SAHABAT :

Isnin, November 29, 2010

SENARAI 10 JALAN PALING BAHAYA


Berikut ini adalah daftar 10 jalan paling berbahaya yang terdapat di muka bumi ini, dari yang berada di pegunungan hingga kepada jalan yang sangat sukar membuat para pengendara harus berhati-hati apabila melewati jalan-jalan ini.

Jika anda yang kebetulan saja nanti berada di daerah-daerah ini, berhati-hatilah!!!

1. The Death Road (Bolivia)
Jalan Yungas Utara atau dikenali sebagai "Jalan Maut",jalan sepanjang 61-69 km ini menghubungkan La Paz to Coroico ( Ibukota Bolivia) dan wilayah hutan Amazon di Yungas Bolivia. Statistik menunjukkan, jalan ini memakan korban antara 200-300 mangsa setiap tahun




2. Guoliang Tunnel Road (China)
Berlokasi di pegunungan Taihang, wilayah Hunan, China. Jalan di gunung Taihang ini dibina oleh penduduk setempat, memakan masa selama 5 tahun untuk menyiapkan terowong sepanjang 1200 m dengan ketinggian 5 meter serta lebar 4 meter ini. Sejumlah penduduk tempatan terbunuh dalam pelaksanaan pembinaannya, namun hal tersebut tidak menggugatkan tekad mereka. Dan akhirnya pada tarikh 1 Mei 1977 terowong ini dibuka untuk lalulintas umum.



3. Ruta 5: Arica to Iquique Road (Chile)
Jalan yang menghubungkan antara Arica dan Iquique ini termasyhur kerana bahayanya. Jalan ini juga terletak tepat di atas dasar lembah yang tinggi, di dasarnya akan banyak terlihat bangkai - bangkai kenderaan. Cuaca panas di daerah ini juga berbahaya kerana menyebabkan halusinasi fatamorgana.



4. Siberian Road to Yakutsk (Russia)
Jalan Umum Russia ini terletak di Yakutsk, daerah dengan suhu dingin yang ekstrim. Yang membuat jalan ini berbahaya adalah cuaca dan keadaan jalan yang tidak beraspal. Apabila salji turun ia menjadikan jalan ini sangat licin dan pandangan yang terbatas. Manakala pada musim hujan pula akan menyebabkan kenderaaan terperangkap dalam lumpur. Apabila banyak kenderaan terperangkap di dalam lumpur, banyak kejadian jenayah berlaku di sini.



5. Sichuan-Tibet Highway (China)
Di China, angka kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalanraya meningkat dua kali ganda sejak 20 tahun terakhir ini. Jalan sepanjang 2,412 km yang menghubungkan Sichuan dengan Lhasa tibet ini sering terjadi longsoran batu dan tanah, dan hal ini adalah perkara biasa berlaku di sana.



6. James Dalton Highway (Alaska)
Jalan gravel (kerikil) sepanjang 414 batu ini menyeberangi Tundra Arktik yang terkenal dengan alam semulajadi yang liar serta jarang penduduknya. Jangan harap anda boleh melewati jalur ini tanpa bahan bakar alternatif, persediaan makanan, radio CB, roda tambahan serta kenderaan pacuan 4 roda(4WD)



7. Patiopoulo-Perdikaki Road (Greece)
Jalan beratu kerikil dan sempit antara Patiopoulo dan Perdikaki ini banyak terdapat tanjakan dan turunan yang curam serta banyak lubang di jalurnya. Ramai pengendara terbunuh di sini setiap tahun, dan lebih berbahaya pada waktu malam.



8. Trollstigen (Norway)
Troolstigen yang bererti (tangga trool). Jalan ini meskipun berbahaya, sempit dan banyak selekoh tajam, namun ia menjadi tempat tumpuan pelancong. Di puncak bukit terdapat kawasan lapang yang luas tempat meletak kenderaaan.



9. The A682 Road (England)
Jalan A682 antara Junction 13 dan M65 Long Preston adalah jalan terburuk di England. Sudah mencatat 100 kemalangan maut dalam 10 tahun ini dan 22 kemalangan ngeri dalam tiga tahun ini dan dua di antaranya kemalangan maut. Statistik menunjukkan bahawa setiap 10 batu jalan ini mencatatkan 0.5 angka kematiannya secara purata. Daerah ini menjadi tumpuan bagi para penunggang basikal dan motorsikal.



10. Stelvio Pass Road Trollstigen(Italy)
Jalan beraspal tertinggi di pegunungan Aspen timur,dan tertinggi kedua di Alps setelah Col de l'Iseran (2770 m). Stelvio Pass Road menghubungkan Valtellina dengan lembah atasnya (Adige valley dan Merano). Jalan ini berlokasi di Italian Alps, dekat Bormio dan Sulden, 75 km dari Bolzano, berhampiran dengan sempadana Switzerland.

Jumaat, November 19, 2010

CHEF FARID : TEKNIK MENGETAHUI KEK YANG DICAMPUR ARAK


Chef Farid

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalaupernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Khamis, November 18, 2010

ZON MENUTUP AURAT

Sebenarnya seluruh mukabumi Allah ini adalah zon menutup aurat, bumi ini dijadikan oleh Allah dan perintah menutup aurat juga datangnya dari Allah, maka sesiapa yang ingin terus berada di atas muka bumi ini.... hendaklah mematuhi perintah tuan punya bumi ini, jika tidak... carilah bumi lain wahai orang-orang yang enggan menutup aurat.
Tanda-tanda akhir zaman ialah zon menutup aurat dikecilkan hanya kawasan masjid sahaja....dizonkan pada pandangan manusia...diluar kawasan masjid jutaan manusia tidak menutup aurat dengan sempurna, kadang-kadang manusia durjana yang degil ini tanpa segan silu memasuki kawasan masjid tanpa menutup aurat....papan tanda seperti yang anda lihat terdapat di kebanyakan kawasan masjid untuk memberi amara kepada manusia-manusia dari jenis ini.....

Jumaat, November 12, 2010

JANGAN TERSALAH PILIH


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).
- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

..... diriwayatkan bahawa di akhirat nanti ketika manusia berkumpul di Padang Mahsyar dalam keadaan bersangatan dahaga, umat Nabi Muhammad yang kelihatan kesan-kesan wudhu' pada wajah mereka lantaran wajah mereka bercahaya, menandakan mereka ahli ibadat .... mereka diseru dan dijemput oleh Nabi untuk minum di telaga Kauthar yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad dan umatnya .....

Maka berebut-rebutlah mereka ke telaga tersebut untuk mendapatkan minuman .... tetapi sebahagian daripada mereka dihalau oleh malaikat daripada mendekati telaga tersebut...

Lalu Nabi bertanya :"mengapa mereka dihalang??"
Malaikat menjawab :"Wahai Nabi... walaupun mereka ini ahli ibadat, tetapi ketika di dunia, mereka berbuat inaya .... mereka tidak membesarkan sunnahmu... mereka bersekongkol memilih pemimpin yang zalim .... mereka menyokong kezaliman..."
Lalu Nabi berkata : "Pergilah kamu semua dari sini..."

Selasa, November 09, 2010

KELEBIHAN SOLAT DI AWAL WAKTU


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Sumber : Laman Portal ILoveIslam

..... sering kali bila tiba waktu solat, kita ketinggalan untuk solat di awal waktu, pada masa inilah iblis dan syaitan memainkan peranan untuk melewat-lewatkan solat dengan disibukkan kita dengan berbagai urusan ....
perhatikan .... perkara ini mungkin berlaku di rumah kita , ketika tiba waktu solat yang pendek tempohnya seperti maghrib dan subuh .... pada waktu maghrib kadang-kadang kita terlewat solat gara-gara anak-anak kita yang ramai bergilir-gilir menggunakan bilik air , si isteri pula terlewat solat maghrib kerana sibuk membasuh pinggan mangkok atau menyapu sampah .... mengapa waktu ini kita sibuk .... itulah peranan iblis.... kita disibukkan di waktu solat yang pendek tempohnya ....

Jumaat, November 05, 2010

TEWAS DALAM PERJUANGAN ADALAH UJIAN ALLAH



Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh-sungguh) beriman [139].

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah mendapat luka yang sama (dalam perang Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan). kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim [140].

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir [141].

Atau adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? [142]


Menang dan kalah dalam perjuangan selalu digilirkan oleh Allah swt, adakalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah. Kekalahan dalam perjuangan bukan bererti kita akan kalah selama-lamanya, begitu juga menang. Kemenangan yang dicapai juga bukan bererti kemenangan selama-lamanya, akan ada giliran untuk kalah dan untuk menang. Tidak ada satu kuasa politik di atas muka bumi ini yang kekuasaannya akan kekal selama-lamanya.

Perjuangan yang menempuh kekalahan bukan juga bererti Islam itu kalah. Sebagai pejuang kita mesti positifkan kekalahan yang berlaku di Galas dengan membuka minda dan hati kita secara terbuka dan meluas untuk mencari hikmah kekalahan.

Carilah hikmah kekakalahan untuk memperbaiki segala kelemahan, muhasabah atau post mortem hendaklah di buat seikhlasnya, bukan untuk menuding jari sesiapa sahaja samada yang seangkatan atau yang bermusuhan. Hasil post mortem hendaklah terus diambil tindakan untuk mencari titik mula perjuangan yang akan datang tanpa berlengah.

Biarlah mereka berkokok meraikan kemenangan berhari-hari. Pekakkan sahaja telinga, akui realitinya di samping memuhasabah diri. PAS sudah kaya pengalaman dengan sering ditimpa kekalahan. Pimpinan pula mesti berpandangan jauh, terbuka minda dan berlapang dada terhadap sesiapa sahaja yang mengkritik dengan tujuan membina.

Saf kepimpinan hendaklah dirapatkan, hubungan pimpinan dan ahli hendaklah ditautkan. Para petugas hendaklah diraikan, mereka sanggup meninggalkan anak isteri dengan segala keselesaan untuk menginap di tempat yang kurang selesa demi perjuangan.

Kita wajar mengakui hubungan perjuangan antara pimpinan dan ahli memang wujud sekadar memenuhi disiplin berjamaah semata-mata, tetapi hubungan hati yang boleh sampai ke tahap ukhuwwah fillah belum tentu wujud dalam hati sanubari mereka.

Saya percaya, ada pimpinan yang sekalipun bertemu dengan para petugas yang meninggalkan anak isteri berminggu-minggu ditanya khabarnya, anak-anaknya, kebajikannya dan sebagainya.

Ini semua boleh mencetuskan keikhlasan yang mendalam yang juga menjadi antara pra syarat untuk Allah swt menganugerahkan kemenangan selain pra syarat yang lain.

Semuga kekalahan di Galas akan mengajar kita arti perjuangan yang sebenar, pengorbanan dan keikhlasan. Contohi sirah perjuangan para anbiya', para sahabat dan para mujahid sepanjang zaman yang memperlihatkan kualiti perjuangan yang tinggi.

Sultan Muhammad Al Fateh menjadikan ungkapan "Konstantinople akan jatuh di tangan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan raja yang baik". Ini adalah kata-kata yang diungkapkan oleh Rasulullah saw kepada para sahabat. Sultan Muhammad Al Fateh membina dirinya menjadi pemimpin yang terbaik dalam semua aspek, tenteranya ditarbiyyah dengan tarbiyyah Qur'ani, begitu juga seluruh rakyatnya.

Berbekalkan ini disamping strategik perang yang cukup licik, akhirnya kota yang menjadi kemegahan kerajaan Byzantium berjaya ditumbangkan oleh Sultan Muhammad Al Fateh.

Modul perjuangan inilah yang wajar diteladani bagi membangkitkan semangat perjuangan.


http://misabah.blogspot.com


....kadang-kadang pejuang Islam ditakdirkan Allah menerima kekalahan supaya mereka lebih dekat kepada Allah... betapa jatuh bangun... jaya atau gagal sesuatu perjuangan atas kehendak Allah.... bukannya kudrat kita yang menentukan....
yakinlah.... "apabila datang kebenaran... kebatilan pasti akan hancur..."

Selasa, November 02, 2010

HAMBA YANG DIKASIHI DAN DIBENCI ALLAH

Gambar hiasan

Sabda Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra yang bermaksud :
"Jika sesungguhnya Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril seraya berfirman, 'sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia'. Jibril pun mencintainya, kemudian menyeru di langit, 'sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia'. Maka penduduk langit pun mencintainya, kemudian dia mendapat penerimaan di dunia.

"Jika Dia membenci seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril seraya berfirman, 'sesungguhnya Aku membenci si polan, maka bencilah dia'. Jibril pun membencinya dan kemudian menyeru kepada penduduk langit, 'sesungguhnya Allah membenci si polan, maka bencilah dia'. Maka penduduk langit pun membencinya, kemudian dia turut dibenci di dunia".

Isnin, November 01, 2010

ISLAM BERKEMBANG DI KALANGAN ORANG KULIT PUTIH


Tiga puluh tahun lalu, masyarakat Barat hanya mencatat beberapa nama yang memutuskan menjadi Muslim. Di antara nama-nama itu, ada juara tinju dunia, Muhammad Ali, atau legenda bola keranjang Karim Abduljabbar.

Beberapa tahun kemudian, beberapa nama pula muncul menjadi Muslim, antara lain Michael Jackson, Ice Cube, dan Snoop Dogg.

Semua berkulit hitam? Tidak juga. Saat ini, ramai juga orang kulit putih juga menjadi Muslim. Cat Steven, yang memutuskan menjadi Muslim pada tahun 1977 dan mengubah namanya menjadi Yusuf Islam.

Kini, Cat Steven bukan lagi satu-satunya lelaki kulit putih abad ini yang menjadi Muslim. The Sunday Times melaporkan saat ini ada sekitar 14 ribu warga British kulit putih yang menjadi Muslim. Di antara mereka, tercatat sejumlah orang ternama, antara lain Yahya Jonathan Birt, anak Lord Birt, mantan pemuka BBC, dan Emma Clark, cicit mantan Perdana Menteri England Herbert Asquith, yang membawa British dalam Perang Dunia I.

Beberapa individu lain memutuskan menjadi Muslim karena terinspirasi Charles Le Gai Eaton, mantan diplomat. Eaton, penulis buku Islam and the Destiny of Man, menyatakan banyak di antara warga kulit putih merindukan agama ‘yang tidak berkompromi terlalu banyak dengan materialisme dan carut-marut kehidupan modern’.

Namun tidak sedikit pula mereka yang menjadi Muslim melalui pintu “tali cinta”.Puteri Diana sebelum terbunuh akibat kemalangan juga dikatakan telah menganut Islam, setelah berhubungan rapat dengan anak jutawan British kelahiran Mesir, Mohamed Al-Fayed, bekas pemilik Harrods dan pemilik Fulham Football Club serta Hôtel Ritz Paris.

Kristiane Backer, mantan bintang MTV Europe, juga mengenali Islam dari kekasihnya, Imran Khan. Namun ia menjadi Muslim, hubungan mereka putus. Selain konsisten mempaktikkan ajaran Islam.

Selain selebriti, beberapa pengusaha terkemuka juga menjadi Muslim. Di antaranya adalah The Earl of Yarborough, yang memiliki estate yang luas di Lincolnshire. Ia memiliki nama Muslim Abdul Mateen.

Apa yang diharapkan... Islam berkembang bukan pada kuantiti sahaja... mudah-mudahan akan lahir penganut Islam yang berkualiti dan memperjuangkan Islam seperti Yusuf Islam...