SAHABAT :

Rabu, Mei 19, 2010

KEADILAN UMAR AL-KHATTAB

Suatu peristiwa, seorang raja dari Ghassan bernama Jaballah b. Aiham memeluk Islam pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Beliau amat dihormati dan disayangi oleh Umar al-Khattab. Kebetulan pada masa tersebut hampir tiba musim haji, dan ketika tawaf seorang lelaki orang kebanyakan daripada kabilah Fazzari terpijak jubah Jaballah yang meleret itu menyebabkan beliau marah lantas menampar lelaki tersebut.
Lelaki tersebut mengadu kepada Umar dan beliau bertanya kepada Jaballah :"benarkah perbuatan tersebut?" Jaballah menjawab : "ya, benar". Lantas Umar mengenakan hukuman qisas ke atas Jaballah sekalipun berbeza taraf dan darjat antara mereka, kerana sesungguhnya Islam tidak memandang darjat tersebut. Jaballah memohon ditangguhkan hukuman dan pada waktu malam Jaballah melarikan diri bersama pengikutnya. Jaballah dikatakan murtad daripada Islam selepas peristiwa itu.

Lihatlah... ketegasan Umar melaksanakan qisas tanpa memilih bulu, hukumannya adil berdasarkan undang-undang Islam, sang raja pula... hanya kerana jubah sanggup murtad daripada Islam.

2 ulasan:

  1. la ni hampir tiada yang mampu mengikuti suri teladan ini..

    syukran jazilan... sudi jadi follower blog ana..

    BalasPadam
  2. Syukran sunsnake@budakbalun... mudah-mudahan akan lahir pemimpin seperti Umar di masa akan datang...

    BalasPadam