SAHABAT :

Ahad, Ogos 29, 2010

SIAPA PEMBINA KOTA BAGHDAD?

Kota Baghdad .... sebuah kota ternama, wujud sejak berabad yang lalu... ia menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah (749 - 1258M)... mendapat jolokan Kota 1001 Malam kerana kisah 1001 Malam yang popular dan terdapat dalam berbagai bahasa itu berlatarkan kota ini.

Kota Baghdad ini pernah menjadi pusat ilmuan Islam.... ramai ulama' dan tokoh ilmuan Islam muncul di sini... Imam al-Ghazali (1058 - 1111M) umpamanya muncul di zaman kegemilangan kota Baghdad ini.... begitu juga tokoh aljebra Umar Khayyam.

Siapa yang membina kota ternama ini?? Pembinanya ialah khalifah ke-dua Kerajaan Bani Abbasiah iaitu Abu Jaafar al-Mansur. Beliau membina kota Baghdad ini sebagai pusat pemerintahannya untuk menggantikan Ambar, pusat pemerintahan sebelum itu. Baghdad dipilih kerana ia merupakan kawasan yang subur dan mudah membuat perhubungan dengan kawasan-kawasan lain. Udaranya juga nyaman kerana terletak di Lembah Sungai Dajlah.

Baghdad mula dibina pada 145H/761M.... ia dilengkapkan dengan rumah-rumah, pejabat, masjid dan istana-istana. Setelah kota ini siap dibina , maka ramailah pembesar dan ulama' berkunjung ke situ. Pembinaannya mengambil masa selama 4 tahun dan menelan belanja sebanyak kira-kira 10 juta Dinar. Luas kota ini semasa pembinaannya kia-kira 4 kilometer persegi dan dikelilingi tembok besar, di bahagian luar dikelilingi parit dan mempunyai 4 pintu masuk....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan