SAHABAT :

Selasa, September 21, 2010

800 BUAH MASJID TERBUKA UNTUK NON-MUSLIM DI JERMAN


Dalam rangka memperkenalkan agama Islam dan aktiviti umat Islam Jerman kepada masyarakat, sekitar 800 buah masjid di Jerman dibuka kepada non-Muslim untuk mengenali Islam dan kehidupan umatnya.

Semua masjid-masjid ini memberi layanan dan panduan kepada para pengunjung non-Muslim. Dijelaskan juga kehidupan komuniti Muslim warga negara Jerman, aktiviti ekonomi dan maklumat-maklumat secara ringkas tentang asas ajaran Islam.

Isu yang sering dipersoalkan oleh non-Muslim adalah isu “terorisme” yang disematkan oleh Barat terhadap Islam dan umatnya, perihal toleransi beragama, juga tentang persoalan hijab atau menutup aurat bagi muslimah, sebagai identiti penganut Islam yang taat. Dan pada bulan Ramadan, dimanfaatkan juga oleh umat Islam Jerman untuk memperkenalkan bulan Ramadan, amal ibadat dan aktiviti umat Islam secara umum dan khusus pada bulan Ramadan.

Dilawati 90 Ribu Pengunjung

Marwan Azawi, selaku jurucakap Majlis Tertinggi Muslim Jerman mengatakan : “Dalam tempoh hari terbukanya masjid bagi non-Muslim itu, sekitar 90 000 pengunjung hadir di antara 800 masjid yang terdapat di seluruh Jerman. Mereka adalah para pemerhati dan orang yang bersimpati kepada Islam.”

“Setiap masjid mempersembahkan pengenalan Islam dengan cara yang berbeza sesuai dengan keperluan para pengunjung. Di antara aktiviti masjid-masjid itu ialah pameran atau stand pengenalan ajaran Islam, dengan gambar atau replika.”

Dan sepanjang bulan Ramadan masjid-masjid turut menyediakan majlis berbuka puasa bagi para pengunjung non-Muslim, dan juga bagi umat Islam Jerman yang berpuasa khasnya.

Di seluruh Jerman ada sekitar 2,500 buah masjid dan surau. Kebanyakan masjid dan surau itu dikendalikan oleh masyarakat Muslim berketurunan Turki, yang memang menjadi komuniti Muslim terbesar di Jerman.

Tercatat dalam sejarah, Islam mula masuk ke Jerman pada tahun 1739 M. Sehingga kini jumlah umat Islam di Jerman ialah 3.2 juta orang dari keseluruhan penduduk Jerman sebanyak 82.4 juta orang.

.....Anehnya di Malaysia... ada pihak-pihak tertentu cuba menghalang masyarakat non-Muslim daripada berjinak-jinak dengan masjid.... dilarang memasuki ruang solat walau pun mereka tidak berniat jahat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan