SAHABAT :

Isnin, Ogos 02, 2010

IKAN HARUAN

Haruan atau nama saintifiknya Opphiocephalus striatus, boleh didapati di merata tempat dan berbagai negara dari India ke Negeri China termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Badannya bulat kecuali di bahagian ekor berbentuk pipih. Kepalanya leper sedikit. Warna badannya hijau kehitaman di bahagian belakang dan putih di bahagian dada, panjang ikan ini boleh mencapai hingga 1 meter.
Ikan ini hidup di air tawar seperti di sungai, paya dan sawah tetapi ia juga boleh juga hidup dalam air yang bercampur air laut. Ia mula membiak ketika berumur 2 tahun. Induk ikan membuat sarang daripada bahan-bahan tumbuhan di bahagian air yang kurang dalam. Ikan betina mengeluarkan telur dan mengaturnya menjadi satu lapisan. Telur in dikawal oleh ikan jantan hingga menetas dalam masa 3 hari. Anak ikan haruan mula mencapai sifat-sifat ikan haruan dewasa dalam masa 9 minggu.

Ikan ini boleh hidup di air kotor dan di tempat yang tidak berair hingga berbulan-bulan kerana ia mempunyai anggota penyedut udara yang luar biasa. Di kawasan sawah padi, pernah terjumpa ikan haruan menyeberangi jalan pada waktu malam.

Semasa kecil ikan haruan memakan rumpair dan protozoa tetapi setelah besar, tabiatnya bertukar ganas dan suka memakan ikan-ikan lain hingga timbul pepatah Melayu : "Haruan Makan Anak". Ia menjadi musuh kepada ikan-ikan ternakan di kolam.
Ikan haruan menjadi sumber makanan dan sumber protin kepada penduduk yang tinggal di kawasan sawah padi seperti di India, Thailand, Indonesia dan Malaysia, tetapi sekarang ikan ini sudah berkurangan akibat penggunaan racun serangga dan baja kimia di sawah-sawah padi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan