SAHABAT :

Isnin, September 06, 2010

VIDEO GAME ANTI ISLAM


Sebuah parti ekstrim kanan di Austria telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Parti yang kelihatan anti toleransi beragama itu memperkenalkan sebuah game online anti-Islam hanya untuk kepentingan menghadapi kempen pilihanraya negara tersebut.

Dalam permainan yang diberi nama ‘Moschee Baba’ atau ‘Bye-bye Masjid’ itu, pemain diharuskan menembak jatuh muazzin atau menara masjid dalam waktu 60 saat untuk mengumpulkan mata. Game yang dicipta oleh Parti Kebebasan (FPOe) itu digunakan untuk kempen menyokong Gerhard Kurzmann, calon anggota parlimen dari daerah Styria, Austria.

”Game Over, Styria sekarang penuh dengan menara dan masjid!” ujar Kurzman dengan nada provokatif di akhir permainan game tersebut, sambil meminta rakyat untuk memilihnya pada pilihanraya 26 September 2010 akan datang, dia cuba meniup sentimen keagamaan untuk mendapat sokongan masyarakat Styria yang majoritinya beragama Kristian.

Game itu sebenarnya sengaja dibuat untuk memprovokasi umat Islam dan akhirnya mencuri perhatian umum meniup kebencian terhadap umat Islam demi kelangsungan politiknya. Austria Press Agency melaporkan, di Styria tidak ada masjid dengan menara seperti digambarkan dalam game tersebut. Di bandar itu, lebih kurang 1.6 peratus penduduknya adalah Muslim kebanyakan berbangsa Turki dan hanya ada empat buah masjid.

Parti-parti politik yang bertoleransi dan mementingkan keamanan sejagat seperti Austria Sosial Demokrat dan Parti Hijau (Green Party) telah bergabung dan bersimpati kepada masyarakat Islam Austria untuk menyatakan bantahan serta mengutuk game tersebut. Akhirnya pihak berkuasa Austria bertindak bijak dengan mengharamkan sama sekali permainan tersebut.

.....di negara kita Malaysia... sentimen agama juga ditiup dan dimainkan untuk kepentingan politik, untuk menyekat pengaruh politik golongan tertentu.... orang bukan Islam dilarang memasuki ruang solat di surau dan masjid, individu tertentu dilarang memberi tazkirah dan kuliah agama, surau pernah dirantai adalah cerita dan isu-isu yang pernah kita dengar..... jika di Austria sentimen ini dilakukan oleh parti ekstrimnya.... di Malaysia siapa pula???

1 ulasan:

  1. tak kira apa jua alasan,Islam juga yang menjadi mangsa.Musuh islam tak pernah duduk diam untuk menghina agama suci ini.

    BalasPadam