SAHABAT :

Selasa, Jun 15, 2010

BERBAHAGIALAH "GHURABAK"

Mafhum hadis nabi bermaksud :"Islam itu mulanya dagang (ghariban) dan akan kembali akhirnya menjadi dagang (ghariban). Maka berbahagialah orang-orang yang dagang ketika itu".

Islam itu dimulakan dengan seorang iaitu Nabi Muhammad yang mengimaninya, seolah-olah dagang atau sebatang kara, kemudian Islam berkembang dan mempunyai ramai penganut seperti yang kita saksikan hari ini ( 1.5 bilion umat Islam ). Akan tetapi di akhir-akhir nanti Islam kembali menjadi dagang, tetapi ia bukan bermakna penganut Islam hanya tinggal seorang sahaja. Rasulullah mengistilahkan umat Islam yang dagang di akhir zaman dengan perkataan "Ghurabak" iaitu kata jamak.

Sahabat baginda bertanya : "siapakah ghurabak ini wahai Rasulullah? " Baginda menjawab : " iaitu mereka yang terus menerus secara istiqamah melakukan kebaikan di saat manusia lain asyik melakukan kejahatan ".
Dalam riwayat lain Rasulullah menjawab : " Ghurabak ialah orang-orang yang baik, tetapi sedikit, di samping orang orang yang jahat itu banyak ".

.... berbahagialah jika kita tergolong sebagai ghurabak.... tetapi kehidupan di dunia agak sukar dan penuh dugaan kerana kita adalah golongan yang sedikit... wanita menutup aurat sukar mendapat pekerjaan.... ulama' dihina dan diremehkan... orang yang berpegang kepada Islam bagaikan memegang bara api.... difitnah sebagai pengganas..... dan berbagai tuduhan untuk menjatuhkan imej Islam.....

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    seperti disabdakan oleh nabi saw,Islam akan kembali dagang apabila umat nya meninggakan perkara2yang besar,apabila ia bergelar "ISLAM",TIDAK mengisytiharkan untuk menyempurnakan taqwanya kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia,yang dijadikan bagi menegakkan AL-MA'ARUF WAN NAHYU 'ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.Tidak memperjuangkan serta melaksana nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah swt.Tidak mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedualatan negara. Islam itu lengkap/Syumul,kenapa kita tidak lagi mengambil amalan/sistem yang telah Allah kurniakan kepada kita,maka kita akan dihina/cerca apabila kita melepaskan ikatan tali itu daripada kita,tak kira siapa dia:ulamak ke atau masyarakat biasa(Hubbun dunyya). seperti hadis Nabi,"sesungguhnya apabila manusia melihat kemungkaran dan mereka tidak mengubahnya adalah dibimbangkan Allah akan menyeksa mereka semua"(Qais bin Abi Hazim)Ws.

    BalasPadam
  2. salam, memang umat Islam ramai, tapi yang berkualiti menurut Islam, berapa? ...ibarat buih di laut..

    BalasPadam
  3. Terima kasih sahabat... modmazzalan dan mazha-2010 di atas ulasan dan percambahan minda yang diberikan.... syukran jazilan... fatahallah 'alaikuma..

    BalasPadam