SAHABAT :

Ahad, Jun 27, 2010

KEMULIAAN JIWA UMAR ABDUL AZIZ

Di saat Umar Abdul Aziz dalam keadaan tenat menghadapi kematian... satu demi satu wajah anaknya ditatap. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Umar mencapai segenggam duit syiling di hujung kepalanya, ada 11 dinar semuanya....sama dengan jumlah anaknya.
"Anak-anakku...inilah sahaja harta yang ayah ada untuk ditinggalkan kepada kamu. Belanjakanlah 5 dinar dari wang ini untuk pengkebumianku, selebihnya terpulanglah kepada 6 orang daripada kamu untuk menggunakannya", kata Umar dengan suara yang lemah.

Adik ipar beliau, Musallamah bin Malik merasa amat sedih lantas bersuara :"wahai Amirul Mukminin, boleh aku cadangkan satu perkara?" "Silakan" , jawab Umar. "Ambillah wangku 300 dinar dan bahagi-bahagikanlah kepada anak-anakmu", kata Musallamah.
Umar tidak segera menjawab....tetapi hanya memandang Musallamah sambil berkata :"Aku ada satu cadangan yang lebih baik dari itu wahai saudaraku".
"Cadangan apakah itu??" "Pulangkan semula hartamu itu ke tempat di mana engkau mengambilnya kerana ia bukan hakmu".

Mendengar kata-kata Umar, menitislah air matanya, terasalah keaiban kerana kebanyakan hartanya diperoleh secara haram dan zalim. Takdir menentukan... pada 101 Hijrah, setelah sekian lama sakit menderita, Umar menghembus nafas terakhir....penduduk kota Damsyik dan rakyat Kerajaan Bani Umayyah menangisi kehilangan khalifah yang warak dan adil.
Beberapa tahun selepas itu, semua anak Umar Abdul Aziz yang cuma ditinggalkan setengah dinar setiap seorang berjaya dalam hidup dan menjadi kaya, sedangkan anak-anak Musallamah yang mewarisi sejuta dinar daripada bapa mereka, semuanya jatuh miskin dan menjadi mangsa kezaliman pemerintah seterusnya...

.....Renungilah... jika kita ditakdirkan memimpin sesebuah negara pada hari ini.... dapatkah kita menahan diri kita dari menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan kita dan keluarga kita.... Umar Abdul Aziz asalnya kaya raya... menjadi miskin sebaik sahaja menjadi khalifah kerana segala hartanya digunakan untuk kepentingan rakyat.... matinya dalam keadaan miskin... Allah membalas kebaikannya dengan memberi kekayaan kepada keturunannya.... dan baginya.... InsyaAllah....syurga.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan