SAHABAT :

Jumaat, Oktober 22, 2010

KEANGKUHAN FIR'AUN DAN BANGUNAN YANG TINGGI



Dan berkatalah Firaun : "Hai Haman buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta...." (al-Mu'min; 36-37).

Pada suatu hari, Firaun menitahkan para menteri serta pemimpin di Mesir berkumpul di istananya. Firaun mengeluarkan perintah kepada Haman supaya mengetuai pertemuan tersebut.

Firaun tidak berpuas hati dengan seruan Nabi Musa yang menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah. Firauan mahu semua rakyat menyembah dirinya sahaja. Dia mendakwa dirinya adalah tuhan yang memerintah seluruh alam.

Sebaik sahaja semuanya berkumpul, Firaun terus berkata : "Hai Haman, adakah aku ini seorang pendusta?"

"Tidak ada seorang pun yang berani menentang tuanku," kata Haman.

Firaun berkata dengan marah: "Tetapi Musa berani menentang aku. Musa pernah mengatakan bahawa ada Tuhan lain selain aku di langit."

"Wahai tuanku, sesungguhnya Musa itu berbohong," jawab Haman.

"Aku sudah mengetahui bahawasanya dia berdusta!"

Firaun menoleh ke arah Haman lalu mengeluarkan perintah kepadanya: "Aku mahu engkau membina sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit. Tingginya itu haruslah mencapai pintu-pintu langit. Aku hendak naik dan melihat bagaimanakah rupa Tuhan Musa itu. Bukankah Tuhan Musa itu berada di atas langit?"

"Aku akan melaksanakan perintah tuanku itu. Aku akan segera mengumpulkan jurutera-jurutera, beribu-ribu tukang kayu dan batu untuk membinanya," janji Haman kepada Firaun.

Setelah bertungkus lumus membina bangunan itu, maka siaplah bangunan yang tinggi hinggakan puncaknya tidak kelihatan. Sebaik sahaja bangunan itu siap, Firaun pun segera naik ke tingkat yang paling atas dan memerintahkan supaya di bawa anak panah kepadanya. Anak panah itu di panah ke arah langit. Dengan takdir Allah, anak panah itu kemudian terjatuh semula di hadapan Firaun. Anak panah itu berlumuran dengan darah. Padahal panah itu telah dicelupnya dengan darah sebelum dia memanah langit.

Dengan bangganya Firaun berkata : "Lihat, aku sudah pun membunuh Tuhan Musa. Tuhan Musa telah mati di tanganku. Aku yakin Musa adalah pendusta kerana dia mendakwa ada Tuhan di langit yang dapat menolongnya dan melantiknya sebagai Rasul."

Renunglah kisah ini... Fir'aun membina bangunan yang tinggi kerana ingin mencabar Tuhan...sifat angkuh yang bersarang dalam dirinya mendorong segala tindakannya...
Pemimpin-pemimpin dunia hari ini juga membina bangunan yang tinggi untuk menggambarkan pencapaian pemerintahannya yang hebat... mengatasi pemerintah sebelumnya... mereka berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi sebagai buah tangan dan jasa masing-masing.... semua ini adakah kerana satu keperluan atau keangkuhan????

Jumaat, Oktober 08, 2010

NASIHAT IMAM SHAFI'E RAHIMAHULLAH



  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI (Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi).

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH (Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk sola tmalam).

3. TIDUR PARA RAJA YANG TAMAK (Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan).

4. TIDUR SYAITAN (Menelungkup atau tertiarap seperti tidurnya ahli neraka).

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Khamis, Oktober 07, 2010

UMAR ABDUL AZIZ MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI

Gambar hiasan

Pada tahun 99 H, ketika berusia 37 tahun, Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi Khalifah Kerajaan Bani Umayyah berdasarkan surat wasiat Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Ketika diumumkan sebagai pengganti Sulaiman bin Abdul Malik, Umar berkata, ”Demi Allah, sesungguhnya aku tidak pernah memohon perkara ini kepada Allah walaupun sekali.”

Oleh itu, di hadapan rakyat setelah dibai'at dia berkata, ”Saudara-saudara sekalian, saat ini saya batalkan pembai'atan yang saudara-saudara berikan kepada saya, dan pilihlah sendiri khalifah yang kamu inginkan selain saya.” Umar ingin mengembalikan cara pemilihan kekhilafahan seperti yang diajarkan Nabi, bukan diwariskan secara turun-temurun. Tapi, rakyat tetap pada keputusan asal iaitu membai'at Umar bin Abdul Aziz.

Setelah menjadi Khalifah, Umar bin Abdul Aziz melakukan perkara-perkara yang tidak biasa dilakukan para khalifah Bani Umayyah sebelumnya.Para pegawai istana dan kerajaan terkejut luar biasa. Umar menolak kendaraan rasmi. Dia memilih menggunakan binatang tunggangan miliknya sendiri. Al-Hakam bin Umar mengisahkan, ”Saya menyaksikan para pengawal datang dengan kendaraan khusus kekhalifahan kepada Umar bin Abdul Aziz ketika dia diangkat menjadi Khalifah. Waktu itu Umar berkata, "Bawa kendaraan itu ke pasar dan juallah, lalu hasil penjualan itu simpan di Baitul Maal. Saya cukup dengan kenderaan ini saja (binatang tunggangannya sendiri).’”

..... lihatlah ketelusan dan rendah diri seorang khalifah di mana ketika memerintah, kerajaannya dikurniakan keberkatan oleh Allah... keamanan tersebar merata... pemimpin menjadi contoh kepada rakyat.... zuhud daripada ketamakan harta dunia... tidak berbangga dengan jawatan.... bukan rebutan dan dikawal untuk suku sakat ... kroni dan keluarga sendiri.... sebaliknya jawatan khalifah yang mentadbir negara dan urusan umat Islam adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul Jalil....