SAHABAT :

Isnin, Julai 05, 2010

TAKUTLAH NERAKA ALLAH

Gambar di atas menunjukkan imej matahari yang dirakamkan pada 14 Nov. 2002 oleh Swedish Solar Telescope.
Imej matahari yang telah dibesarkan.....

Bayangkanlah.... betapa panasnya matahari yang dapat kita saksikan melalui kecanggihan peralatan sains yang direka oleh manusia menggunakan ilmu yang Allah kurniakan... matahari adalah sebahagian dari dunia ini.... neraka yang bakal kita hadapi adalah alam akhirat, perkara ghaib yang tak dapat dicapai pengetahuan tentangnya secara terperinci dengan ilmu manusia.

Api neraka 1000 kali lebih panas dari api di dunia ini.... jika melihat imej matahari pun sudah cukup menggerunkan... jasad kita akan hancur lebur jika dicampak ke atasnya.... bagaimana pula panasnya api neraka di akhirat nanti.... lakukanlah maksiat.... tinggalkan solat... jadilah orang yang zalim.... khinatilah amanah.... derhakalah ibubapa.... dedahkanlah aurat.... jika kamu sanggup menghadapi neraka Allah ini.....
Imej di atas menunjukkan perbandingan saiz antara bumi dan matahari.... betapa kerdilnya bumi berbanding matahari.... bertambah kerdil lagi bumi jika dihitung kepanasan matahari.... tidak kerdilkah kita wahai jiwa-jiwa yang sombong???... enggan patuh perintah Rabbul Jalil.... menentang ajaran al-Qur'an dan rasul....

1 ulasan:

  1. saya setuju, kesombongan itu hanya milik Allah dan tidak satupun mahluk yang berhak untuk memakainnya.

    BalasPadam