SAHABAT :

Jumaat, Jun 25, 2010

POHON KURMA MENANGIS

Hadis riwayat Imam Bukhari, Abdullah bin Jabir berkata:
Sesungguhnya Rasulullah SAW berkhutbah pada suatu hari Jumaat dengan berdiri di atas sebatang pohon kurma ( batang yang telah tumbang ), maka berkatalah seorang dari kaum Ansar : "Wahai Rasulullah...apakah boleh kami membuatkan mimbar untuk kamu".
Mendengar tawaran itu, Rasulullah menjawab : "Baiklah, jika itu yang kamu kehendaki".

Pada hari Jumaat berikutnya, Rasulullah berkhutbah menggunakan mimbar yang baru dibuat, maka pada ketika berkhutbah itu, para hadirin mendengar bunyi suara tangisan, tetapi tidak tahu dari mana puncanya, suara merintih itu seperti merintihnya anak kecil.

Rasulullah turun dari mimbar dan menuju ke batang kurma yang menangis kerana tidak lagi diinjak kaki oleh Rasulullah untuk berkhutbah. Baginda seterusnya memegang dan mengusap batang kurma tersebut hingga berakhir tangisan yang didengar dari batang kurma itu.
Ada yang mengatakan bahawa menangisnya batang kurma itu didengar seperti suara lelaki.

.....Begitulah kasih dan cintanya sebatang pohon kurma kepada Rasulullah, ingin berkhidmat kepada seorang nabi yang mulia walaupun hanya sebagai tempat untuk dipijak... alangkah bahagia jika perasaan sebegini ada di dalam jiwa kita semua .....

4 ulasan:

  1. salam,

    t.kasih krn sudi singgah.
    Jenguk-jenguklah selalu

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana sudi link kan blog ini ke blog Ikan Emas...

    BalasPadam