SAHABAT :

Sabtu, Julai 24, 2010

ZUHUD DAN TELUS SEORANG PEMIMPIN


Diriwayatkan sebuah kisah tentang Saidina Umar al-Khattab... melihatkan kepada tugas baginda sebagai khalifah yang nengurus hal ehwal umat Islam dan Emapayar Islam semakin rumit dan bertambah apabila wilayah yang dikuasai Islam semakin luas, ditambah pula kesempitan hidup dan kesederhanaan yang menjadi identiti Khalifah Umar sentiasa dalam pemerhatian Ahli Majlis Syura.... maka mereka dalam diam-diam memutuskan untuk menaikkan gaji dan elaun khalifah Umar... keputusan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Majlis Syura.

Walau bagaimanapun tidak seorang pun dari kalangan Ahli Majlis Syura yang berani menyatakan keputusan tersebut kepada Umar... termasuklah Saidina Ali... sahabat nabi yang sangat dihormati Umar. Anak baginda...Ummul Mukminin Saidatina Hafsah bt. Umar ditugaskan oleh Ahli Majlis Syura untuk menyampaikan hasrat mereka kepada khalifah Umar. Hafsah pada mulanya enggan kerana takut berhadapan dengan bapanya .... kerana bimbang perkhabaran ini akan menimbulkan kemarahan Umar yang terkenal dengan sifat zuhudnya... tetapi Hafsah mengalah dan menerima tugas tersebut apabila mengenangkan kesempitan hidup bapanya... setiap hari baginda akan ke kebun mereka bekerja membanting tulang menambah pendapatan setelah selesai menjalankan tugas sebagai khalifah dan menyelesaikan urusan umat Islam.
Sebaik sahaja mendengar perkhabaran daripada Hafsah.... muka Saidina Umar merah padam kerana marahnya... lalu baginda meninggikan suara dan berkata kepada Hafsah : " Tidakkah engkau pernah hidup bersama Rasulullah.... bagaimanakah kehidupan Rasulullah??? Bagaimanakah tidur... makan .... dan pakaian Rasulullah???? Aku ingin mengikut sunnah Rasulullah, aku redha dengan keadaanku sekarang"....
Hafsah menangis mendengar kata-kata bapanya lalu pulang membawa keputusan tersebut kepada Ahli Majlis Syura dan mereka akur dengan ketegasan Umar.

Demikianlah sifat seorang pemimpin Islam di mana tenteranya pada ketika itu menguasai sebahagian besar daripada dunia ini... baginda tidak sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat untuk kepentingan sendiri.... atau pun menggunakan kedudukan sebagai khalifah untuk mengumpul kekayaan peribadi.... begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Islam yang lain... Salahuddin Al-Ayubi umpamanya.... ketika wafat baginda hanya meninggalkan harta sebanyak 4 Dirham sahaja.... bukankah baginda menguasai empayar pada ketika itu???.... bukannya Islam melarang umatnya menjadi kaya... tetapi kaya bukannya matlamat utama dan bermegah-megah, jadilah seperti para ulama silam.... kekayaan mereka digunakan untuk kepentingan umat Islam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan