SAHABAT :

Jumaat, Jun 04, 2010

JANGAN JADI POHON GHARQAD

Berdasarkan riwayat hadis Rasulullah saw, pohon Gharqad dikatakan akan melindungi orang-orang Yahudi ketika perang terakhir sebelum berlakunya kiamat antara umat Islam dan umat Yahudi. Yahudi / Israel selamanya adalah musuh umat Islam, mereka tidak pernah jujur kepada umat Islam walau serapat mana pun perhubungan antara orang Islam dengan Yahudi. Sebelum wafat, Rasulullah saw berwasiat kepada para sahabat baginda agar mengusir keluar orang-orang Yahudi dari Jazirah Arab, kerana keaman dan keharmonian hidup tidak akan tercapai selagi ada orang-orang Yahudi di sekitar Madinah. Wasiat ini ditunaikan semasa Umar al-Khattab menjadi khalifah.

Dalam peperangan terakhir sebelum kiamat itu, tentera dan umat Yahudi hilang tempat perlindungan kerana setiap benda yang mereka jadikan pelindung untuk menyembunyikan diri akan bersuara :" bunuhlah Yahudi yang bersembunyi di belakangku", semua benda seperti batu dan pohon-pohon akan bersuara membenci Yahudi kecuali pohon Gharqad. Hari ini pohon Gharqad ditanam di sekeliling rumah-rumah orang Yahudi di Israel, malah kerajaan Israel melancarkan satu projek khas menanam pokok-pokok Gharqad di kawasan strategik dinamakan "Trees for the Holyland", itulah satu-satunya pokok pelindung mereka.
Malangnya hari ini, di saat umat Islam Palestine ditindas sejak puluhan tahun yang lalu, ada pula umat Islam, malah pemimpin negara Islam sendiri menjadikan Yahudi/Israel sebagai teman rapat, sekutu mereka , bahkan dijemput masuk ke negara Islam untuk menjalankan perniagaan, menjadi penasihat kerajaan dan sebagainya. Mereka ini ibarat pohon Gharqad, Yahudi selamat berlindung di belakang mereka dalam negara Islam, merekalah pengkhianat umat Islam sebenarnya.
Umat Islam hendaklah sedar, perjuangan kita melawan Yahudi tidak akan berjaya selagi kita membantu mengembangkan ekonomi Yahudi secara tidak langsung atau secara langsung. Kita masih lagi menggunakan barang-barang keluaran Yahudi, masih lagi menggunakan khidmat firma-firma Yahudi.... semua ini menjana ekonomi Yahudi yang mana keteguhan ekonominya menjadikan Yahudi satu bangsa yang gagah....
mungkin kita tak mampu memboikot barang-barang Yahudi yang telah menguasai pasaran kita, tak mengapalah, boikot setakat mana yang mampu....yang penting buat permualaan.... tanam dalam jiwa.... jangan jadi seperti pohon Gharqad.....

1 ulasan:

  1. salam, kewujudan Yahudi di bumi anbiya sekarang kerana negara-negara yg majoriti umat Islam tidak bersatu dalam ertikata secara ukhwah Islamiah, spt kata penulis, hakikat ini memang berlaku. sudahlah kuasa-kuasa besar dunia menjadi pelindung Yahudi, malah negara-negara umat Islam turut bersekongkol dengan Yahudi Laknatullah. Wallahuallam.

    BalasPadam