SAHABAT :

Selasa, Julai 20, 2010

WORLD WAR 1 - DICETUSKAN OLEH KAPITALIS???

Peluru yang memulakan Perang Dunia 1 telah ditembak oleh seorang pelajar muda dari Serbia, peluru itu telah membunuh Archduke Francis Ferdinand, bakal raja Austria-Hungary. Genap sebulan kemudian, pada 28 Julai 1914, Austria-Hungary mengisytiharkan perang ke atas Serbia dan Perang Dunia 1 pun bermulalah. Dari mula hingga peperangan ini tamat seramai 60,000,000 manusia telah memegang senjata dan lebih kurang 8,500,000 telah mati terbunuh.

Kacau bilau telah berlaku di negeri-negeri Eropah lama sebelum pecahnya peperangan itu. Kilang-kilang perusahaan yang baru muncul menimbulkan perlumbaan antara negeri-negeri untuk merebut pasaran dunia dan juga tempat-tempat yang mengeluarkan bahan mentah. Persaingan untuk menubuhkan jajahan-jajahan baru juga telah menimbulkan kacau bilau. Perkongsian antara Perancis dan Britain ke atas benua Afrika telah menyebabkan kemarahan Jerman. Sementara Austria-Hungary sedang berusaha untuk mendapatkan satu pelabuhan di Laut Aegean, tetapi negeri-negeri Serbia dan Montenegro menjadi penghalang. Semua negeri di Eropah telah menambah kekuatan tentera-tentera mereka.
Dalam beberapa hari sahaja Austria-Hungary mengisytiharkan perang ke atas Serbia, negeri-negeri lain di Eropah pun masuk berperang... samada di satu pihak atau di pihak yang lain.

Di satu pihak ialah : Austria-Hungary, Jerman, Turkey dan Bulgaria. Kumpulan ini dinamakan Kuasa-Kuasa Tengah ( Central Powers ). Satu pihak lagi ialah : Pihak Berikat ( Allies ) Britain dan Negeri Jajahannya / Komanwel, Perancis, Rusia, Belgium, Itali dan Jepun. Amerika Syarikat pun menyertai peperangan ini menyebelahi Pihak Berikat pada 6 April 1917.
Lebih kurang setahun kemudian.... tentera Jerman, Turkey dan Austria pun mengundurkan diri dari seluruh Eropah. Satu perjanjian damai sementara dikenali sebagai "Hari Gencatan Senjata" yang menamatkan peperangan ini ditandatangani pada 11 November 1918 di dalam satu gerabak keretapi di utara Perancis.
Perang Dunia 1 ini sebenarnya banyak membuat perubahan kepada peta Eropah, tetapi ia tidak menyelesaikan satu masalah pun yang mencetuskan peperangan ini. Empayar Jerman, Austria-Hungary dan Turkey menjadi bertambah kecil, negara-negara baru seperti Czechoslavakia, Poland dan Yugoslavia telah muncul. Hampir-hampir satu keturunan pemuda-pemuda dalam negeri-negeri yang terlibat menjadi mangsa peperangan ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan