SAHABAT :

Khamis, Julai 29, 2010

WORLD WAR 2 - LANJUTAN DENDAM WORLD WAR 1

Keamanan dunia tidak dapat dicapai sepenuhnya selepas Perang Dunia 1. Pada tahun 1922 Mussolini, seorang diktator telah berkuasa di Italy. Dia berazam untuk menjadikan Italy sebuah negara penjajah seperti Empayar Rome suatu ketika dahulu.

Pada 1929, benua Eropah mengalami perang dingin dan hura hara berlaku. Di Jerman pula kacau bilau bertambah dengan rasa tidak puas hati oleh orang-orang Jerman terhadap Perjanjian Perdamaian tamatnya Perang Dunia 1 dahulu. Ini menyebabkan naiknya seorang diktator Adolf Hitler yang juga berazam menjadikan Jerman sebuah negara penakluk. Kerajaan Russia yang juga diketuai seorang diktator cuba menyebarkan fahaman komunisme ke seluruh dunia. Di Jepun pula, pemimpinnya cenderung kepada peperangan juga berazam memerintah seluruh Asia. Oleh itu, jelaslah kacau bilau akan berlaku dan semua negara di dunia sedang siap sedia menghadapinya.
Kejadian yang menyebabkan tercetusnya Perang Dunia 2 ialah serangan Jerman ke atas Poland pada 1 September 1939. Sebelum itu Jerman telah pun menawan Austria dan Czechoslovakia, Italy pula menawan Albania dan Ethiopia. Di Asia... Jepun pula menawan Manchuria dan berperang dengan China.

Negara-negara demokrasi yang berpengaruh seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis telah gagal mengambil langkah-langkah tegas selepas penaklukan-penaklukan tersebut kerana takut berlakunya satu lagi perang dunia. Penyerangan Jerman ke atas Poland telah menyebabkan Britain dan Perancis mengambil keputusan untuk bertindak menghentikan Hitler daripada terus menyerang negara lain... maka mereka mengisytiharkan perang ke atas Jerman.

Pada awal peperangan, tentera Jerman berjaya menawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium dan Luxembourg. Perancis telah mnyerah diri pada 22 Jun 1940, cuma beberapa hari sahaja selepas Italy masuk berperang menyebelahi Jerman.

Genap setahun selepas Perancis menyerah diri, Jerman berpaling pula untuk meyerang Soviet Russia. Serangan ini adalah percaturan Jerman yang salah apabila ramai tentera mereka terbunuh kerana menghadapi tentera Russia dalam cuaca sejuk di bumi yang asing bagi mereka.

Amerika Syarikat pula melibatkan diri dalam Perang Dunia 2 apabila Jepun menyerang pengkalan tenteranya Pearl Harbour di Hawaii pada 7 Disember 1941. Pada keesokannya Amerika Syarikat mengisyiharkan perang ke atas Jepun, kemudian ke atas Jerman dan Italy.
Banyak kelengkapan perang dihantar oleh Amerika Syarikat kepada tentera Berikat ( Britain dan sekutunya ). Maka mulalah tentera Berikat menyerang dengan penuh semangat.... Afrika Utara ditawan semula oleh Britain daripada Jerman, Britain bersama Amerika kemudiannya menyerang Italy, tentera Russia pula dapat mengundurkan tentera Jerman. Normandy dalam negeri Perancis ditawan oleh tentera Berikat pada 6 Jun 1944... peperangan di Eropah tamat apabila Jerman menyerah kalah pada 8 Mei 1945.

Di Asia pula... sebahagian besar peperangan melawan Jepun dipikul oleh Amerika Syarikat. Jepun yang pada mulanya mencapai kejayaan dengan menguasai sebahagian besar wilayah Asia Pasifik... akhirnya Jepun menyerah kalah selepas dua bom atom digugurkan di Hiroshima, Jepun menyerah kalah dengan rasmi pada 14 Ogos 1945.
Kemusnahan dalam Perang Dunia 2 adalah yang paling besar sekali yang pernah dialami oleh dunia. Kemusnahan harta benda dan kematian jiwa tidak terkira lagi.... banyak negara mengalami kemusnahan yang teruk... satu trajedi kemanusiaan yang berpunca daripada dendam yang tidak kesudahan dari Perang Dunia 1... mungkinkah ada lagi peperangan yang besar selepas ini ..... apa pun... umat Islam hendaklah bersedia... dengan runtuhnya fahaman komunisme... lemahnya dan hancurnya negara komunis Soviet Union yang menjadi kuasa pengimbang dunia... musuh Amerika Syarikat dan sekutunya hanyalah satu sekarang ini .... negara-negara Islam yang umatnya benar-benar berpegang kepada ajaran Islam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan