SAHABAT :

Selasa, Ogos 24, 2010

JUBAH BERUSIA 700 TAHUN

Ibnu al-Jauzi menyebut di dalam kitab Safwah al-Safwan dengan sanadnya yang bersumber daripada Sahl bin Abdillah. Bahawa ketika Sahl berada di bekas negeri kaum 'Ad, dia terlihat bekas sebuah kota yang di tengahnya terdapat sebuah gedung batu yang terukir dan dihuni oleh jin.

Dia pun masuk ke dalam gedung itu dan di dalamnya ada orang tua yang bertubuh tinggi dan besar sedang solat mengadap kiblat. Orang tua itu memakai jubah yang dibuat dari kain kapas yang sangat cantik dan indah. Sahl sangat mengkagumi bentuk tubuhnya yang tinggi dan besar, tetapi sebenarnya dia lebih mengkagumi keindahan jubah yang dipakai orang tua itu.

Lalu Sahl memberi salam kepada orang tua itu dan dia menjawab salamnya. Orang tua itu berkata :
"Wahai Sahl ! Sesungguhnya badan itu tidak merosakkan pakaian, akan tetapi yang merosakkan pakaian adalah bau dosa dan makanan yang haram. Jubah yang aku pakai ini berusia 700 tahun dan dalam tempoh waktu itu aku bertemu Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Aku beriman dengan kedua-duanya".

Sahl bertanya : "Siapakah tuan??"
Orang tua itu menjawab : "Aku termasuk antara yang disebut di dalam ayat .... Qul uhiya ilayya annahus tama'a nafarun minal jin... ( ayat 1 Surah al-Jinn ) .
Maksud ayat tersebut : "Katakanlah (wahai Muhammad) telah diwahyukan kepadamu bahawasanya telah mendengarkan sekumpulan jin (akan al-Qur'an), lalu mereka berkata, sesungguhnya kami telah mendengar al-Qur'an yang menakjubkan".

1 ulasan: