SAHABAT :

Khamis, Ogos 26, 2010

GABENOR KUFAH YANG ZUHUD

Salman al-Farisi ... seorang sahabat nabi yang zuhud, pernah dilantik menjadi Gabenor Kufah di zaman Khulafa' Rasyidin. Gabenor ini telah menghairankan manusia yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya.

Apabila ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab : "Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku : hendaklah kamu mengambil bekalan dunia ini seperti bekalan orang bermusafir".
Selepas mengucapkan sabda Rasulullah, Salman menyambung kembali ucapannya, : "sedangkan kita telah mengambil seluruh dunia ini berserta isinya".

Penduduk Kufah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh Salman kecuali :
1. Sebatang tongkat untuk berjalan.
2. Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika
menghakimi.
3. Sebiji cawan besar untuk minum, berwudhu' dan kegunaan lain.

Maka mereka bertanya Salman, "wahai gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun daripadamu kecuali keperluanmu terhadap tiga benda ini sahaja".
Salman menjawab : "Itulah yang aku fikirkan. Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah terhadap tiga benda yang aku miliki ini".

Subhanallah.... demikianlah kesempurnaan zuhud sahabat nabi Salman al-Farisi... pakar strategi perang yang besar jasanya kepada Islam.... memimpin Kufah sebagai Gabenor.... namun jawatan yang besar itu tidak sedikit pun digunakan untuk mengkayakan dirinya sendiri.... inilah keindahan Islam.... individu yang berpribadi Islam... apabila ulama' berpolitik dan memimpin negeri.... kemuliaan peribadinya sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap dan perwatakan rakyat jelata.... negara akan hancur jika pemimpin sesebuah negara itu dari kalangan orang jahat sekali pun rakyatnya terdiri daripada orang-orang yang baik.... sebaliknya negara akan selamat sekalipun rakyatnya terdiri daripada orang-orang jahat sedang pemimpinnya dari kalangan ulama' yang sentiasa sedia membimbing rakyatnya ke arah kebaikan....

1 ulasan:

  1. salam ramadhan,
    blog yang menarik penuh pengertian dan pengajaran. teruskan jihad.
    sila kunjungi http://askamakalikada.blogspot.com dan harap sudi menjadi follower.
    wassalam.

    BalasPadam