SAHABAT :

Isnin, September 27, 2010

AS PAKSI KEJAHATAN


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata, Amerika Syarikat (AS) memanfaatkan insiden 11 September sebagai alasan untuk menakluki Afghanistan dan Iraq.

Mahmoud berkata demikian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York yang menekankan jumlah angka kematian tentera dan orang awam yang kian meningkat akibat perang anti-keganasan dilancarkan AS di Afghanistan serta Iraq.

“Dilaporkan kira-kira tiga ribu orang menjadi mangsa serangan 11 September, namun ratusan ribu orang terbunuh di Afghanistan dan Iraq, jutaan lagi cedera serta hilang tempat tinggal dan konflik itu masih berterusan,” kata Mahmoud.

Beliau turut sangsi dakwaan kerajaan Amerika terhadap serangan 11 September yang dilakukan “kumpulan pengganas yang sangat berkuasa hingga mampu mengatasi semua tahap kawalan keselamatan dan perisikan AS itu. Menurutnya, walaupun AS mengemukakan pelbagai alasan tetapi banyak pihak percaya serangan itu didalangi kerajaan AS bagi memulihkan ekonomi yang semakin merudum dan cengkamannya di Timur Tengah dalam usaha untuk menyelamatkan regim Zionis. Presiden Iran itu berkata, langkah AS mengerah angkatan tentera ke Afghanistan dan Iraq untuk berperang hingga mengakibatkan ratusan ribu orang terkorban semata-mata sebagai perang terhadap kumpulan pengganas nyata tidak rasional.

Mahmoud turut mengecam isu penaklukan Israel ke atas beberapa wilayah Palestin melalui tindakan ganas rejim Zionis terhadap penduduk Gaza dan Lubnan yang disokong dunia Barat. “Kehidupan rakyat Palestin yang hilang hak kebebasan dan keselamatan selama 60 tahun di bawah undang-undang rejim Zionis tidak dihiraukan sementara penakluk yang angkuh diberi pengiktirafan,” ujar Mahmoud.

.....Hanya Iran yang berani bersuara di PBB dengan lantang mengutuk kejahatan AS dan regim Israel... mana suara negara Islam lain... negara Islam yang menjadi pengerusi OIC.... pedulikan Islamiphobia... pemimpin seperti Ahmadinejad yang dunia Islam perlukan... bukannya bermuka-muka dengan kafir Amerika untuk menghapuskan Islamiphobia....

Khamis, September 23, 2010

PAKSI KEBANGKITAN ISLAM

Turkey dan Iran adalah dua buah negara Islam yang dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berjiwa Islam, Presiden Abdullah Gul di Turkey dan Presiden Ahmadinejad di Iran kelihatan sedang mengorak langkah membentuk kerjasama di antara kedua-dua buah negara. Tidak dinafikan kedua-dua negara ini mempunyai sejarah permusuhan dan ketegangan di sempadan bersama di mana wilayah Kurdis menjadi zon penampan antara mereka, namun di era Abdullah Gul dan Ahmadinejad ini, permusuhan itu diketepikan, Turkey mula memadam nama Iran sebagai salah satu ancaman kepada keselamatan negaranya. Hal ini amat menggusarkan Barat apalagi Israel yang menjadi musuh kepada kedua-dua negara ini....

Kemampuan Iran untuk membangunkan senjata nuklear dan kemampuan ketenteraan serta teknologi persenjataan Turkey dilihat kedua-dua negara ini mampu menjadi paksi kebangkitan Islam untuk menggerunkan musuh-musuh Islam khususnya Israel yang sekian lama menindas rakyat Palestine tanpa pembelaan negara-negara Islam yang diberi kekayaan oleh Allah dengan hasil "emas hitamnya" seperti Arab Saudi, Kuwait, UAE dan sebagainya...

Umat Islam seluruh dunia boleh bergantung harap agar kedua-dua negara yang dipimpin oleh dua orang pemimpin yang berjiwa Islam ini menjadi tonggak dan paksi kebangkitan semula kekuatan dan empayar Islam.... kepada siapa lagi yang boleh kita harapkan... OIC?? Arab Saudi?? Indonesia dengan rekod penduduk Islam teramai di dunia?? Senarailah seluruh negara-negara umat Islam di dunia ini.... pemimpin mereka sendiri menjadi penghalang kepada kebangkitan Islam... kerana mereka jahil agama, cintakan dunia, malah bersekongkol dengan Yahudi yang memusuhi Islam....

Ketegasan kedua-dua pemimpin ini ketika berhadapan dengan Israel dalam sebarang isu menggembirakan dan memberi sinar kekuatan kepada pejuang-pejuang Islam seperti Hamas dan Hizbullah yang selama ini dilihat bersendirian menentang kekejaman Israel... kebaculan negara-negara Arab... OIC dan negara-negara Islam lain menyebabkan Islam diremehkan dan tidak digeruni....

Kedua-dua bangsa ini menempuh sejarah yang panjang sebagai bangsa yang mulia dan ditinggikan darjat mereka kerana mereka memilih Islam.... lalu mereka berjuang mengagungkan Islam di masa silam... sejarah ini akan berulang.....

Selasa, September 21, 2010

800 BUAH MASJID TERBUKA UNTUK NON-MUSLIM DI JERMAN


Dalam rangka memperkenalkan agama Islam dan aktiviti umat Islam Jerman kepada masyarakat, sekitar 800 buah masjid di Jerman dibuka kepada non-Muslim untuk mengenali Islam dan kehidupan umatnya.

Semua masjid-masjid ini memberi layanan dan panduan kepada para pengunjung non-Muslim. Dijelaskan juga kehidupan komuniti Muslim warga negara Jerman, aktiviti ekonomi dan maklumat-maklumat secara ringkas tentang asas ajaran Islam.

Isu yang sering dipersoalkan oleh non-Muslim adalah isu “terorisme” yang disematkan oleh Barat terhadap Islam dan umatnya, perihal toleransi beragama, juga tentang persoalan hijab atau menutup aurat bagi muslimah, sebagai identiti penganut Islam yang taat. Dan pada bulan Ramadan, dimanfaatkan juga oleh umat Islam Jerman untuk memperkenalkan bulan Ramadan, amal ibadat dan aktiviti umat Islam secara umum dan khusus pada bulan Ramadan.

Dilawati 90 Ribu Pengunjung

Marwan Azawi, selaku jurucakap Majlis Tertinggi Muslim Jerman mengatakan : “Dalam tempoh hari terbukanya masjid bagi non-Muslim itu, sekitar 90 000 pengunjung hadir di antara 800 masjid yang terdapat di seluruh Jerman. Mereka adalah para pemerhati dan orang yang bersimpati kepada Islam.”

“Setiap masjid mempersembahkan pengenalan Islam dengan cara yang berbeza sesuai dengan keperluan para pengunjung. Di antara aktiviti masjid-masjid itu ialah pameran atau stand pengenalan ajaran Islam, dengan gambar atau replika.”

Dan sepanjang bulan Ramadan masjid-masjid turut menyediakan majlis berbuka puasa bagi para pengunjung non-Muslim, dan juga bagi umat Islam Jerman yang berpuasa khasnya.

Di seluruh Jerman ada sekitar 2,500 buah masjid dan surau. Kebanyakan masjid dan surau itu dikendalikan oleh masyarakat Muslim berketurunan Turki, yang memang menjadi komuniti Muslim terbesar di Jerman.

Tercatat dalam sejarah, Islam mula masuk ke Jerman pada tahun 1739 M. Sehingga kini jumlah umat Islam di Jerman ialah 3.2 juta orang dari keseluruhan penduduk Jerman sebanyak 82.4 juta orang.

.....Anehnya di Malaysia... ada pihak-pihak tertentu cuba menghalang masyarakat non-Muslim daripada berjinak-jinak dengan masjid.... dilarang memasuki ruang solat walau pun mereka tidak berniat jahat....

Isnin, September 13, 2010

HARI RAYA KE-3 DENGAN BUAH DOKONG

Hari Raya ke-3... pergi menziarahi bapa saudara di Kg. Lubuk Merbau, Kuala Nerang, Kedah... bosan dengan kuih raya, ketupat dan lemang... ubah selera ke kebun buah-buahan... hanya dokong berbuah....
Usiaku 42 tahun... dengan berat badan 83kg... kucuba memanjat sendiri untuk mengambil buah... mungkin sudah berbelas tahun aku tidak memanjat pokok... agak sukar dan merbahaya kerana dahan dokong kecil dan mungkin tidak dapat menampung berat badanku...
Alah bisa... tegal biasa... kebolehan memanjat di zaman kanak-kanak masih tersisa dalam diriku... orang kampung... kalau tak biasa memanjat sangat ganjil dan memalukan...
Tinggi juga pokok ni.... mungkin ini kali terakhir aku memanjat pokok setinggi ini... tahun hadapan atau di masa-masa akan datang mungkin aku tidak mampu lagi.... semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan kesihatan...

Di bawah pokok... ada yang gembira... ada yang cemas dan ada yang bimbang....

Isnin, September 06, 2010

VIDEO GAME ANTI ISLAM


Sebuah parti ekstrim kanan di Austria telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Parti yang kelihatan anti toleransi beragama itu memperkenalkan sebuah game online anti-Islam hanya untuk kepentingan menghadapi kempen pilihanraya negara tersebut.

Dalam permainan yang diberi nama ‘Moschee Baba’ atau ‘Bye-bye Masjid’ itu, pemain diharuskan menembak jatuh muazzin atau menara masjid dalam waktu 60 saat untuk mengumpulkan mata. Game yang dicipta oleh Parti Kebebasan (FPOe) itu digunakan untuk kempen menyokong Gerhard Kurzmann, calon anggota parlimen dari daerah Styria, Austria.

”Game Over, Styria sekarang penuh dengan menara dan masjid!” ujar Kurzman dengan nada provokatif di akhir permainan game tersebut, sambil meminta rakyat untuk memilihnya pada pilihanraya 26 September 2010 akan datang, dia cuba meniup sentimen keagamaan untuk mendapat sokongan masyarakat Styria yang majoritinya beragama Kristian.

Game itu sebenarnya sengaja dibuat untuk memprovokasi umat Islam dan akhirnya mencuri perhatian umum meniup kebencian terhadap umat Islam demi kelangsungan politiknya. Austria Press Agency melaporkan, di Styria tidak ada masjid dengan menara seperti digambarkan dalam game tersebut. Di bandar itu, lebih kurang 1.6 peratus penduduknya adalah Muslim kebanyakan berbangsa Turki dan hanya ada empat buah masjid.

Parti-parti politik yang bertoleransi dan mementingkan keamanan sejagat seperti Austria Sosial Demokrat dan Parti Hijau (Green Party) telah bergabung dan bersimpati kepada masyarakat Islam Austria untuk menyatakan bantahan serta mengutuk game tersebut. Akhirnya pihak berkuasa Austria bertindak bijak dengan mengharamkan sama sekali permainan tersebut.

.....di negara kita Malaysia... sentimen agama juga ditiup dan dimainkan untuk kepentingan politik, untuk menyekat pengaruh politik golongan tertentu.... orang bukan Islam dilarang memasuki ruang solat di surau dan masjid, individu tertentu dilarang memberi tazkirah dan kuliah agama, surau pernah dirantai adalah cerita dan isu-isu yang pernah kita dengar..... jika di Austria sentimen ini dilakukan oleh parti ekstrimnya.... di Malaysia siapa pula???

Ahad, September 05, 2010

BUNUH DIRI DI KALANGAN TENTERA ISRAEL


Sebuah kajian ketenteraan yang dilakukan terhadap pasukan tentera Israel yang dihantar bertugas di Palestin, yang diterbitkan di akhbar-akhbar Israel pada 07/07/2010, melaporkan terjadinya peningkatan secara mendadak kejadian membunuh diri secara misteri di kalangan tentara Israel selama enam bulan pertama tahun 2010; sejak penawanan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Pihak berkuasa tentera Israel melahirkan keprihatinan dan kebimbangan yang mendalam di atas meningkatnya jumlah tentera yang membunuh diri semasa menjalankan tugas ketenteraan mereka, meskipun mereka telah membuat perancangan dan tindakan untuk mengurangkan fenomena ini dari terus meningkat. Kejadian ini terus berlaku dan tidak dapat dikawal melibatkan anggota tentera yang baru bertugas dan juga anggota yang senior.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar harian Israel “Yediot Aharonot”, menjelaskan bahawa dalam separuh pertama tahun 2010, sebanyak 19 tentara Zionis membunuh bunuh diri, dibandingkan dengan kejadian membunuh diri sebanyak 21 kes sepanjang tahun 2009. Ini menunjukkan peningkatan 100% dalam kes bunuh diri di kalangan tentera Israel. Dinyatakan juga bahawa pada tahun tahun 2005 ada 35 orang tentera Israel membunuh diri.

Akhbar Israel itu seterusnya mengatakan, meskipun pihak tentera telah banyak menghantar psikiatri dan pakar jiwa untuk mengkaji sebab dan punca mengapa tentera membunuh diri, namun mereka gagal mendiagnosis masalah yang dialami oleh para tentera Israel tersebut. Psikiatri tentera Israel menolak anggapan bahawa tentera Israel membunuh diri akibat tekanan jiwa kerana mereka hanya berhadapan rakyat Palestin yang tidak bersenjata, kalau pun ada ancaman dari pejuang Hamas, kelengkapan ketenteraan mereka jauh lebih canggih dari apa yang dimiliki pejuang Hamas.

Ulasan : di sinilah terbukti lemahnya jiwa golongan kuffar apabila berhadapan dengan pejuang-pejuang Islam, walaupun pemuda pemudi Palestin hanya bersenjatakan batu.... dan pejuang-peuang Hamas yang hanya dibekalkan dengan peralatan yang minima... namun roh JIHAD yang mereka miliki bukan sahaja menggerunkan musuh.... malah membunuh jiwa-jiwa perjuangan tentera Israel yang kosong... mereka turun ke medan dengan rasa bimbang terbunuh dan terpaksa meninggalkan kehidupan dunia.... tetapi pejuang Hamas turun ke medan bersedia untuk meninggalkan dunia mati syahid supaya dapat hidup dalam "dunia" yang lebih baik...

....jika ada pihak yang bergantung kepada khidmat nasihat Yahudi... samada APCO Worldwide atau apa nama sekalipun... bermakna mereka berpaut di dahan yang rapuh.....



Jumaat, September 03, 2010

TELADAN DARI DUA UMAR


Suatu hari seseorang mencadangkan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, agar dibina tembok yang tinggi demi keamanan. Umar bin Abdul Aziz menjawab: “Bangunlah keadilan kau akan merasa aman. Sebab dengan bersikap demikian, seorang pemimpin telah memberikan hak-hak rakyat sebenar-benarnya. Bila rakyat mendapatkan haknya maka kejahatan tidak ada. Bila kejahatan tidak ada maka akan tercapai keamanan.”

Kisah ini mengingatkan kepada Khalifah Umar bin al- Khatthab ketika beliau dilantik sebagai khalifah. Umar sangat terkenal dengan keadilannya. Umar pernah berkata suatu hari: ” jika aku tidur di siang hari aku telah mengkhianati rakyatku, dan jika aku tidur di malam hari, aku telah mengkhianati diriku sendiri”).

Khalifah Umar al-Khattab selama manjadi khalifah tidak sempat tidur nyenyak siang mahupun malam. Setiap saat selalu bersama rakyatnya. Bukan hanya dari wilayah ke wilayah bahkan dari rumah ke rumah. Beliau setiap hari membantu secara langsung rakyatnya yang tidak mampu berbelanja ke pasar. Di malam hari Umar masih menyempatkan diri membantu golongan miskin dan ibu tunggal dengan menyediakan makanan untuk mereka. Oleh itu... Umar merasa aman. Di mana saja beliau boleh berehat. Suatu hari Umar didapati sedang tidur berbaring di bawah pohon kurma. Pada saat itu sedang datang utusan dari kerajaan Romawi. Para utusan itu terkejut ketika mereka menemukan Umar demikian sederhana. Tidak seperti yang mereka bayangkan tentang seorang raja sehebat Umar. Salah seorang sahabat mengungkapkan Umar ketika dalam keadaan seperti itu: ” Wahai Umar, engkau telah berbuat adil, maka engkau selamat tidur di mana-mana”.

Benar.... keadilan adalah asas sesebuah kepemimpinan. Dalam Al-Qur’an Allah memerintahkan: ” berbuatlah adil sesungguhnya ia lebih dekat kepada ketakwaan”. (Al-Maidah:8)

Perhatikan ayat ini betapa Allah swt. memerintahkan agar kita berlaku adil, dengan berlaku adil seseorang akan terangkat ke darjat takwa. Dari sini kita belajar bahawa tidak akan bertakwa seorang yang berlaku zalim. Sebab para pelaku kezaliman akan selalu bergelimang dosa dan harta haram. Maka dengan dosa kezalimannya seseorang akan semakin terjauh dari Allah, tidak mungkin bertakwa seorang yang jauh dari Allah swt.

Dalam sebuah hadis Rasulullah menceritakan bahawa di hari kiamat nanti di padang mahsyar, di saat manusia di bawah terik yang tak terhingga, lebih dari itu tidak ada sedikitpun teduhan seperti yang diceritakan Rasulullah saw.: ” tiada tempat berteduh sama sekali kecuali keteduhan dari Allah swt, ada sekelompok manusia pada saat itu mendapat perlindungan khusus dari Allah, di antaranya –kata Rasulullah : pemimpin yang adil".
Dari sini sudah jelas bahawa berbuat adil bagi seorang pemimpin adalah kenikmatan yang sangat menguntungkan, tidak saja di dunia melainkan lebih dari itu di akhirat.

Kini bila kita perhatikan, kezaliman banyak kita temui dalam kepemimpinan umat Islam di negara yang kononnya negara Islam. Berbagai bukti penyelewengan, rasuah dan kediktatoran sangat mencolok dilakukan oleh para pemimpin yang mengaku dirinya sebagai seorang muslim. Sebab itulah kestabilan politik tidak tercapai, mereka tidak dihormati....malah dicaci oleh rakyat sendiri. Bala dari Allah dalam bentuk masalah sosial dan jenayah merata-rata... tidak sukar hari ini untuk menemukan berita si anak membunuh bapanya.... bapa merogol anaknya.... si jahil lagi fasik diberi tanggungjawab menguruskan hal ehwal agama....

Khamis, September 02, 2010

MUSLIM CUBA : MEHNAH BERAGAMA


Setiap Jumaat, Pedro Lazo Torres, memindah keluar segala perabot dari ruang tamu apartmennya yang terletak di pinggir Havana. Beliau secara sukarela membenarkan ruang tamu dan balkoni rumahnya dijadikan ruang untuk solat Jumaat bagi penduduk sekitar dan para pelajar Muslim dari luar negara.

Bagi Muslim Havana, Torres dikenali sebagai Imam Yahya, dan rumah yang dihuninya bersama isteri dan dua orang anaknya yang sudah dewasa, adalah tempat ibadah mereka.

Ada sekitar 1500 orang Islam di Cuba, namun tidak ada sebuah masjid pun di sana. Itulah sebabnya, pada setiap jumaat, Imam Yahya, berpakaian rapi dengan berkepiah putih dan gamis, menyambut orang ramai yang datang untuk solat Jumaat. Wanita ditempatkan di ruang tamu utama, sementara kaum lelaki di balkoni. Sebahagian besar Muslim di Cuba adalah mahasiswa dari negara-negara seperti Pakistan dan Indonesia.

Negara Cuba secara tradisi majoriti penduduknya beragama Kristian Katolik, tetapi kebanyakannya tidak aktif melakukan amalan keagamaan. Selebihnya, mengamalkan kepercayaan paganisme Afro-Karibia seperti Santeria.

Imam Yahya diperkenalkan kepada Islam oleh siswa luar negara yang datang belajar di Cuba. Sejak itu, beliau yang dahulunya dibesarkan dengan kepercayaan tradisi leluhur, giat belajar tentang Islam. Akhirnya, beliau menjadi seorang Muslim yang berilmu, anak dan isteri mengikuti jejaknya sebagai penganut Islam.

Muslim di Cuba juga menghadapi beberapa kesukaran. Misalnya, sukar untuk mendapatkan makanan halal. Daging yang umumnya dijual di pasar adalah daging babi. “Tapi kita istiqamah. Kita menghindari yang haram dan mencari yang halal,” ujarnya.

Menurutnya, sebagai Muslim dengan berbagai keterbatasan, mereka harus fleksibel. Sebelum solat Jumaat, misalnya mereka berwudhu' di bilik air kecil milik Imam Yahya. Tapi bekalan air sering terputus di Havana. Jadi, sejak dua hari sebelumnya beliau menyimpan air di dalam bekas yang besar untuk kegunaan jema'ah yang ramai, jika air tidak mencukupi...mereka bertayammum.

Banyak negara-negara Islam telah menawarkan untuk menyumbangkan dana bantuan bagi pembinaan masjid, tapi Imam Yahya lebih suka jika bantuan dana itu datang dari Kerajaan Cuba sendiri.

Rabu, September 01, 2010

PEKERJA MUSLIM ITALI DILARANG BERPUASA


Di saat umat Islam menjalankan ibadah puasa dengan tenang, pekerja Muslim di Itali dilarang berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini. Larangan tersebut dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselamatan Kegiatan Pertanian Itali. Mereka mengharuskan pekerja di ladang, termasuk Muslim, untuk tetap makan dan minum sepanjang Ramadan atas alasan kesihatan. Jika para pekerja tidak mematuhi peraturan ini, mereka akan dipecat dari pekerjaan.

Peraturan ini dikeluarkan di Kota Mantufa, Itali Utara. Persatuan Buruh Pusat di Itali juga bersetuju dengan peraturan tersebut. Mereka beralasan, peraturan ini berdasarkan peruntukan perundangan yang mengharuskan pekerja yangbekerja pada siang hari mesti banyak minum untuk kebaikan mereka.

Jika kekurangan sedikit air di musim panas, mereka berisiko terkena bahaya sinaran matahari atau bahaya kekeringan serta mengakibatkan hal-hal yang membahayakan kesihatan. Ini adalah kerana cuaca panas yang sangat terik di Itali pada bulan Ramadan ini mencatatkan lebih dari 30 darjah celsius. Mereka menganggap dengan waktu berpuasa yang lebih dari 16 jam, pekerja tidak akan bertenaga dan boleh menjejaskan produktiviti.

Peraturan ini adalah salah satu diskriminasi terhadap Muslim di Itali yang menjalankan ibadah puasa di negeri yang merupakan markas agama Kristian Katolik . Muslim di negeri itu adalah golongan minoriti, dan Itali tidak pernah sama sekali mengiktiraf Islam sebagai salah satu agama yang dihormati di negara itu. Pemerintah Itali pun tidak pernah membenarkan Muslim Itali untuk menubuhkan rancangan televesyen atau radio yang khusus menyiarkan program-program dan acara-acara bercorak Islam. Pemerintah Itali juga melarang Muslim di sana menguburkan jenazah secara Islam, kecuali di kota Rome.

Dr Abdul Wali as-Syamiri, seorang pendatang Yaman di Rome mengatakan : " selama berada di Itali dia tidak pernah merasakan suasana Ramadan yang khas seperti di negerinya. Rasa rindu akan keluarga kerap menghantuinya, dan juga saat berbuka puasa berjemaah di masjid-masjid."

Pada bulan suci ini, biasanya orang-orang Islam di Rome, yang kebanyakannya pendatang, masih dapat menghidupkan malam-malam Ramadan. Mereka berterawih, qiamullail, dan iktikaf di Masjid Agung Rome.

Masjid ini merupakan satu-satunya tempat yang dibenarkan untuk melakukan berbagai ibadah dan kegiatan golongan Muslim Itali. Lokasinya pula jauh dari penempatan orang-orang Islam. Kebanyakan jamaah berasal dari luar kota, hanya sebagian kecil yang berasal dari penempatan sekitar masjid.

Sayangnya, suasana ini hanya dapat dirasakan oleh Muslim yang berada di Kota Rome, terutama di sekitar Masjid Agung. Sedangkan yang di tempat lain sangatlah sukar, apatah lagi masjid sangat sedikit jumlahnya di sana. Kalaupun ada masjid atau musolla di daerah lain, tidak semuanya mendapatkan keizinan rasmi yang membolehkan mereka beriktikaf dan amal ibadah lain.

Seandainya ada yang melakukan iktikaf di masjid atau musolla yang tidak mendapat keizinan rasmi, maka itu dianggap sebagai tindakan jenayah yang melanggar undang-undang. Akibatnya, mereka hanya sekadar solat fardu dan Tarawih di masjid tersebut. Sebahagian besar masjid di sana juga tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara keluar masjid. Jadi, kalau azan berkumandang, misalnya, hanya boleh didengar oleh orang-orang yang berada di dalam masjid sahaja.

(dipetik dan diubah suai dari dakwatuna.com )

....Itulah nasib saudara kita di Itali... di saat kita mensia-siakan peluang menghidupkan Ramadan dengan berbagai ibadat... mereka di sana merindukan suasana seperti itu....