SAHABAT :

Sabtu, Ogos 21, 2010

ULAMA' PENGAMPU

Gambar hiasan

Kebanyakan ulama' dan mufti hari ini tidak berani menegur kezaliman dan salah laku pemerintah yang bertentangan dengan Islam, mereka diam seribu bahasa... malah dalam keadaan tertentu mereka kelihatan bersekongkol dan menyokong dasar-dasar pemerintah walaupun bertentangan dengan Islam..... malangnya kita hari ini, tiada lagi ulama' yang berani menegur kesalahan pemerintah seperti Imam Nawawi dan Syed Qutb umpamanya....

Imam Nawawi bukan dari kalangan ulama' yang mencari keuntungan dunia dari ilmu yang dimilikinya, beliau memimpin ummah, bukan ummah memimpin beliau.Tugasnya sebagai ulama' bukan hanya medannya di majlis ilmu sahaja, malah meliputi seluruh kehidupan ummah. Beliau sering menulis surat kepada Sultan al-Maliku Zahir yang memerintah pada ketika itu menasihatkannya dalam urusan agama dan pemerintahan, tetapi nasihat beliau yang ikhlas itu tidak diambil perhatian oleh raja.

Diriwayatkan Sultan al-Maliku Zahir meminta fatwa dari kalangan ulama' yang ada pada ketika itu untuk mengeluarkan fatwa bahawa : kerajaan harus mengambil harta rakyat untuk tujuan membiayai peperangan. Apabila ada ulama' yang tidak membenarkannya... maka akan dibunuh serta merta. Maka ramai ulama' yang berfatwa selari dengan kehendak raja.

Kemudian al-Maliku Zahir bertanya :"masih adakah lagi ulama' yang belum aku tanya?
Pengawalnya menjawab : "ada seorang lagi ulama' yang bernama Muhyiddin an-Nawawi, lalu diperintahkan dengan segera mendapatkan fatwa daripadanya.
Imam Nawawi berfatwa :"harus mengambil harta rakyat setelah semua harat Sultan al-Maliku Zahir iaitu 1000 orang hamba serta semua ketul-ketul emas dibelanjakan terlebih dahulu untuk pembiayaan perang, setelah itu barulah dibolehkan mengambil harta dari rakyat".

Fatwa itu menyebabkan kemarahan raja lalu beliau diusir dari Kota Damsyik. Tindakan Sultan itu diterimanya dengan tenang lalu beliau pulang ke kampung asalnya. Tindakan Sultan hanya mengusir Imam Nawawi dengan tidak membunuhnya menimbulkan kehairanan di kalangan rakyat. Lalu ditanya kepada Sultan al-Maliku Zahir, beliau menjawab : "aku tidak membunuh Imam Nawawi kerana setiap kali aku hendak mejatuhkan hukuman bunuh ke atasnya, aku melihat dua ekor singa ganas di atas bahunya hendak menerkam aku... aku tidak dapat menghampiri untuk memancungnya".

Kisah ini memberi iktibar kepada kita bahawa keberanian seorang ulama' yang tidak mengejar pangkat dan imbuhan dunia akan sentiasa dilindungi Allah .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan