SAHABAT :

Ahad, Ogos 15, 2010

URWAH BIN ZUBAIR : PETANI PEMURAH

Urwah bin Zubair adalah seorang yang ringan tangan dan pemurah. Antara bukti sifat pemurahnya ialah beliau memiliki sebidang kebun kurma yang luas di luar kota Madinah dengan air telaganya, pepohon yang rendang serta buah kurmanya yang lebat.
Beliau memasang pagar mengelilinginya untuk mengelakkan daripada binatang perosak. Sehingga musim berbuah dan masak barulah pintu pagar tersebut dibuka kepada sesiapa yang ingin memakannya.

Ternyata.... ramai orang keluar masuk ke kebun Urwah untuk menikmati buah kurmanya yang masak ranum. Rupa-rupanya rahsia kebun beliau subur dan berbuah lebat ialah setiap kali memasuki kebun, beliau sering membaca dan mengulangi firman Allah yang bermaksud :
"Dan mengapa kamu tidak mengucapkannya tatkala kamu memasuki kebunmu... MasyaAllah... la haula wala quwwata illa billah...(sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)" - Srah al-Kahfi : 39

Lihatlah.... Urwah sanggup membenarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menikmati hasil tanamannya secara percuma... sebagai sedekah ikhlasnya ke jalan Allah...
Urwah tidak putus-putus mengulangi firman Allah .... yang melambangkan kebergantungan penghasilan kebunnya hanya di atas kurniaan Allah jua... berbeza dengan kita sebagai petani.... jika penghasilan lumayan.... kita memuji skill pertanian kita yang hebat.... baja yang berkualiti atau pun hasil program yang berkesan oleh pihak pemerintah....

Jadilah seperti Urwah.... setelah berusaha dan berikhtiar agar kebunnya menghasilkan buah-buah yang lebat dan berkualiti untuk tujuan bersedekah dan dinikmati bersama dengan orang lain.... beliau tidak henti-henti mengulangi firman Allah sebagai zikir dan azimat setiap kali memasuki kebunnya......

1 ulasan: