SAHABAT :

Rabu, Jun 30, 2010

MISKIN DAN TERBIAR

Di sebuah perkampungan pedalaman negeri Kedah (kawasan Kuala Ketil, Daerah Baling), sepasang suami isteri berusia 50-an tinggal di rumah ini bersama beberapa orang anak, sang suami bekas penghidap strok bekerja sebagai pengawal keselamatan kilang di Bukit Selambau, si isteri yang telah kabur penglihatan.... tidak dapat lagi membantu suami menambah pendapatan keluarga mengambil upah menoreh getah. Seorang anak gadis berusia 15 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan dan menjaga ibu yang kabur penglihatan.
Lima anak mereka yang lain kesemuanya tercicir dalam pelajaran bekerja sebagai buruh kilang dan buruh binaan namun masih gagal mengubah nasib keluarga ini, tanpa ilmu sudah tentu tiada motivasi dan visi.... selamanya nasib mereka begini....dunia mereka hanya di kampung ini.... siapa yang peduli???? Pihak berwajib... dengan segala macam agensi ( Jabatan Kebajikan Masyarakat.....umpamanya) .... mengapa gagal mengesan rakyat yang bernasib malang ini.... kasihani mereka.... miskin di dunia..... mungkin di akhirat juga.... di rumah yang sempit sebegini... pernahkah mereka terfikir untuk menyediakan bilik khas untuk sembahyang.... dalam keadaan hanya bekerja untuk sesuap nasi hinggakan anak yang bakal menduduki PMR 2010 juga tercicir.... pernahkah mereka terfikir untuk membeli sejadah dan buku-buku agama penyubur iman????
Kasihan anak-anak ini.... dunia mereka hanya di sini... sedarlah.... masih ada lagi warga yang miskin melarat... meskipun kita mampu membina Litar F1, berbangga dengan KLCC, Jambatan Bengkok merentas Selat Teberau dalam pertimbangan dan Jambatan Kedua P. Pinang bakal menjadi kenyataan...
Inilah antara harta dan hiburan bagi mereka.... unggas dari rimba penenang jiwa.... rasanya jika pihak berwajib melihat gambar ini.... mereka lebih tertarik untuk menyaman pasangan ini kerana memelihara spesis dilindungi tanpa lesen bukannya membantu membebaskan mereka dari cengkaman kemiskinan....

Ahad, Jun 27, 2010

KEMULIAAN JIWA UMAR ABDUL AZIZ

Di saat Umar Abdul Aziz dalam keadaan tenat menghadapi kematian... satu demi satu wajah anaknya ditatap. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Umar mencapai segenggam duit syiling di hujung kepalanya, ada 11 dinar semuanya....sama dengan jumlah anaknya.
"Anak-anakku...inilah sahaja harta yang ayah ada untuk ditinggalkan kepada kamu. Belanjakanlah 5 dinar dari wang ini untuk pengkebumianku, selebihnya terpulanglah kepada 6 orang daripada kamu untuk menggunakannya", kata Umar dengan suara yang lemah.

Adik ipar beliau, Musallamah bin Malik merasa amat sedih lantas bersuara :"wahai Amirul Mukminin, boleh aku cadangkan satu perkara?" "Silakan" , jawab Umar. "Ambillah wangku 300 dinar dan bahagi-bahagikanlah kepada anak-anakmu", kata Musallamah.
Umar tidak segera menjawab....tetapi hanya memandang Musallamah sambil berkata :"Aku ada satu cadangan yang lebih baik dari itu wahai saudaraku".
"Cadangan apakah itu??" "Pulangkan semula hartamu itu ke tempat di mana engkau mengambilnya kerana ia bukan hakmu".

Mendengar kata-kata Umar, menitislah air matanya, terasalah keaiban kerana kebanyakan hartanya diperoleh secara haram dan zalim. Takdir menentukan... pada 101 Hijrah, setelah sekian lama sakit menderita, Umar menghembus nafas terakhir....penduduk kota Damsyik dan rakyat Kerajaan Bani Umayyah menangisi kehilangan khalifah yang warak dan adil.
Beberapa tahun selepas itu, semua anak Umar Abdul Aziz yang cuma ditinggalkan setengah dinar setiap seorang berjaya dalam hidup dan menjadi kaya, sedangkan anak-anak Musallamah yang mewarisi sejuta dinar daripada bapa mereka, semuanya jatuh miskin dan menjadi mangsa kezaliman pemerintah seterusnya...

.....Renungilah... jika kita ditakdirkan memimpin sesebuah negara pada hari ini.... dapatkah kita menahan diri kita dari menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan kita dan keluarga kita.... Umar Abdul Aziz asalnya kaya raya... menjadi miskin sebaik sahaja menjadi khalifah kerana segala hartanya digunakan untuk kepentingan rakyat.... matinya dalam keadaan miskin... Allah membalas kebaikannya dengan memberi kekayaan kepada keturunannya.... dan baginya.... InsyaAllah....syurga.....

Jumaat, Jun 25, 2010

POHON KURMA MENANGIS

Hadis riwayat Imam Bukhari, Abdullah bin Jabir berkata:
Sesungguhnya Rasulullah SAW berkhutbah pada suatu hari Jumaat dengan berdiri di atas sebatang pohon kurma ( batang yang telah tumbang ), maka berkatalah seorang dari kaum Ansar : "Wahai Rasulullah...apakah boleh kami membuatkan mimbar untuk kamu".
Mendengar tawaran itu, Rasulullah menjawab : "Baiklah, jika itu yang kamu kehendaki".

Pada hari Jumaat berikutnya, Rasulullah berkhutbah menggunakan mimbar yang baru dibuat, maka pada ketika berkhutbah itu, para hadirin mendengar bunyi suara tangisan, tetapi tidak tahu dari mana puncanya, suara merintih itu seperti merintihnya anak kecil.

Rasulullah turun dari mimbar dan menuju ke batang kurma yang menangis kerana tidak lagi diinjak kaki oleh Rasulullah untuk berkhutbah. Baginda seterusnya memegang dan mengusap batang kurma tersebut hingga berakhir tangisan yang didengar dari batang kurma itu.
Ada yang mengatakan bahawa menangisnya batang kurma itu didengar seperti suara lelaki.

.....Begitulah kasih dan cintanya sebatang pohon kurma kepada Rasulullah, ingin berkhidmat kepada seorang nabi yang mulia walaupun hanya sebagai tempat untuk dipijak... alangkah bahagia jika perasaan sebegini ada di dalam jiwa kita semua .....

Rabu, Jun 23, 2010

MAYAT BERPELUH


Kejadian ini berlaku di rumah mayat di salah sebuah hospital di ibu negara
> baru-baru ini.
>
> Mayat seorang tua yang dituntut waris dikeluarkan dari peti simpanan mayat
> untuk di bawa pulang ke rumah ahli keluarganya.
>
> Isteri si mati berserta dengan cucunya juga hadir ketika itu.
> Hanya mereka berdua yang paling rapat dengan si mati yang hadir sama,
> manakala kira-kira 2 orang ahli keluarga yang lain hanya menunggu di
> perkarangan hospital.
>
> Waktu ketika itu menunjukkan sekitar jam 10 malam.
> Perjalanan untuk membawa pulang mayat ke utara tanah air mungkin akan
> mengambil masa yang agak lama memandangkan ramai warga kota bersesak-sesak
> di jalan raya untuk pulang ke kampung masing-masing sempena cuti perayaan.
>
> Apabila sedang dikeluarkan ada air mengalir di muka mayat orang tua
> tersebut, seakan peluh.
> Si cucu, yang berumur lingkungan 23 tahun mula merasa hairan & ketakutan.
> Si cucu dengan rasa ketakutan memanggil isteri si mati seraya memberitahu
> apa yang di lihatnya, "Nenek! Muka Atuk keluar peluh"
>
> Sebagai orang yang sudah lanjut usia dan mempunyai banyak pengalaman
> dengan tenang merapati cucunya cuba menenangkan keadaan.
> Si nenek berkata "Atuk kamu 1st time meninggal... mestila die nervous
> sket..."
> Wakakakaa......

P/S : e-mail nakal yang aku terima dari seorang teman... sekadar gurauan tetapi tetap mengingatkan kita tentang kematian... mengingati Allah... bukankah dengan mengingati Allah itu menenangkan hati????

Sabtu, Jun 19, 2010

KISAH RAJA DAN ULAMA' II

Khalifah Harun al-Rasyid mengunjungi seorang ulama' yang soleh dan meminta nasihatnya. Ulama' itu berkata : "Wahai Harun... jika jawatan khalifah itu abadi untuk orang lain, pasti ia tidak akan sampai ke tanganmu. Cukuplah mati sebagai pengajaran yang berguna".

Mendengar nasihat itu, Harun al-Rasyid merasa hiba lalu menangis. Lalu beliau bertanya kepada ulama' tersebut : "Apakah tuan syeikh masih menanggung beban hutang yang dapat aku lunaskan?".

Ulama' soleh itu menjawab :"Sesungguhnya yang melunaskan adalah Dia ( Allah ) yang lebih mampu dari kamu".

Harun al-Rasyid seterusnya berkata :"Ini sekarung wang milikku sendiri sebagai rezeki untuk kamu dan keluarga".

Ulama itu menjawab :"Maaflah aku tidak suka menerimanya. Apakah kamu menyangka bahawa Allah hanya memberi rezeki kepadamu dan melupakan aku???"

Renungkan kisah di atas... Harun al-Rasyid adalah seorang khalifah yang terkenal dengan sifat mulia dan kuat ibadat, mengunjungi ulama' untuk mendapatkan nasihat.... apakah sifat ini turut dimiliki oleh penguasa-penguasa pada hari ini???
Sang ulama' pula .... enggan menerima pemberian raja, kebergantungan hidup hanya kepada Allah... bukan kepada penguasa, bukan memberi nasihat untuk menyenangkan hati penguasa... jauh sekali menjadi alat kepada sang penguasa....

Selasa, Jun 15, 2010

BERBAHAGIALAH "GHURABAK"

Mafhum hadis nabi bermaksud :"Islam itu mulanya dagang (ghariban) dan akan kembali akhirnya menjadi dagang (ghariban). Maka berbahagialah orang-orang yang dagang ketika itu".

Islam itu dimulakan dengan seorang iaitu Nabi Muhammad yang mengimaninya, seolah-olah dagang atau sebatang kara, kemudian Islam berkembang dan mempunyai ramai penganut seperti yang kita saksikan hari ini ( 1.5 bilion umat Islam ). Akan tetapi di akhir-akhir nanti Islam kembali menjadi dagang, tetapi ia bukan bermakna penganut Islam hanya tinggal seorang sahaja. Rasulullah mengistilahkan umat Islam yang dagang di akhir zaman dengan perkataan "Ghurabak" iaitu kata jamak.

Sahabat baginda bertanya : "siapakah ghurabak ini wahai Rasulullah? " Baginda menjawab : " iaitu mereka yang terus menerus secara istiqamah melakukan kebaikan di saat manusia lain asyik melakukan kejahatan ".
Dalam riwayat lain Rasulullah menjawab : " Ghurabak ialah orang-orang yang baik, tetapi sedikit, di samping orang orang yang jahat itu banyak ".

.... berbahagialah jika kita tergolong sebagai ghurabak.... tetapi kehidupan di dunia agak sukar dan penuh dugaan kerana kita adalah golongan yang sedikit... wanita menutup aurat sukar mendapat pekerjaan.... ulama' dihina dan diremehkan... orang yang berpegang kepada Islam bagaikan memegang bara api.... difitnah sebagai pengganas..... dan berbagai tuduhan untuk menjatuhkan imej Islam.....

Jumaat, Jun 11, 2010

SEDEKAH SEBAGAI UBAT


Rasulullah bersabda maksudnya : "Ubatilah sakitmu dengan bersedekah, peliharalah hartamu dengan berzakat, dan hindarilah bala dengan berdoa".

Hadis ini menjadi bukti bahawa sedekah dengan izin Allah telah menjadi satu cara untuk berubat dan penawar bagi sesuatu penyakit. Kenapa demikian??? Kerana orang yang mengucapkan kata-kata ini adalah orang yang dipelihara oleh Allah. Dialah Rasulullah yang tdak pernah bercakap dengan hawa nafsunya melainkan wahyu daripada Allah.

Sesungguhnya sedekahlah yang akan menghilangkan dan menghalang penyakit sebelum ia datang mendekat. Para tabib dan ahli ahli fiqh telah bersepakat bahawa mencegah lebih baik dari mengubati, kerana mencegah penyakit lebih mudah dari mengubati penyakit yang telah bersarang di dalam tubuh. Oleh itu.... ubat yang dijanjikan Allah untuk melindungi jiwa dari berbagai penyakit adalah sedekah....dengan izin Allah jua , sedekah yang ikhlas akan menyelamatkan seseorang dari seluruh penyakit yang ada.




Jumaat, Jun 04, 2010

JANGAN JADI POHON GHARQAD

Berdasarkan riwayat hadis Rasulullah saw, pohon Gharqad dikatakan akan melindungi orang-orang Yahudi ketika perang terakhir sebelum berlakunya kiamat antara umat Islam dan umat Yahudi. Yahudi / Israel selamanya adalah musuh umat Islam, mereka tidak pernah jujur kepada umat Islam walau serapat mana pun perhubungan antara orang Islam dengan Yahudi. Sebelum wafat, Rasulullah saw berwasiat kepada para sahabat baginda agar mengusir keluar orang-orang Yahudi dari Jazirah Arab, kerana keaman dan keharmonian hidup tidak akan tercapai selagi ada orang-orang Yahudi di sekitar Madinah. Wasiat ini ditunaikan semasa Umar al-Khattab menjadi khalifah.

Dalam peperangan terakhir sebelum kiamat itu, tentera dan umat Yahudi hilang tempat perlindungan kerana setiap benda yang mereka jadikan pelindung untuk menyembunyikan diri akan bersuara :" bunuhlah Yahudi yang bersembunyi di belakangku", semua benda seperti batu dan pohon-pohon akan bersuara membenci Yahudi kecuali pohon Gharqad. Hari ini pohon Gharqad ditanam di sekeliling rumah-rumah orang Yahudi di Israel, malah kerajaan Israel melancarkan satu projek khas menanam pokok-pokok Gharqad di kawasan strategik dinamakan "Trees for the Holyland", itulah satu-satunya pokok pelindung mereka.
Malangnya hari ini, di saat umat Islam Palestine ditindas sejak puluhan tahun yang lalu, ada pula umat Islam, malah pemimpin negara Islam sendiri menjadikan Yahudi/Israel sebagai teman rapat, sekutu mereka , bahkan dijemput masuk ke negara Islam untuk menjalankan perniagaan, menjadi penasihat kerajaan dan sebagainya. Mereka ini ibarat pohon Gharqad, Yahudi selamat berlindung di belakang mereka dalam negara Islam, merekalah pengkhianat umat Islam sebenarnya.
Umat Islam hendaklah sedar, perjuangan kita melawan Yahudi tidak akan berjaya selagi kita membantu mengembangkan ekonomi Yahudi secara tidak langsung atau secara langsung. Kita masih lagi menggunakan barang-barang keluaran Yahudi, masih lagi menggunakan khidmat firma-firma Yahudi.... semua ini menjana ekonomi Yahudi yang mana keteguhan ekonominya menjadikan Yahudi satu bangsa yang gagah....
mungkin kita tak mampu memboikot barang-barang Yahudi yang telah menguasai pasaran kita, tak mengapalah, boikot setakat mana yang mampu....yang penting buat permualaan.... tanam dalam jiwa.... jangan jadi seperti pohon Gharqad.....