Berharga sekitar AS$46.3 juta (RM142.6 juta) sebuah, jet Tejas dengan satu tempat duduk boleh membawa pelbagai jenis peluru berpandu. - Agensi


Isnin, Januari 10, 2011

DI KALANGAN MANUSIA ADA BINATANG

Gambar Sumiati sebelum dan selepas kejadian

Sebuah pengadilan di Madinah, menghukum seorang wanita Arab Saudi yang menikam, memukul, dan mencederakan seorang tenaga kerja wanita (TKW) Indonesia dengan seterika panas hanya dengan tiga tahun penjara, lapor media negara itu, Isnin (10/1/2011).

Wanita majikan warga Arab Saudi itu, masih berkeras bahawa dia tidak bersalah dan dia tidak melakukan apa-apa pun yang mencederakan Sumiati binti Salan Mustapa, TKW berusia 23 tahun itu, lapor harian al-Watan. Perempuan tersebut dihukum berdasarkan surat keputusan kerajaan Saudi yang baru tentang anti-perdagangan manusia, lapor akhbar itu, yang mengutip seorang jurucakap bagi konsulat Indonesia, Abdulrahman al-Muhamadi. Muhamadi mengatakan, dia akan merayu, demi menuntut hukuman yang lebih adil.

Sumiati muncul di pengadilan minggu lalu dan menunjukkan kepada hakim kecederaannya, setelah dia gagal menghadiri sidang sebelumnya. Sementara perempuan Saudi itu ditangkap setelah ia didakwa memukul Sumiati sehingga kecederaannya sedemikian parah, sehingga tulangnya patah dan menderita pendarahan dalaman, serta menempelkan seterika panas di kepalanya lalu menikam dan menyayatnya dengan gunting.

Kes Sumiati mengguncang dan menimbul kemarahan badan-badan hak asasi manusia dan aktivis tenaga kerja yang melihat kes itu sebagai contoh kurangnya perlindungan bagi sebahagian besar jutaan pekerja pembantu rumah Asia, terutama di Arab Saudi dan negara-negara Teluk. Kementerian Tenaga Kerja Arab Saudi mengatakan pemerintahnya menyesali kes itu, tetapi menyebutkan kes itu sebagai kejadian terpencil.

November lalu, Sumiati menjalani pembedahan tetapi menurut seorang pegawai Konsulat Indonesia di Jeddah, Diddi Wahyudi, wanita itu akan memerlukankan pembedahan lanjutan.

(sumber :kompas.com)

.....wajarkah kes ini berlaku di sebuah negara Islam??? Pelakunya seorang Islam dan mangsanya juga seorang Islam!!! Jika kepada binatang sekalipun agama kita melarang melakukan kezaliman....inikan pula kepada sesama manusia....

Ahad, Januari 09, 2011

DERMA HARTA KEPADA RAKYAT


Bekas Presiden Korea Selatan Kim Young-sam tidak berniat mengumpulkan kekayaan atau mewariskan hartanya kepada anak-anaknya. Kim lebih me­mi­lih menyumbangkan seluruh hartanya kepada rakyat.

Menurut Kim, dia tidak akan hidup lebih lama lagi dan keka­yaannya tidak akan dibawa ma­ti. Itulah sebabnya dia ingin mem­berikan semua asetnya kepa­da masyarakat. “Semuanya selesai ketika kamu mati. Kamu tidak akan dapat hidup se­lamanya,” ujar Kim, Rabu (5/1/2011).

Kim tidak memberikan perincian mengenai sumbangan yang akan dia berikan. Namun, salah seorang pegawai Kim mengatakan, dia akan memberikan kediamannya di Seoul dan di Pulau Geoje ke­pada NGO yang diasaskannya.

Pegawai yang tidak ingin dise­butkan namanya itu juga me­nga­takan, rumah kelahiran Kim yang juga terletak di pulau Geoje akan di­berikan kepada pemerintah tempatan pulau tersebut. Dianggar­kan semua aset yang disum­bang­kan Kim bernilai lima juta won.

Kim ingin semua hartanya itu diberikan untuk kepen­tingan masyarakat, bahkan dia ti­dak memberikan kepada anak-anaknya. “Tidak perlu mem­berikan harta kepada anak-anak saya, saya fikir yang terbaik adalah memberikannya kembali kepada masyarakat,” ujar Kim.

Kim pernah memimpin Korea Selatan sebagai presiden dari tahun 1993 hingga 1998. Kim mencatat sejarah sebagai orang awam per­tama yang menjadi presiden se­telah Korea Selatan diperintah oleh junta tentera selama berpuluh tahun.

Selain Kim Young-sam, pada 2009 Presiden Korea Selatan sekarang ini, Lee Myung-bak juga menyatakan dia akan menyumbang seluruh kekayaannya setelah dia meng­akhiri jawatannya.

Harta kekayaan Lee yang di­anggarkan bernilai 33.1 juta won akan digunakan untuk program biasiswa. “Semua keun­tungan saya, yang saya kum­pul­kan melalui kerja keras seumur hidup, sangat berharga bagi saya. Saya telah lama memikirkannya, bahawa sangat baik jika keka­yaan saya digunakan dengan cara yang baik untuk masyarakat,” ujar Lee.

Sabtu, Januari 08, 2011

ROBOT MENGAJAR BAHASA INGGERIS


Di Korea Selatan, robot digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris kepada kanak-kanak sekolah dasar. Sebagai tahap awal, Korea Institute of Science and Technology mengeluarkan 29 buah robot untuk mengajar di 21 sekolah dasar di kota Daegu, Korea Selatan.

Robot setinggi kira-kira 1 meter itu memiliki layar television datar yang menampilkan gambar berupa seorang wanita kulit putih. Robot ini boleh membacakan buku, memimpin lagu, dan mengatur permainan.

Robot ini dikendalikan oleh guru bahasa Inggeris yang berlokasi di Filipina. Sistem pengendali secara on-line membuatkan guru itu boleh melihat dan mendengar murid-muridnya di Korea. Sistem itu juga mampu memaparkan ekspresi wajah guru dan menirukan ekspresi itu di layar television.

Tujuan penggunaan robot ini adalah untuk mengurangkan kos menghantarkan tenaga pendidik ke daerah pedalaman. Sukar untuk mendapatkan guru yang mahu mengajar di pedalaman di Korea Selatan dan tenaga pengajar bahasa Inggeris dari luar negara pula lebih tertarik untuk berpindah ke Jepun kerana tawaran gaji yang lumayan.

Penggunaan robot juga bertujuan untuk merangsang industri robotik di Korea Selatan dan mereka mengakui sistem ini masih tahap awal.

Sumber: kompas.com

Khamis, Januari 06, 2011

MENGANUT ISLAM KERANA BABI

Gambar hiasan


Waktu menunjukkan pukul 10.00 pagi di Beijing, China. Waktu solat Jumaat masih tiga jam lagi. Seorang lelaki kelihatan mendekati masjid.

Lelaki itu sejenak berdiri ragu-ragu di hadapan masjid. Ada rasa enggan untuk melangkah kaki ke dalam masjid, apatah lagi setelah melihat tulisan di pintu gerbang masjid yang tertulis dalam bahasa Cina, Inggeris dan Arab berbunyi "Hanya untuk Muslim."

Tapi lelaki itu menepis keraguannya dan memberanikan diri memasuki masjid.

"Ada apa yang boleh saya bantu?" tiba-tiba seorang lelaki menyapanya, imam masjid itu.

"Saya ingin menjadi seorang Muslim," ujar lelaki yang disapa.

Imam masjid tersenyum dan menyambut lelaki yang ingin masuk Islam itu. Dia membawanya ke pejabat "Komuniti Muslim" yang terletak berhampiran bangunan masjid. Imam tersebut menghulurkan tiga buah buku kecil tentang Islam. Dia mahu supaya lelaki itu terlebih dahulu mempelajari tentang agama Islam, agama yang ingin dianutinya.

Lelaki muda itu ternyata bukan hanya membaca semua buku tersebut, tetapi membaca banyak buku lain tentang Islam. Dia pun sering mengajak beberapa imam di masjid untuk berdiskusi dan bertukar fikiran untuk membuktikan bahawa dia tahu apa yang ingin dia lakukan.

Akhirnya, seorang imam memimpinnya mengucapkan dua kalimat syahadah dan lelaki muda itu rasmi menjadi seorang Muslim.

Lelaki itu adalah Jang, yang setelah masuk Islam menukar namanya menjadi Salim. Setelah bersyahadah, Salim menceritakan mengapa dia ingin menjadi seorang Muslim.

"Semuanya bermula dari daging babi," kata Salim sambil tersenyum.

Ajaran Islam memberi panduan yang lengkap kepada umatnya tentang makanan, termasuk larangan makan daging babi, mendorong rasa ingin tahu Salim dan menarik perhatiannya untuk mengkaji lebih jauh tentang Islam.

"Saya meneliti majalah-majalah perubatan dan membaca banyak buku untuk mencari jawapannya," ujar Salim.

Dia menemukan jawapannya mengapa Islam mengharamkan daging babi. Islam memandang babi sebagai najis kerana haiwan ini memakan segala atau omnivor. Babi tidak membezakan antara daging atau tumbuhan dalam kebiasaan makannya. Berbeza dengan lembu atau kambing misalnya, yang hanya memakan tumbuhan. Para ilmuan juga mengatakan bahawa memakan daging babi, boleh menjadi penyebab 70 jenis penyakit kepada manusia.

"Saya menemui kesimpulan yang sama dalam perubatan tradisonal Cina yang tidak mengesyorkan makan daging babi dan menyebutnya sebagai daging yang paling tidak sihat dan berbahaya," kata Salim.

Atas pengalamannya itu, Jang tertarik dengan agama Islam dan memutuskan untuk masuk Islam. Dia kini menjadi sebahagian dari masyarakat Muslim di China yang menurut data rasmi jumlahnya lebih dari 30 juta orang.

Islam sudah tersebar ke negeri Cina melalui para pedagang, di era Dinasti Tang sekitar 1300 tahun yang lalu. Bahkan catatan sejarah ada yang menyebutkan bahawa sahabat-sahabat Rasulullah pernah mengunjungi China.

Meskipun masyarakat Muslim di China cukup besar, mereka kerap menjadi sasaran penindasan dan diskriminasi pemerintah China yang berfahaman komunis. Tetapi tiada siapa pun yang dapat menghalang cahaya Islam dan hidayah yang Allah Swt berikan kepada hambaNya. Jang atau Salim adalah salah satu daripada contohnya. Dia mendapat hidayah ke jalan yang benar dengan latar belakang yang unik, hanya kerana masalah daging babi.

Selasa, Januari 04, 2011

ADAKAH ANDA DILANDA INSOMNIA??


ALOR SETAR, 4 Jan (Bernama) -- Individu, yang mengalami insomnia atau masalah gangguan tidur daripada segi kuantiti dan kualiti, melebihi sebulan perlu mendapatkan rawatan yang betul, kata seorang perunding perubatan.

Pakar Perunding Perubatan Tingkah Laku Neuro, Kedah Medical Centre (KMC), Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud berkata masalah insomnia boleh menjejaskan aktiviti harian individu berkenaan.

Beliau berkata mencari punca sebenar fenomena insomnia perlu dilakukan sama ada ia disebabkan oleh penyakit fizikal seperti lelah dan tiroid atau penyakit jiwa akibat kemurungan, kerisauan dan skizofrenia.

Katanya pengambilan ubat tidur secara berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti ketagihan atau kurang keberkesanan ubat apabila diambil pada dos biasa.

"Oleh itu jangan terus makan ubat, yang lebih utama adalah mencari dan mengatasi punca sebenar masalah tersebut terlebih dahulu," katanya kepada Bernama.

Dr Wan Rushidi berkata seseorang itu perlu mengamalkan 'sleep hygiene' iaitu mempunyai suasana tidur bersesuaian dan mematuhi masa tidur sebaik mungkin supaya ia menjadi rutin harian.

Setiap individu, katanya perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan bersenam, minum susu, berendam air suam sebelum tidur, tidak makan berlebihan sebelum tidur, mengurangkan gangguan bunyi dan memalapkan lampu.

Jumlah masa tidur yang diperlukan bergantung kepada peringkat umur individu iaitu antara 14 hingga 16 jam bagi bayi, kanak-kanak (11-12 jam), remaja (tujuh-lapan jam), dewasa (enam-tujuh jam) dan lima hingga enam jam bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas, katanya.

Dr Wan Rushidi berkata antara sebab-sebab insomnia adalah stres akibat sesuatu masalah, tekanan di tempat kerja, masalah rumah tangga, kekecewaan atau putus hubungan cinta dan masalah gangguan jiwa.

Antara punca lain adalah perubahan zon masa, penyakit fizikal dan pengambilan minuman yang mengandungi kafein berlebihan.

"Fenomena insomnia menyebabkan seseorang itu berasa letih, lesu dan tidak dapat memberi tumpuan sewajarnya di rumah, di sekolah atau di tempat kerja. Seseorang juga boleh menjadi cepat marah, rasa mengantuk pada waktu siang," katanya.

Beliau berkata dianggarkan kira-kira 10 hingga 15 peratus individu di dunia mengalami masalah insomnia kronik dan daripada jumlah itu 20 hingga 35 peratus dialami oleh warga tua dan golongan wanita.

-- BERNAMA

Ramai orang dilanda insomnia sekarang ni ...
....insomnia sebaik sahaja masuk tahun 2011.... mengapa tidak!!!! barang-barang naik harga....minyak naik harga..... yuran sekolah naik juga.... tapi gaji macam tu juga.... itu tekanan hidup rakyat biasa....






Isnin, Januari 03, 2011

PENGHARGAAN DARIPADA KERAJAAN KELANTAN



KELANTAN HADIAH RUMAH KEPADA KHAIRUL FAHMI

KOTA BHARU, 3 Jan:
Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM.

Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.

Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.

Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.

Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.

Harakahdaily.net

Ahad, Januari 02, 2011

PULAU PINANG AKAN BINA UNIVERSITI DI PENANTI


PENANTI, 2 Jan: Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan sebuah universiti di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dalam tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman berkata demikian selepas menyerahkan bantuan keperluan persekolahan kepada golongan yang tidak berkemampuan di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi.

Ketika ditemui beliau berkata, adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi masyarakat negeri ini untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

"Lokasi kawasan telah pun dikenal pasti. Segala perkara berkaitan dengan penubuhan insititusi tersebut sudah pun berada pada peringkat terakhir. Kita sekarang berada dalam proses pembangunan sahaja.

"Selain dari universiti dalam kawasan Penanti yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri juga akan mewujudkan sebuah lagi institusi yang akan memberi fokus kepada pembangunan ummah yang dikenali sebagai Yayasan Islam Pulau Pinang," tegasnya lagi.

Tambahnya, dengan kewujudan institusi tersebut, ia membuktikan kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang.

Difahamkan, yayasan yang akan beroperasi awal tahun ini, akan memberi penekanan kepada keperluan masyarakat Islam seperti pendidikan, ekonomi dan sosial.

“Kita bukan saja mahu masjid berperanan sebagai tempat ibadah, tetapi juga merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat yang menitikberatkan ilmu agama semata-mata, tetapi juga membuka ruang sebagai tempat untuk meningkatkan ekonomi dan membentuk peribadi atau pembangunan insan, " katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Penanti, optimis apa yang termaktub dalam manifesto pilihan raya yang lalu bagi mewujudkan institusi ini ternyata berjaya direalisasikan sepertimana yang dinyatakan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Harakahdaily/-

Sabtu, Januari 01, 2011

CARA WARGA ACHEH MENYAMBUT TAHUN BARU 2011



SONGSONG TAHUN BARU 2011 Aceh Larut Dalam Zikir

BANDA ACEH - Menyongsong Tahun Baru 2011, ribuan warga Aceh, Kamis (30/12) sore, larut dalam doa dan zikir akbar yang dilaksanakan di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh. Selain diikuti ribuan warga, doa yang dipimpin ulama bermazhab Syafii dari Republik Yaman, Habib Umar bin Hafizh itu juga ikuti 200 ulama dari seluruh Aceh dan ratusan habib dari seluruh Indonesia. Doa yang dilantunkan ulama besar itu dimaksudkan agar masyarakat Indonesia, khususnya Aceh, dijauhkan dari segala marabahaya dan diberkahi Allah kebaikan dan rahmat yang melimpah.

Ketua Panitia Zikir Akbar, Teungku Tarmizi M Daud, menyebutkan, zikir dan doa bersama itulah yang seharusnya dicontoh dan dilakoni seluruh umat Islam di dunia saat menyongsong tahun baru masehi, demikian pula pada tahun baru hijrah. Jadi, menyambut pergantian tahun bukan dengan cara berfoya-foya atau menunjukkan sifat euforia (perasaan gembira berlebihan), maupun dalam bentuk kegiatan yang bisa mendatangkan pengaruh setan.

“Momentum tersebut juga bisa kita manfaatkan untuk mengintrospeksi diri agar menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya,” sebut Tarmizi. Menurutnya, zikir akbar tersebut juga diikuti dengan pertemuan (multaka) ulama Aceh, baik dari kalangan Nahdlatul Ulama (NU) maupun Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA) yang dilangsungkan di Asrama Haji, Banda Aceh, nanti malam.

Dengan doa dan zikir akbar itu, ungkap Teungku Tarmizi, diharapkan tahun 2011 yang akan dijelang lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelumnya dan senantiasa dalam rida Allah. Kegiatan doa dan zikir akbar itu bertajuk: Aceh berzikir, nanggroe bermartabat dan bersyariat. “Antusiasme ribuan warga mengikuti doa dan zikir akbar ini luar biasa. Ini karena di dalam jiwa masyarakat Aceh umumnya telah tertanam nilai Islam yang cukup kuat. Yang diperlukan saat ini hanyalah dukungan pemerintah dalam upaya penegakan syariat Islam secara kafah di Aceh,” ungkap Tarmizi.

Silaturahmi
Menurutnya, kedatangan ulama dari Yaman itu tulus keinginannya sendiri. Sebab, Habib Umar bin Hafizh ingin menyaksikan langsung bagaimana Aceh bersyariat Islam. Tujuannya lainnya datang ke Aceh adalah untuk bersilaturahmi langsung dengan para ulama Aceh. “Beliau juga ingin ziarah ke makam para syuhada dan mengunjungi tempat-tempat bersejarah di Aceh,” sebut Tarmizi. Wakil Gubernur Aceh (Wagub), Muhammad Nazar yang menyampaikan kata sambutan dalam bahasa Arab, meminta para ulama di seluruh dunia bersatu dalam menyelesaikan berbagai persoalan yang dihadapi umat Islam selama ini. “Bagi umat muslim dan dunia yang sedang dirundung berbagai persoalan saat ini, perlu dorongan ulama dalam menyelesaikannya,” sebut Nazar.

Wagub mengaku prihatin dengan perpecahan yang dialami umat Islam selama ini, karena saling mengaku bahwa ajaran merekalah yang paling benar serta adanya degradasi moral yang memkhawatirkan terjadi di tengah umat Islam sekarang. “Setiap masalah yang dihadapi oleh sebuah negara Islam, dianggap seperti belum menjadi tanggung jawab bagi negara Islam lainnya untuk membantu dan menyelesaikannya. Padahal, mayoritas penduduk dunia ini beragama Islam. Seharusnya mereka bersaudara, bukan membiarkan begitu saja tanpa ada upaya apa pun,” ungkap Nazar. Ia mengharapkan ulama menjadi sosok pemersatu umat yang mulai terpecah belah saat ini dengan cara kembali secara bersama-sama meningkatkan frekuensi dan kualitas pendidikan moral bagi generasi muda Islam, khususnya di Aceh. (mir)

m.serambinews.com