SAHABAT :

Jumaat, Jun 11, 2010

SEDEKAH SEBAGAI UBAT


Rasulullah bersabda maksudnya : "Ubatilah sakitmu dengan bersedekah, peliharalah hartamu dengan berzakat, dan hindarilah bala dengan berdoa".

Hadis ini menjadi bukti bahawa sedekah dengan izin Allah telah menjadi satu cara untuk berubat dan penawar bagi sesuatu penyakit. Kenapa demikian??? Kerana orang yang mengucapkan kata-kata ini adalah orang yang dipelihara oleh Allah. Dialah Rasulullah yang tdak pernah bercakap dengan hawa nafsunya melainkan wahyu daripada Allah.

Sesungguhnya sedekahlah yang akan menghilangkan dan menghalang penyakit sebelum ia datang mendekat. Para tabib dan ahli ahli fiqh telah bersepakat bahawa mencegah lebih baik dari mengubati, kerana mencegah penyakit lebih mudah dari mengubati penyakit yang telah bersarang di dalam tubuh. Oleh itu.... ubat yang dijanjikan Allah untuk melindungi jiwa dari berbagai penyakit adalah sedekah....dengan izin Allah jua , sedekah yang ikhlas akan menyelamatkan seseorang dari seluruh penyakit yang ada.




1 ulasan:

  1. salam, memang sedekah merupakan amalan yg utama yang patut kita amalkan kerana tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah..wallah-hu-allam...

    BalasPadam